Thursday, August 29, 2013

SET PENYUSUAN E | Pilihan Budget Tetapi Hebat

Bertanya tentang Set Penyusuan yang terbaik dan berkesan, pastilah jawapannya Set Penyusuan 3M. Setelah sekian lama dipasaran, umum mengetahui keberkesanan Set Penyusuan 3M ini dalam melancarkan proses penyusuan dan memperbanyakkan stok susu badan. Cuma harganya agak mahal bagi ibu-ibu yang punyai budget yang terhad. Sebagai alternatif, Shaklee menawarkan Set Penyusuan E. 

Sebagaimana Set Penyusuan B, Set Penyusuan E turut mengabungkan kombinasi seperti:

1. Alfalfa Complex
Cuma ia ditambah dengan OsteMatrix™ yang gabungannya dengan Alfafa yang bertindak sebagai milk-booster yang boleh membantu badan si ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak. 

Pasti ada yang akan bertanya, jika gabungan alfafa dan ostematrix sudah bertindak sebagai milk-booster kenapa pula mesti mengambil 3 vitamin yang lain tu? Perlu difahami bahawa badan ibu yang sihat dengan nutrien yang mencukupi akan berfungsi pada tahap yang optimum untuk menghasilkan susu dengan cepat dan banyak.

SET PENYUSUAN 3M | Penyusuan Lancar & Stok Susu Yang Banyak

Setelah sekian lama dipasaran, Set Penyusuan 3M Shaklee terbukti (dengan izin Allah) mampu membantu proses penyusuan susu ibu dengan hebat dan berkesan. Ia merupakan satu kombinasi suplemen yang paling lengkap keluaran Shaklee buat ibu yang breastfeeding  secara komprehensif meskipun berkerjaya. 

Apakah Kandungan Set 3M ?


Wow, banyaknya yang perlu dimakan? Usah risau, kerana setiap suplemen bukanlah dimakan sekaligus semuanya. Malah setiap pembelian akan disertakan dengan Panduan Pengambilan dan Tips Eksklusif khusus untuk 'pengamalan' Set Penyusuan 3M. Lagipun, sekiranya anda berkemampuan, apalah sangat nilainya wang ringgit jika dibandingkan hubungan dan kasih sayang yang dapat kita curahkan kepada bayi kita menerusi penyusuan badan sebagaimana saranan Allah di dalam Al-Quran, "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu", (Al-Baqarah: 233).  Begitu pula dengan balasan yang dijanjikan Allah akan anak yang suatu hari nanti tahu berterima kasih dan menyayangi ibu bapanya sebagaimana firman Allah, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman: 14). Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hambaNya. Anda boleh meneruskan pembacaan mengenai khasiat dan kelebihan susu ibu di sisi syarak dan secara saintifik di sini

Sementelaah pula, tahukah anda bahawa setiap suplemen mempunyai khasiatnya yang tersendiri, yang kesannya tidak hanya membantu melancarkan penyusuan dan meningkatkan penghasilan susu; bahkan memberi kesan langsung kepada badan seperti: 

  • Badan lebih sihat dan bertenaga.
  • Tidak mudah letih dan kekal cergas sepanjang hari.
  • ESP boleh membantu menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Alfafa boleh membantu mengatasi masalah keputihan, sembelit dan memberikan kesihatan dalaman untuk kebahagian suami isteri.
  • B-Complex dan Vitamin C boleh membantu memulihkan kesihatan kulit dan menaikkan seri wajah. B-Complex juga boleh membantu menambahkan tenaga pada badan serta mengawal stress, dimana stress adalah sebahagian dari punca utama susu merudum.
  • Vitamin C boleh membantu memulihkan parut kesan jerawat dan jeragat.
  • Ostematrix boleh membantu melegakan sakit pinggang, lutut dan sengal-sengal badan kesan daripada melahirkan dan menyusukan bayi.

Sayugia diingatkan bahawa, sebarang suplemen yang ada, anda, dan semua orang hanya mampu berusaha dan bertawakkal, segala kebaikan mahupun yang sebaliknya adalah kekal milik Allah SWT.



