Friday, April 30, 2021

Selamat menyambut hari buruh 2021

Selamat Menyambut Hari Buruh 2021.
Sosio-ekonomi manusia di dunia ini ditetapkan Allah sebagai suatu ekosistem yang lengkap lagi saling melengkapi. Seorang #menteri memerlukan kakitangan awam untuk melaksanakan dasar. Seorang kakitangan awam memerlukan nelayan/petani untuk mendapatkan makanan. Seorang #nelayan memerlukan leader #Shaklee untuk mendapatkan #vitamin untuk tenaga dan kesihatannya. Sekarang leader Shaklee memerlukan #fotografer untuk #branding korporatnya. Dan seorang fotografer memerlukan semua yang diatas sebagai kliennya. 😁

#hariburuh #alzikrstudio #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #ThePrestige

Tuesday, April 27, 2021

Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Terengganu


Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan syukur dan tahniah kepada KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. 

Dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah dan keberkatan Baginda Nabi SAW didoakan semoga Allah berbelas kasih dan merahmati KDYMM Sultan. Semoga dikurniakan umur yang berkat dalam kesihatan yang baik. Ameen. Daulat Tuanku.

#alzikrstudio #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #ThePrestige #photographerterengganu

4 Perkara dilihat remeh, tapi boleh menurunkan berat badan

4 PERKARA YANG DILIHAT REMEH, TAPI BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN

Selain consume #setkurus #shaklee, Ada 4 perkara yang sering dilihat remeh, tapi sangat membantu kita dalam membakar kalori dalam badan; yang sekaligus menyumbang kepada penurunan berat badan. Perkara berikut adalah:

1) Jangan mandi air suam / dari mesin water heater. 

2) Sebaliknya mandilah air pili biasa. Lagi bagus air telaga 😅. Sejuknya memang terasa. Tapi sebenarnya ia sangat berkesan untuk memaksa badan bertindak membakar lemak dibawah kulit untuk mengekalkan suhu badan. 

Jika anda perasan, bila badan kita terkena air sejuk, kita akan menggigil. Menggigil itu juga sebenarnya suatu proses membakar lemak dalam badan.

Saya masih ingat Allahyarham Pok saya dulu selalu mandi air embun pada waktu subuh, walaupun sekadar segayung. Katanya ia baik untuk kesihatan.

3. Gerakan badan / berjalan / membuat kerja rumah

Jangan duduk saja! Setiap gerakan, walaupun kecil, ia memerlukan tenaga; dan tenaga itu diperolehi dengan cara membakar kalori / lemak dlm badan.

Gerakan-gerakan badan juga menggalakkan peristalsis pada usus perut. Ia membantu proses pencernaan dan perkumuhan. Perkumuhan yang baik menyumbang kepada berat badan yang unggul.

Jadi, bergeraklah. Jangan duduk saja.

4. Solat

Seperti gerakan badan, sebagaimana keterangan diatas, solat lebih khusus pada gerakan otot di perut, pinggang dan peha; dimana di situlah banyaknya lemak-lemak degil berkumpul. 

Jadi.. jika kita malas nak bersenam atau bergerak, kita boleh banyakkan solat sunat. 

Dan kebetulan kita sekarang berada di bulan Ramadhan, yang di dalamnya ada solat terawih dan dianjurkan pula solat-solat sunat yang lain seperti witir, tahajjud, dhuha dan lain-lain.

Jadi banyakkanlah solat. Selain menambah amal ibadah, menghapus dosa dan menggandakan pahala; anda juga sebenarnya membina otot dan menurunkan berat badan. Pakej 5 dalam 1 !

#teamweightlost #shakleesihatceria #theprestige

Thursday, April 22, 2021

Siapakah yang bijak?


Siapakah orang yang BIJAK?

Orang yang bijak adalah orang yang memilih sesuatu yang LEBIH BAIK. Kalau kita sudah tahu bandingan masa kehidupan di dunia ini hanya 1 jam setengah saja jika dibandingkan dengan Akhirat yang kekal selama-lamanya (rujuk Q.S. Al-hajj:47), kenapa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh memenuhi kehendak yang hanya 1 jam setengah di dunia, lalu meninggalkan nikmat yang ditawarkan untuk selama-lamanya di Akhirat?

Dan kalau kita sudah tahu bandingan nikmat di dunia hanyalah setitis air yang melekat pada jari sahaja, sedangkan nikmat Akhirat itu adalah seluas lautan yang terbentang (rujuk HR Muslim no 2868) , kenapa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh mengejar nikmat/kemewahan yang sedikit itu, lalu meninggalkan selautan nikmat yang terbentang di Akhirat?

Sungguh #ORANG_BIJAK pasti meninggalkan dunia dan memilih Akhirat. 

Dan sungguh, orang YANG LEBIH BIJAK akan memanfaatkan seluruh kehidupan dunianya untuk keperluannya di Akhirat kelak. 

Beliau akan meniatkan dan menyerahkan seluruh masa dan kehidupannya; ibadahnya, tugasnya, bisnesnya, hubungannya sesama manusia dan alam bahkan seluruh gerak-diamnya hanya kepada Allah. Maka seluruh kehidupannya itu menjadi ibadah. 

