Monday, August 14, 2017

FOTOGRAFI PELANCONGAN

Saya ingin kongsikan sedikit perbahasan dikalangan fotografer mengenai fotografi pelancongan. Perbahasannya luas. Saya skopkan untuk kali ini khusus mengenai foto makanan/perusahaan/industri makanan atau keperluan harian sahaja. Diantara teori isunya adalah;

1) Foto perlu menonjolkan pemakaian/keadaan/persekitaran dan suasana asal subjek dan lokasi penggambaran. Hujjah teori ini kerana menjaga "sejarah dan warisan".

2) Foto perlu menonjolkan subjek dan lokasi asal penggambaran, namun perlu melakukan sedikit penambahbaikan dari sudut pemakaian, kebersihan, kekemasan bahkan mungkin memasukkan unsur imej komersial.

Dipihak saya secara peribadi, saya menyokong teori no. (2). Hujjah saya adalah;
a) Foto peloncongan adalah berkait rapat dengan identiti, promosi dan persepsi. Dengan itu, foto tersebut perlu menonjolkan imej/personaliti/keadaan/suasana dan persekitaran yang baik, bersih, hygiene dan kemas. Foto tersebut juga perlu bernilai komersil; atau setidak-tidaknya dilihat komersil. Yang boleh dijadikan poster, billboard dan iklan-iklan pelancongan. Barulah ia mencetuskan identiti, promosi dan persepsi yang baik mengenai pelancongan kita. Kita tidak mahu foto yang memaparkan persekitaran/suasana yang tidak elok seperti industri penyediaan makanan yang tidak bersih, tidak memakai sarung tangan, tidak memakai penutup kepala dan sebagainya dijadikan iklan pelancongan kita. Keadaan itu akan memberi imej dan persepsi yang buruk masyarakat awam dan antarabangsa mengenai industri pelancongan kita.

b) Oleh yang demikian, sebagai fotografer kita bukan saja perlu bijak mengambil gambar, bahkan kita perlu bijak mengkomersilkan gambar. Kita secara profesional perlu menerangkan kepada subjek tentang konsep gambar bernilai komersil yang hendak kita hasilkan. Kalau perlu sediakan sarung tangan/apron/penutup kepala ~ kita sediakan. Kita bukan saja mengambil gambar untuk tujuan pelancongan, kita juga perlu mendidik penggerak industri/perusahaan disekeliling kita ke arah pelacongan. Secara tidak langsung kitalah duta pelancongan!


Sunday, July 2, 2017

STUDIO RAYA

STUDIO RAYA | by Alzikr Studio

"Selembut embun dipagi hari, tengadah tangan sepuluh jari, ucapkan salam setulus hati, selamat merayakan Aidil fitri, mohon maaf zahir batin."







Saturday, June 3, 2017

Maternity



MATERNITY | by Alzikr Studio
Sesi penggambaran ini dilakukan pada Selasa baru ni. Hari ni pasangan ini telah dianugerahkan cahaya mata pada jam 5.45 petang tadi. Alhamdulillah syukur pada Allah dan tahniah kepada Syamilia Ramli & Pa'an Eriy.

Friday, June 2, 2017

Istana Maziah



ISTANA MAZIAH | by Alzikr Studio | Karyawan Lensa Terengganu

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi sungai Kuala Terengganu. Di istana ini pernah diadakan upacara rasmi negeri seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.

Setakat ini terdapat percanggahan mengenai tarikh pembinaan Istana Maziah. Mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 ( 7 Zulhijjah 1312 ) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918 ). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof pula, istana ini dibina pada tahun 1897.

Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar ( Baginda Omar ) pada 10 Mac 1870 ( 7 Zulhijjah 1286 ). Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.

Dia adalah saudara ipar kepada Sultan Zainal Abidin III. Selain daripada itu terdapat beberapa tokoh lagi yang turut sama menyumbang dalam pembinaan istana ini. Mereka yang bertanggungjawab menyiapkan pelan dan binaan istana serta menghias bahagian dalaman istana ialah Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Encik Muhammad bin Abdul Rahim ( lebih dikenali dengan nama Encik Mat ) dan juga Dato’ Mata-Mata. Di samping itu tugas mendapatkan kayu, kebanyakannya dari Dungun diuruskan oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Manakala pengurusan batu bata dan kapur pula diserahkan kepada Tengku Besar Paduka Indera. Bahan yang digunakan dalam pembinaan istana ini terdiri daripada campuran kapur, tanah liat, pasir garam, putih telur dan manisan.

