Thursday, May 27, 2021

Unboxing Wedding Package by Alzikr Studio

Diantara senarai item yang terdapat di dalam pakej fotografi perkahwinan Alzikr Studio termasuklah:
1. Crystal Custom album Medium size (12x15 in) 
2. Crystal Custom album Standard size (8x12 in)
3. Photo poster with frame
4. Table top photo with frame
5. Pendrive/DVD leather case

Lihat video dibawah untuk contoh:
https://youtu.be/fUcSOjcOVGs

Pray For Gaza

“Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami kaum muslimin dan muslimat yang lemah di Pales. tin, Ya Allah sayangi dan kasihilah mereka dan keluarkanlah mereka dari kesulitan dan kesempitan yang mereka alami saat ini,”

“Ya Allah terimalah syahid mereka dan sembuhkanlah yang luka dan sakit dari kalangan mereka,”

"Sesungguhnya ya Allah, tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan izin dan Kasih sayang Mu."

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri

Apakah maksud sebenar Hari Raya Fitrah?

Tiadalah kemenangan yang lebih besar bagi setiap manusia melainkan kejayaan bebas dari Neraka dan kembali ke hadrat Allah SWT dalam keadaan fitrah - redha dan diredhai. 

Fitrah membawa maksud asal usul kejadian. Dan asal usul setiap kejadian itu pula adalah berasal dari sumber yang sama, iaitu fitrah suci kepunyaan Allah SWT. Dengan itu, semua manusia, bahkan setiap ciptaan dan kejadian di alam ini asalnya adalah suci. 

Firman Allah SWT bermaksud, "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus (suci); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (QS. Ar Ruum: 30)

Jika Fitrah itu bermaksud asal usul yang suci, sudah tentu ia berlawanan dengan sebarang sesuatu yang kotor/keburukan. Dek kerana sucinya Fitrah manusia itu, jiwa manusia akan merasa berdebar-debar bilamana mereka melakukan kejahatan. Tahap berdebar-debar (rasa bersalah) ini bergantung pada sekeruh mana Fitrah suci itu telah dicemari. 

Fitrah suci setiap manusia menolak maksiat, berpoya-poya dan bermabuk-mabuk. Walaupun ada sebilangan dari mereka mengatakan ianya adalah hak asasi manusia. Baik, kalaulah bermabuk-mabuk (minum arak, dadah dll.) itu hak asas bagi manusia jadi mengapa mereka melarang anak-anak mereka dari mendekatinya. Itu bermakna ia bercanggah dengan fitrah diri mereka. Walaupun mereka mabuk tapi mereka tidak mahu anak-anak mereka turut mabuk.

"Setiap manusia yang lahir, mereka lahir dalam keadaan fitrah. Orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani” (HR. Bukhari-Muslim)

Jadi apa kaitannya fitrah ini dengan Hari Raya Fitrah? Jawapannya adalah jika manusia itu dilahirkan fitrah; datang dari Syurga [rohnya dari Syurga & jasadnya (Adam) juga dari Syurga], maka pastilah mereka perlu kembali kepada fitrah; kembali ke Syurga. 

Kita hayati hadith Baginda Nabi SAW, “Permulaan bulan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan dari Api Neraka” (HR. Abu Hurairah)

Maka kehadiran Ramadhan itu adalah satu anugerah, rahmat dan kasih sayang Allah bagi manusia menyucikan jasad dan jiwa mereka dari sebarang kekotoran/keburukan zahir dan batin. Zahir (jasad) dan batin (jiwa) yang disucikan di dalam madrasah Ramadhan akan membawa manusia kembali kepada fitrah suci kejadian mereka; kembali kepada Penciptanya. Zahir dan batin yang fitrah ini akan dilepaskan dari Api Neraka (dan dimasukkan ke dalam Syurga). Demikianlah maksud sebenarnya Hari Raya Fitrah. Jadi, sudahkah kita berjaya kembali kepada Fitrah tahun ini?

Saban tahun. Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayangNya mendatangkan kita dengan Ramadhan dan Aidilfitri. Dia memanggil-manggil kita untuk kepada kepada Fitrah, kembali kepadaNya. Sudahkah kita menyahut panggilanNya?

Saban tahun. Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayangNya memberi peluang kepada kita untuk menyucikan jasad dan jiwa kita. Dia menyeru-nyeru kita agar meninggalkan yang haram, bersuci diri dan bertaubat. Sudahkah kita menyahut seruanNya?

Saban tahun. Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayangNya menawarkan keredhaan dan pengampunanNya. Sudahkah kita menerima tawaranNya?

Saban tahun. Dan bagi saya ini adalah tahun yang ke 37; Allah dengan Rahmat dan Kasih sayangNya menutup pintu Neraka dan membuka pintu Syurga untuk saya. Malangnya sebab bodoh dan degilnya saya, pintu Syurga itu tidak saya masuk. TawaranNya saya sia-siakan. SeruanNya saya abaikan. PanggilanNya saya pekakkan. Dan ia berulang tahun demi tahun. Lagi dan lagi. Jadi layakkah saya menyambut raya tahun ini?🥺

Unboxing Barang Baik

Barang baik semua orang nak. Tapi barang baik kebiasaannya payah nak jumpa. Jadi saya bawakan kepada anda barang baik saya. Boleh guna untuk diri sendiri, hadiahkan kepada pasangan dan orang orang tersayang, tak lupa kepada orang tua di kampung. Agar mereka sihat, ceria sentiasa. 

Tonton barang baik tersebut dia sini.
https://youtu.be/LtvbwQDxOJk