Wednesday, July 25, 2018

TRAVELOGUE | PASSAGE TO GUILIN (SIRI 01)

03 April 2018. Penerbangan kami ke tanah besar China pada subuh itu disambut dengan ‘sunrise’ yang cukup indah. Dalam keadaan mamai dan mengantuk (kerana kepenatan berjaga sepanjang malam di KLIA 2), saya menglaraskan lensa kamera saya ke luar jendela. Alhamdulillah, Maha indah kebesaran Allah untuk kami perhatikan waktu itu. “Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu.”


03 April 2018. Sebaik saja penerbangan kami memasuki ruang udara Kemboja, kami di sajikan pula dengan pemandangan indah - bulan siang yang mengambang penuh rendah di dada langit. Masyaallah, indah sekali suasana pada tika itu.


03 April 2018. 3 jam 45 minit penerbangan, akhirnya kami sampai ke ruang udara Guilin. Pandangan saya terus melekat di jendela. Dapat diperhatikan muka bumi Guilin yg berbukit bukau, diselubungi kabus. Sungai, tasik dan tanah pertanian mendominasi bentuk geografi di sini.


03 April 2018. Antara pemandangan dari udara yang sempat dirakamkan sebelum penerbangan mendarat di Guilin Liangjiang International Airport.


Antara yang menarik perhatian kami sewaktu di guilin international airport adalah shutter bus nya yang nampak seperti terapung.


Ini pula diantara kenderaan klasik yang terdapat di sini. Motosikal yang diubahsuai menjadi kenderaan beroda tiga. Digunakan untuk mengangkut barang dan ada juga yang dijadikan teksi.


Rombongan kami seramai 10 orang menaiki bas mini yang dijadikan kenderaan rasmi pelancongan kami. Pertama kali berkenalan dengan rakan rombongan kami; ternyata mereka semuanya ramah dan mesra.


Singgah makan tengahari di restoren di dalam bandar Guilin.


Trip pertama kami adalah melawat taman Guilin Nanxixuan. Ia merupakan antara tempat bersejarah di Guilin. Di sini terdapat batu batu berukir dan jambatan jambatan yang menjadi mercu sejarah bagi Guilin. Namun kami tidak dapat menyelami sepenuhnya fakta sejarah yang disampaikan kerana ia menggunakan bahasa Cina sepenuhnya. Walaubagaimanapun kami bersyukur kerana ahli rombongan kami yang berbangsa cina, dengan sukarela sudi menjadi penterjemah bagi kami. 




Hadoo.. Pasangan bahagia Adli Rik dan Wan NurAsilah sempat merakamkan memori di atas batu Nanxixian.


Antara pathway yang terdapat di taman Guilin Nanxixuan. Ia dikelilingi dengan tumbuh tumbuhan dari pelbagai spesies.


Susun atur tanaman landskap di sini biasa-biasa saja. Tanaman di susun mengikut strata; pokok utama, pokok sekunder, tumbuhan renek dan penutup bumi. Namun apa yang menarik, iklim mikro di sini yang sejuk dan lembap menjadikan tumbuhan bungaan di sini subur dan segar.


Bersiar-siar di dalam taman yang dipayungi pepohon hijau yang merimbun di balik tembok-tembok gunung adalah suatu aktiviti rekreasi santai yang menenangkan. Keletihan perjalanan tidak dirasai dek kerana perasan Teruja membuak ingin meneroka keindahan di sini.


Pemandangan menghijau dengan suasana taman yang bersih pasti memukau siapa saja yang pertama kali berkunjung ke sini.


Bungaan mekar dipagari dengan pagar yang diperbuat dari buluh yang diikat bersilang; menelusuri di sepanjang pathway. Saya kira ia memerlukan penyelenggaraan yang kerap kerana pagar sebegini hanya mampu bertahan 6-12 bulan sahaja. Namun kosnya tidak lah terlalu tinggi kerana bumi Guilin ini sarat dengan pokok-pokok buluh.