Firman Allah, “TIDAK Aku ciptakan jin dan Manusia MELAINKAN hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 ).

#COD #shakleesihatceria #lazzsusukambing #nasihatdiri #livegreenlivebetter #ThePrestige

Ramadhan madrasah al-Quran

“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan manjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan di antara yang benar dengan yang salah.” (Al Baqarah: 186)

Monday, April 19, 2021

Ramadhan menyucikan hati, membentuk peribadi


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melaksanakan qiyam pada bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosa yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang bangun melakukan qiyam lailatulqadar atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni." (HR: al-Bukhari & Muslim)

Maka dengan itu, berpuasalah serta perbanyakkanlah amalan ibadah di atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT di bulan Ramadhan ini jika kita inginkan keampunan Allah SWT.

Setiap ibadah itu menuntut kita bersuci; sucikan diri dengan berwudhuk; sucikan anggota badan dari bermaksiat; sucikan pancaindera dari menyentuh, memandang, mendengar dan bercakap perkara dosa dan sia-sia. 

Sucikanlah juga hati kita dari sebarang syirik, was-was dan prasangka terhadap Allah SWT. Dengan itu, mudah mudahan Allah memelihara hati kita dari penyakit-penyakit hati yang lain seperti sombong, ujub, hasad, bakhil dan riya'.  

Dari situ, akan terzahirlah peribadi dan akhlak yang mulia dari sekeping hati yang suci. 

Maka beruntunglah mereka yang bersuci; dan disucikan Allah akan hatinya. Mereka diampuni (disucikan) Allah akan dosa-dosa nya, untuk 'kembali' kehadrat Allah - kembali kepada fitrah. Wallahua'lam..

#alzikrstudio #nasihatdiri #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #ThePrestige

Wednesday, April 14, 2021

9 IDEA/SCENE UNTUK SHOOT OUTDOOR TEMA REKREASI LUAR

9 IDEA/SCENE UNTUK SHOOT OUTDOOR TEMA REKREASI LUAR

Kali ini merupakan antara shoot outdoor yang paling mencabar yang pernah saya buat. Baik dari segi lokasi, prop mahupun 'story board' yang dirancang.

Ya, sebuah sesi outdoor yang menarik perlu mempunyai jalan cerita. Bukan sekadar possing dan "pukul gambo". 

Untuk itu seorang fotografer perlu berbincang dengan client beliau mengenai tema outdoor yang ingin mereka realisasikan. Ada banyak tema sesi outdoor yang boleh dicadangkan. Diantaranya adalah; alam persekolahan, kisah mekanik, cinta dari hospital, kisah bunian, hidup nelayan dan banyak lagi. 

Kali ini client saya yang merupakan #alumni student #FakultiPerhutanan dan pasangannya, bekas pelajar #biodiversiti #UMT ingin mengimbau #outdoor_recreation di zaman pengajian mereka dahulu.

Maka dicadangkan tema "Back to nature" buat mereka. Berikut adalah 9 'story board'/scene yang dipilih untuk menjayakan kisah cinta mereka.

1. Memancing ikan
2. Bakar ikan
3. Masak Maggi
4. Bersantai & membaca buku
5. Berwudhuk
6. Solat berjemaah
7. Tadarus Al-Quran
8. Bermain air
9. Berehat dalam hammock

#outdoor #fotografi #weddingphotography #alzikrstudio #fotograferterengganu  #backtonature #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #tipsfotografi #wedding

SIAPAKAH GOLONGAN YG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN ?


1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.

2. Mereka yg menunggu2 waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat2 mustajab doa.

3. Mereka yg bangun utk bersahur semata2 TANPA beramal dan mendirikan solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.

4. Mereka yg dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan TETAPI bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.

5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yg panjang utk mempelajarinya TETAPI membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

6. Mereka yg sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama TETAPI kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah TETAPI tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan TETAPI membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

9. Mereka yg bersungguh2 memelihara puasa dari perkara yg membatalkan TETAPI berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim. 

10. Mereka yg sampai umurya ke penghujung Ramadhan TETAPI tidak berusaha utk memburu kebaikan malam AL QADAR.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja." (HR Ibnu Majah)

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dari kami sekeluarga.

Semoga kami dan kita semua tidak tergolong di dalam golongan yang rugi tersebut. Dan semoga Ramadhan ini kita beroleh Rahmat Allah, diampunkan segala dosa dan dilepaskan dari kemurkaan Nya. Ameen..

#shakleesihatceria #livegreenlivebetter #alzikrstudio #ramadhankareem #masjidkristal #fotograferterengganu

Salam Ramadhan 2021

Marhaban ya Ramadhan. Penghulu segala bulan. Pada keberkatan bulan ini, dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah didoakan semoga Allah berbelas kasih dan merahmati kita semua. 

Mudah mudahan Allah mengampuni segala dosa kita dan melepaskan kita dari kemurkaan Nya. Semoga kita disucikan Allah, zahir dan batin, untuk kembali fitrah - kembali kepada-Nya. Ameen..

#alzikrstudio #livegreenlivebetter #fotograferterengganu #karyawanlensaterengganu #ramadhankareem #masjidkristal