Wednesday, August 28, 2013

Set Penyusuan B, Untuk Budget

Saya punyai keyakinan, dan percaya bahawa semua ibu-ibu ingin menyusui bayinya sendiri.
Namun bukan semua diantara mereka dikurniakan Allah dengan susu yang mencurah-curah. Ada diantara mereka yang perlu bergantung kepada pemakanan mahupun suplemen. Dan ada pula diantara mereka yang dikekang faktor kewangan untuk membeli suplemen-suplemen tersebut. Apa yang boleh saya sarankan disini adalah; teruskan mengambil pemakanan yang sihat, biar tidak mahal pun, asalkan makanan itu sihat (murah-mahal bukanlah satu indikasi untuk mengukur makanan sesuaut makanan itu sihat atau tidak). Teruskan mengambil makanan berbentuk kekacang dan tenusu seperti soya, tauhu, barli; makanan sunnah seperti kurma dan kismis; dan sayur-sayuran. Jangan dilupa untuk mengambil air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan mengepam susu sekurang-kurangnya 2-3jam sekali. Apa yang paling penting adalah kesungguhan anda untuk menyusukan si comel anda, beserta doa kehadrat Yang Maha Pemurah agar dikurniakan susu kepada anda sebagai rezeki untuk dinikmati si comel. 

Dalam pada itu, kami di Shaklee turut menawarkan Set Penyusuan B untuk ibu-ibu yang bajet, yang punyai masalah penyusuan. Set Penyusuan B ini mengandungi:


Gabungan 3 vitamin asas iaitu Vitalea, B-Complex dan Vitamin C akan membekalkan badan ibu dengan segala nutrisi penting yang diperlukan untuk kesihatan dan tenaga si ibu. Dengan badan yang sihat dan bertenaga, ia akan melancarkan dan menambahkan penghasilan susu, InsyaAllah. Manakala Alfafa pula bertindak sebagai milk-booster yang membantu mempercepatkan proses penghasilan susu ibu. 

Disamping membantu penghasilan susu, Set Penyusuan B ini juga memberikan kesan langsung kepada kesihatan si ibu dan kesan tidak langsung kepada si comel, sebagai contoh; 

1. B-Complex dan Vitamin C boleh membantu memulihkan kesihatan kulit dan menaikkan seri wajah. B-Complex juga boleh membantu menambahkan tenaga pada badan serta mengawal stress, dimana stress adalah sebahagian dari punca utama susu merudum.
2. Vitamin C boleh membantu memulihkan parut kesan jerawat dan jeragat. 
3. Memberi kesihatan dan tenaga badan secara menyeluruh disamping meningkatkan tahap imunasi badan.
4. Alfafa boleh membantu mengatasi masalah keputihan, cirit birit dan memberikan kesihatan dalaman untuk kebahagiaan suami isteri.

InsyaAllah. Dengan sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal, sebaik-baik pemberian semuanya datang dari Allah.



Set Penyusuan Yang Manakah Yang Terbaik Untuk Anda & Si Comel


Berdasarkan pengalaman saya dan perkongsian rakan-rakan yang lain, terbukti (dengan izin Allah) set penyusuan Shaklee telah banyak membantu ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah penyusuan. Perunding kesihatan di Shaklee telah membahagikan Set Penyusuan Shaklee kepada empat fungsi dan golongan sasaran yang sesuai menggunakannya. 


1. Set Penyusuan B


  • Memperkayakan nutrisi dalam susu ibu.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan.
  • Boleh membantu bayi yang mempunyai masalah eczema.
  • Kurang sesuai untuk ibu yang baru bersalin/dalam pantang, kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetangah bayi mengalami sedikit cirit birit dengan alfafa.

2. Set Penyusuan Eu-for Pack 

  • Membantu meningkatkan penghasilan dengan lebih cepat dan banyak.
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).
  • Sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak boleh minum susu atau mengambil suplemen kalsium yang lain kerana kalsium Shaklee memenuhi keperluan harian kalsium tubuh.
  • Membantu si ibu merasa cergas dan bertenaga walaupun kurang tidur, selain diperlukan untuk perkembangan tulang bayi dan pembentukan giginya.