Kira-kira 20 orang tukang Melayu dan Cina terlibat dalam pembinaan Istana Maziah. Masalah kewangan pada masa itu telah menyebabkan pembinaan istana ini tertangguh. Walaupun begitu, istana ini telah siap dan upacara " naik istana " diadakan pada 7 Ogos 1903 ( 14 Jamadil Awal 1312 ). Tidak berapa lama selepas Istana Maziah siap, Tengku Embong Musa, Ketua Jabatan Kerja Raya menambah lantai di bahagian anjung istana tersebut.

Pada ketika itu di bawah anjung Istana boleh dilalui kereta. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920 – 1942 ), layang-layang anak tangga dipinda. Seterusnya pindaan dilakukan lagi di masa pemerintahan Sultan Ismail Nasiruddin Shah ( 1945 – 1979 ). Bilik di tingkat bawah terletak Singgahsana di sebelah matahari naik telah dibuang pintunya supaya ia bertambah luas. Dengan itu, Singgahsana dipindahkan ke tingkat atas. Pada tahun 1954, dibina pula layang-layang tangga hadapan di sebelah matahari jatuh.

Selain itu, bilik di tingkat atas sebelah matahari naik telah dirobohkan untuk ditempatkan Singgahsana. Pada tahun 1972, sebuah bangunan tambahan dibina di bahagian rusuk sebelah barat. Seterusnya Singgahsana pula ditempatkan di tingkat atas bangunan baru Istana Maziah ini.Pada tahun 1998, satu tambahan baru telah dibina di bahagian hadapan istana ini.
~ Sumber Wikipedia.

Thursday, June 1, 2017

Jala Ditakir | by Alzikr Studio


OUTING Karyawan Lensa Terengganu | dengan kerjasama Abg Takir Ibrahim & Keluarga | Lokasi : Kg. Batin Seberang Takir

Wednesday, May 31, 2017

SELAYANG PANDANG | CONCEPTUAL WEDDING by Alzikr Studio


"...Dan walau seterus sejernih hatiku
Ingin mendampingi menyentuh hatinya
Jika tak kucuba
Pasti tak tercipta
Seikhlas cinta."
Song : Cinta Selayang Pandang - Jamal Abdillahhttps://www.youtube.com/watch?v=0iD77s1JjB4



Selayang pandang cinta seberang,
Di muara Batin sukma melaram,
Akankah bahagia ini berpanjangan?,
Kehadrat Ilahi jugalah hamba pasrahkan.

PAMERAN SAYANGI GHIMAA KITER | EVENT SHOOT by Alzikr Studio

Berdiri ditengah: DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Kiri: Dato' Andri Aidham Badri. Kanan: Zakaria Alzikr 
Alhamdulillah. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli melawat pameran "Sayangi Ghimaa Kiter" di Muzium Negeri Terenggganu pada 28/3/17. Semoga lawatan dan sokongan Kebawah Duli Tuanku ini memberi inspirasi kepada rakyat Terengganu sekeliannya dalam memelihara dan melindungi hidupan liar dan alam sekitar. Ameen. Daulat Tuanku.
Juga sekalung tahniah diucapkan kepada sukarelawan Dah Jumpa, PERHILITAN, JPNT, WWF, muzium negeri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pameran yang julung kali nya diadakan ini.
Ketibaan DYMM Tuanku Sultan diiringi Dato' Andri Aidham Badri, penaja NGO 'Dah Jumpa'

DYMM Tuanku Sultan berkenan melihat pameran foto-foto yang dirakamkan semasa fotosafari Kenyir bagi menjejak hidupan liar di Kenyir dan habitat mereka.
DYMM Tuanku Sultan berkenan melawat pameran dari Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
DYMM Tuanku Sultan berkenan melawat pameran dari WWF dan Perhilitan
DYMM Tuanku Sultan berkenan menonton tayangan video mengenai konservasi dan ancaman Harimau malaya
DYMM Tuanku Sultan berkenan menurunkan tandatangan diatas buku pelawat pameran

Friday, January 6, 2017

Pameran & Jualan Karya Seni Foto Sempena Visit Beautiful Terengganu 2017

Bagi memeriahkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017, Karyawan Lensa Terengganu (KLT) telah menganjurkan pameran dan jualan karya seni foto bertemakan landskap dan warisan negeri Terengganu di tapak perasmian VBT 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, pameran dan jualan tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segenap pengunjung tempatan mahupun luar negara. Dalam masa yang sama pameran tersebut dikatakan telah berjaya mempromosi dan memperkenalkan landskap-landskap yang menarik untuk dikunjungi di sekitar Terengganu, serta warisan dan budaya masyarakatnya yang unik. 

Berikut disertakan foto-foto seputar pameran dan jualan tersebut berlangsung.

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017
Foto ihsan Pok Mang Jr. 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017