Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Friday, April 30, 2021

Selamat menyambut hari buruh 2021

Selamat Menyambut Hari Buruh 2021.
Sosio-ekonomi manusia di dunia ini ditetapkan Allah sebagai suatu ekosistem yang lengkap lagi saling melengkapi. Seorang #menteri memerlukan kakitangan awam untuk melaksanakan dasar. Seorang kakitangan awam memerlukan nelayan/petani untuk mendapatkan makanan. Seorang #nelayan memerlukan leader #Shaklee untuk mendapatkan #vitamin untuk tenaga dan kesihatannya. Sekarang leader Shaklee memerlukan #fotografer untuk #branding korporatnya. Dan seorang fotografer memerlukan semua yang diatas sebagai kliennya. 😁

#hariburuh #alzikrstudio #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #ThePrestige

Friday, June 2, 2017

Istana Maziah



ISTANA MAZIAH | by Alzikr Studio | Karyawan Lensa Terengganu

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi sungai Kuala Terengganu. Di istana ini pernah diadakan upacara rasmi negeri seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.

Setakat ini terdapat percanggahan mengenai tarikh pembinaan Istana Maziah. Mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 ( 7 Zulhijjah 1312 ) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918 ). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof pula, istana ini dibina pada tahun 1897.

Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar ( Baginda Omar ) pada 10 Mac 1870 ( 7 Zulhijjah 1286 ). Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.

Dia adalah saudara ipar kepada Sultan Zainal Abidin III. Selain daripada itu terdapat beberapa tokoh lagi yang turut sama menyumbang dalam pembinaan istana ini. Mereka yang bertanggungjawab menyiapkan pelan dan binaan istana serta menghias bahagian dalaman istana ialah Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Encik Muhammad bin Abdul Rahim ( lebih dikenali dengan nama Encik Mat ) dan juga Dato’ Mata-Mata. Di samping itu tugas mendapatkan kayu, kebanyakannya dari Dungun diuruskan oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Manakala pengurusan batu bata dan kapur pula diserahkan kepada Tengku Besar Paduka Indera. Bahan yang digunakan dalam pembinaan istana ini terdiri daripada campuran kapur, tanah liat, pasir garam, putih telur dan manisan.

Kira-kira 20 orang tukang Melayu dan Cina terlibat dalam pembinaan Istana Maziah. Masalah kewangan pada masa itu telah menyebabkan pembinaan istana ini tertangguh. Walaupun begitu, istana ini telah siap dan upacara " naik istana " diadakan pada 7 Ogos 1903 ( 14 Jamadil Awal 1312 ). Tidak berapa lama selepas Istana Maziah siap, Tengku Embong Musa, Ketua Jabatan Kerja Raya menambah lantai di bahagian anjung istana tersebut.

Pada ketika itu di bawah anjung Istana boleh dilalui kereta. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920 – 1942 ), layang-layang anak tangga dipinda. Seterusnya pindaan dilakukan lagi di masa pemerintahan Sultan Ismail Nasiruddin Shah ( 1945 – 1979 ). Bilik di tingkat bawah terletak Singgahsana di sebelah matahari naik telah dibuang pintunya supaya ia bertambah luas. Dengan itu, Singgahsana dipindahkan ke tingkat atas. Pada tahun 1954, dibina pula layang-layang tangga hadapan di sebelah matahari jatuh.

Selain itu, bilik di tingkat atas sebelah matahari naik telah dirobohkan untuk ditempatkan Singgahsana. Pada tahun 1972, sebuah bangunan tambahan dibina di bahagian rusuk sebelah barat. Seterusnya Singgahsana pula ditempatkan di tingkat atas bangunan baru Istana Maziah ini.Pada tahun 1998, satu tambahan baru telah dibina di bahagian hadapan istana ini.
~ Sumber Wikipedia.

Friday, January 6, 2017

Pameran & Jualan Karya Seni Foto Sempena Visit Beautiful Terengganu 2017

Bagi memeriahkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017, Karyawan Lensa Terengganu (KLT) telah menganjurkan pameran dan jualan karya seni foto bertemakan landskap dan warisan negeri Terengganu di tapak perasmian VBT 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, pameran dan jualan tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segenap pengunjung tempatan mahupun luar negara. Dalam masa yang sama pameran tersebut dikatakan telah berjaya mempromosi dan memperkenalkan landskap-landskap yang menarik untuk dikunjungi di sekitar Terengganu, serta warisan dan budaya masyarakatnya yang unik. 

Berikut disertakan foto-foto seputar pameran dan jualan tersebut berlangsung.

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017
Foto ihsan Pok Mang Jr. 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Foto ihsan Karyawan Lensa Terengganu 2017

Sunday, October 11, 2015

Pulau Kerengga Terengganu

Kalau kelmarin saya kongsikan keindahan dan keunikan Pulau Sekati, hari ini saya ingin kongsikan pula keindahan Pulau Kerengganu, Marang. Saya pun sudah lama tidak menjejak kaki ke sini. Kali terakhir saya datang pada tahun lepas. 

Pemandangan di sini cukup indah dan mendamaikan. Ia menjadi lubuk kepada 'landscape photographer' dan sudah semestinya lubuk kepada pemancing dan penjala ikan. Berikut saya kongsikan beberapa keping gambar landskap yang saya rakamkan di sini. 








Dan ada diantaranya saya oleh dengan permainan warna



Dan juga dalam tona hitam putih.


Pulau Sekati Terengganu


Sesiapa yang berkunjung ke Muzium Losong, Terengganu pasti akan terpandang akan jambatan kayu bewarna putih yang merentang sampai ke sebuah pulau. Sewaktu kecil-kecil dahulu, saya pun tertanya-tanya, pulau apakah yang 'misteri' dan terpencil itu? Saya tidak pernah mendekati jambatan itu, jauh sekali menyeberang sampai ke pulau tersebut. Saya hanya sampai ke jambatan itu sewaktu sesi 'outdoor' fotografi perkahwinan saya pada tahun 2009. Itu pun hanya sampai disekitar jambatan itu saja, tidak sampai ke pulau sana.




Pulau itu dinamakan Pulau Sekati. Dahulu jambatan inilah satu-satunya yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar. Selain basikal dan motosikal, semua kenderaan tidak boleh menyeberang ke pulau tersebut. Hari ini saya tidak pasti bagaimanakah keadaan jambatan, jeti kecil dan Pulau Sekati. Sudah lama saya tidak ke sini, selepas gambar sunset diatas dirakamkan. Dengar kata sedang dibangunkan sebuah jambatan konkrit di sini yang berhubung terus dengan lebuh raya, setakat mana progresnya saya tidak pasti. Namun bagi saya, jambatan ini, jeti dan Pulau Sekati itu sendiri cukup nostalgik dan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.