Saturday, March 27, 2021

7 ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR

Mood dan emosi manusia pada setiap hari dipengaruhi seawal bila, bagaimana dan kenapa dia bangun pagi. Adakah dia bangun awal atau lewat? Adakah dia dikejutkan dengan seruan kasih sayang atau kekasaran? Adakah dia bangun kerana menunaikan hak nya sebagai hamba atau kemalasannya untuk mensia-siakan waktunya atau keinginan nafsunya untuk bermaharajalela?

Maka tanggungjawab ibu bapa/orang dewasa untuk membina mood dan emosi yang baik pada anak-anak bermula dgn adab mengejutkan tidur mereka.
 
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Kalau masih liat untuk bangun, renjiskan air ke mukanya. Biasanya, cara yang terakhir ini memang dia akan bangun, kerana rohani dan mindanya telah tersebar dengan air yang direnjis tersebut.

Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

InsyaALLAH , anak kita akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang tenang kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja.. :)

#shakleesihatceria #livegreenlivebetter #ThePrestige #parenting #alzikrstudio

No comments:

Post a Comment