Wednesday, March 24, 2021

Skin Tone : Situasi & Solusi

Tidak ramai pengantin yang mengambil berat tentang skin tone dalam penghasilan foto perkahwinan mereka. Sesetengah dari mereka beranggapan; asalkan ada foto kahwin, ada album, sudah cukup memadai.  

Mujurlah. Untung kami sebagai fotografer, tidak perlu sakit kepala untuk hasilkan foto yang mengambil berat akan skin tone 😅. 

Tapi fotografer yang betul betul passion dengan kerja mereka tidak begitu. Mereka tidak akan ambil kesempatan diatas ketidaktahuan pelanggan mereka. Kerana fotografi adalah passion, upah nombor dua.

Baik, di sini saya bercerita serba ringkas mengenai skin tone dalam fotografi. Skin tone adalah "range" warna kulit diantara "darkest brown" kepada "lightest Hue".

Skin tone yang tidak "natural" biasa berlaku diatas beberapa situasi dan faktor, yang diantaranya adalah:

1. Persekitaran dibawah terik matahari. Lebih mencabar bila situasi ini menghasilkan "highlight spot" dan "shadow spot" yang sangat ketara. Cahaya yang terik memberi warna perang keatas kulit muka.

2. Di dalam dewan tertutup yang dilimpahi cahaya "ambient/warm light". Pencahayaan ambient akan membias warna (colour cast) yang merah atau perang kepada kulit muka.

3. Rumah kayu dgn warna syelek/varnis. Kebiasaannya material kayu dgn warna syelek/varnis tidak memantulkan cahaya "flash" dgn baik. Pencahayaan yang kurang memberi warna gelap & "dull" pada kulit muka.

4. Pelamin dengan lampu/cahaya "illumination light" yang berwarna-warni. Ya, ia memberi "colour cast" warna-warni kepada kulit muka.

5. Outdoor pada waktu sunset/sunrise. Opacity cahaya pada waktu ini sangat rendah untuk mencahayai pengantin. Manakala cahaya pada "background" pula terang. "Colour cast" berwarna merah atau perang atau pink (bergantung pada warna sunset pada waktu itu) akan menguasai keseluruhan foto termasuk pengantin.

6. Outdoor bertemakan landskap. Kebiasaannya tema landskap seperti ini digemari oleh fotografer bergenre landskap. Nama pun genre landskap, kebanyakan kami gemar shoot dlm "white balance" landskap, meningkatkan "contrast", "vibrance" dan kadang kadang "saturation". 

Tujuannya adalah untuk "enhance" "scene" landskap yang dirakamkan. Malangnya muka pengantin pun akan "enhance" sama. 

Kebiasaannya muka mereka akan kelihatan "oversaturation", merah, perang dan sebagainya - bergantung "colour cast" yang berlaku saat itu.

Solusinya? Insyaallah, jika diizinkan Allah, akan datang kite bercerita mengenai solusinya pula. Ameen..

#alzikrstudio #livegreenlivebetter #weddingphotographer #wedding

No comments:

Post a Comment