Foto ini dirakamkan dari atas "White Dragon Bridge".


Bagi peminat fotografi potret, 'framing-framing' yang terbentuk secara semulajadi begini pastilah menjadi lubuk bagi mereka.


Merpati 2 sejoli


Kuih panas panas. 


Acer palmatum. Atau biasa dipanggil Japanese Maple. Spesis tumbuhan berkayu yang mempunyai daun yang unik dan cantik. Ia merupakan tumbuhan natif bagi negara China, Jepun, Korea, Mongolia dan Tenggara Rusia. Ia sangat sesuai dan sering dijadikan tumbuhan topiari dan bonsai dalam seni landskap dan taman.

Ada kawan kami memetik daun Maple untuk dijadikan cenderamata kepada kenalan di pejabat. Hahaha.. kalau saya, baik posing pegang biola ala2 SRK dalam filem Mohabbatein bawah pokok ni.


Cuba teka pokok apakah pula ini?


Tumpang duduk sorang, buleh dok?


Sebahagian binaan dengan bermotifkan senibina China klasik.


Ada sesetengah pathway di sini dilengkapi dengan pergola sebagai naungan untuk pengunjung mendapat teduhan. Dan pada pergola ini digantung pula dengan tuulikello buluh yang menghasilkan bunyi bunyian bilamana ditiup angin. Ciri binaan/hiasan seperti ini biasa kita didapati di Bali, bahkan di Malaysia juga.


Senibina china memang terkenal dengan jambatan yang melengkung, kadang-kadang bulat sebegini.


Cherry Blossom. Foto ini dirakamkan di dalam kebun pokok Cherry Blossom. Sayangnya waktu ini musim bunga sudah pun hampir tamat di Guilin. Banyak bunga-bunga Cherry Blossom di sini sudah pun gugur, diganti dengan pucuk-pucuk muda. Kalau tidak pastilah kawasan ini meriah dengan bunga-bungaan mekar.


Trip kami di Guilin Nanxixuan berakhir di kedai teh dan herba tradisional China. Di sini kami di tunjukkan dengan seni penyediaan teh cina.


Kami juga dihidangkan dengan aneka jenis teh dari pelbagai jenis bunga dan daun. Disiapkan secara semula jadi dan diminum panas-panas. Aroma dan nikmatnya secawan teh memang terasa. Alhamdulillah..


Selamat pagi. Jemput minum teh. Pilihlah mana-mana herba dan ginseng yang adik kakok suka. 




Sebelum berangkat ke destinasi seterusnya, saya sempat merakam foto rumah-rumah flat yang terdapat diluar kedai teh tradisional ini. Pada andaian saya, rumah ini sudah agak lama, namun ia kelihatan kemas, tidak dinaiki lumut/algae dan binaan/kemasan/binaan tambahannya seragam. Apa rahsianya?


Xin fu silk. Ini adalah lokasi trip kami seterusnya. Sebuah kilang sutera asli - sutera yang dihasilkan oleh ulat sutera.


Mek kite, klu bab bab ceramoh dan penerangan gok memang dia mangat. Kena pulok cerita bab bab kain sutera ginim. Atas kendok org tranung kater 




Conversation. Saya tidak faham apa yang ditulis pada kaligrafi tu. Tapi apa yang saya faham mengenai lukisan ini adalah "connection".


Sesiapa yang menggemari atau pernah membaca komik alam perwira pasti biasa dengan lukisan-lukisan begini.


Siapa sangka lukisan sehalus ini dilukis diatas kain sutera. Cukup mengkagumkan sekali.


Lukisan seperti ini sangat sesuai dijadikan hiasan dinding. 


Beginilah rupa bebola sutera yang dihasilkan oleh ulat sutera. Bebola ini kemudian diproses menjadi kain. Namun malangnya proses yang seterusnya tidak dapat saya tunjukkan di sini kerana saya sudah dihalang dari mengambil foto di dalam galeri ini pada ketika itu.


...Bersambung.