3. Set Penyusuan E

  • Set ini dapat memberikan kesan yang lebih cepat dalam membantu meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding 2 set diatas kerana ia mengandungi Alfafa Complex dan Ostematrix yang bertindak sebagai milk booster.
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).
  • Sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak boleh minum susu atau mengambil suplemen kalsium yang lain kerana kalsium Shaklee memenuhi keperluan harian kalsium tubuh.
  • Membantu si ibu merasa cergas dan bertenaga walaupun kurang tidur, selain diperlukan untuk perkembangan tulang bayi dan pembentukan giginya.
  • Sesuai untuk si ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan.
  • Boleh membantu bayi yang mempunyai masalh eczema.

4. Set Penyusuan 3M 

  • Sesuai untuk ibu-ibu yang baru mula hendak mengumpul stok susu.
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang hanya menghasilkan susu yang sedikit.
  • Sesuai untuk ibu-ibu berkerjaya yang memerlukan stok lebih untuk simpanan.
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya melalui botol (bayi enggan direct-feed melalui payudara).
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang menghadapi masalah kritikal dalam penyusuan meskipun melakukan perahan setiap dua jam sekali dan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Tuesday, August 27, 2013

Petua Banyakkan Susu Badan 1

Artikel sebelum ini menceritakan kelebihan susu ibu dan pembuktian secara saintifik akan kebenaran Al-Quran mengenainya. Dan jika susu ibu itu benar-benar penting, bagaimana pula jika si ibu tidak dapat menghasilkan susu yang banyak? 

Terdapat beberapa kemungkinan yang menyumbang kepada kemerosotan penghasilan susu ibu. Salah satu diantaranya adalah disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun bayi sedang menyusu.  


Bagaimana cara untuk menambahkan penghasilan susu badan?



1. Susukan bayi anda pada bila-bila masa dia berasa lapar; lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.


2. Susukan bayi anda pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.


3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Bertenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. 


5. Anda dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Ini kerana, sekiranya bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada si ibu.


6. Penghasilan susu juga berkait-rapat dengan faktor pemakanan. Amalan pemakanan seimbang (berdasarkan Piramid Pemakanan) dan pengambilan air suam yang banyak boleh membantu penghasilan susu.



7. Ambillah supplemen /makanan tambahan jika tubuh anda kerap letih, stress sehingga tidak mampu menghasilkan susu yang mencukupi


Apakah Makanan Yang Boleh Menambahkan Penghasilan Susu Ibu ?



Berdasarkan pengalaman saya dan perkongsian rakan-rakan, makanan atau minuman yang mengandungi protein, serat dan vitamin yang tinggi boleh menambahkan penghasilan susu. Makanan-makanan tersebut adalah seperti : 



1. Air soya (saya memilih VSoy Multi-grain).
2. Roti (Gardenia 100% whole-grain).
3. Air barli suam.
4. Oat. 
5. Kurma (saya memilih jenis Mariami).
6. Madu.
7. Tempe
8. Sayur-sayuran

Apakah Suplemen Yang Boleh Menambahkan Penghasilan Susu Ibu ?


Disamping mengambil makanan yang berprotein dan berserat, anda juga disarankan mengambil suplemen seperti

1. ESP - Soy Protein Isolate Powder
2. Alfalfa Complex
3. Vita-Lea® Iron Formula
4. Vita-CTM 500 mg
5. B-Complex
6. OsteMatrix™

Monday, August 26, 2013

Keistimewaan Dan Kelebihan Susu Ibu Terhadap Bayi



Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud,


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",


Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik akan susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.


Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.


KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.



Faedah Penyusuan Bayi 


1. Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema


2. Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi


3. Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu


4. Mencegah dari penyakit rabun malam


5. Mencegah bayi dari mendapat alahan


6. Menggelakkan taun


7. Menggelakkan jangkitan telinga


8. Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan



Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu 


Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.


Kecutkan rahim

Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Singkir mekonium

Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

Mudah dihadamkan.

Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

Pencegah penyakit

Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

Elak pendarahan

Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

Kurangkan insulin

Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

Stabilkan pertumbuhan endometriosis

Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

Lindungi daripada masalah penglihatan

Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Bertindak sebagai ubat penenang

Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Penahan sakit semulajadi

Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.


RISIKO YANG MUNGKIN DIHADAPI BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU


Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:


1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.


Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti.


Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)


Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran. Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.


2. Diabetes.


Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.


3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).


SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.


4. Masalah pernafasan.


Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.


Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.


5. Jangkitan telinga.


Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.

Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.


Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.


7. Jangkitan saluran pencernaan.


Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).


Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.


Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.


8. Keberkesanan vaksin.


Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.

Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

9. Perkembangan rahang dan otot muka.


Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!


Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.

Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti


Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.


Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.

Kolostrum

Kolostrum adalah susu yang dihasilkan semasa usia kandungan 7 bulan sehingga beberapa hari selepas bersalin. Ia sangat pekat, melekit dan bewarna kekuningan. Dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit (cuma 3 oz. dalam masa 24 jam) sesuai dengan saiz perut bayi. mengandungi nutrien (protein & vitamin A) yang sesuai untuk bayi.

Fungsi Kolostrum

  • Bertindak sebagai 'paint coating' melindungi usus bayi daripada infeksi.
  • Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria.
  • Membantu dalam pembentukan bakteria baik untuk usus bayi.
  • Membantu bayi mengeluarkan meconium untuk mencegah jaundis.
Artikel ini disunting berdasarkan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Artikel asal boleh dimuat-turun disini.

Sunday, August 25, 2013

PENYUSUAN SUSU IBU : Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.


Faedah Susu Ibu Kepada Bayi

  • Membekalkan pemakanan ideal kepada bayi.
  • Melindungi bayi daripada infeksi
  • Mencegah daripada sebahagian punca kematian bayi
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi
  • Mengurangkan risiko juvenile-onset diabetes, dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini.
  • Membantu dalam peredaran darah
  • Mengurangkan obesiti dilewat usia
  • Sedia diminum dan menepati keperluan bayi 

Risiko Bayi Yang Tidak Diberikan Susu Ibu

  • Necrotising enterocolitis dikalangan bayi yang dilahirkan pra-matang
  • jangkitan pada saluran pernafasan seperti batuk dan selsema, jangkitan pada usus seperti cirit-birit dan jangkitan pada saluran kencing
  • Alahan pada kulit seperti aczema dan atopic
  • Tahap perkembangan dan pencapaian pendidikan yang agak rendah
  • Mendapat jangkitan telinga (otitis media)
  • Obesiti diusia kanak-kanak
  • Mengalami juvenile-onset insulin dependent diabetes mellitus dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini
  • Berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung pada usia muda
  • Kematian bayi dan kanak-kanak diusia muda
  • Necrotising enterocolitis

Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu

Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh mengurangkan risiko :
  • Kanser payudara dan kanser ovari
  • Patah tulang diusia emas
  • Anemia akibat pengecutan uterus yang lemah dan kedatangan haid yang awal
  • Jarak kehamilan yang singkat
  • Dengan penyusuan juga boleh membina hubungan rapat antara ibu dan anak

Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit Sebaik Saja Bayi Dilahirkan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sentuhan kulit bayi ke kulit anda akan dilakukan selama sekurang-kurangnya 10 mini - 1 jam supaya : 
  • Bayi anda tidak kesejukan dan berada dalam keadaan tenang
  • Menggalakkan hubungan anda dan bayi untuk membantu memulakan penyusuan
  • Membantu bayi anda memahami bahawa payudara adalah tempat yang selamat
  • Membantu bayi anda menyesuaikan metabolisma dan menstabilkan glukosa dalam darahnya 

Kepentingan Memulakan Penyusuan Awal

  • Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif
  • Untuk memastikan bayi anda mendapat kolostrum yang secukupnya

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap

Susui bayi anda dengan kerap pada bila-bila masa dan seberapa lama disukainya supaya :

  • Bayi anda mendapat lebih kolostrum
  • Bekalan susu dihasilkan dengan cepat
  • Berat badan bayi anda meningkat dengan ideal
  • Bayi anda kurang mengalami neonatal jaundice
  • Bayi anda kurang menangis dan kurang desakan untuk memberikan susu gantian
  • Anda kurang mengalami bengkak payudara
  • Penyusuan susu ibu mudah diperkukuhkan
  • Anda boleh menyusukan bayi anda dalam tempoh penyusuan yang lama

Kepentingan Penyusuan Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama

  • Susu ibu membekalkan kesemua nutrien dan air yang diperlukan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang dalam masa 6 bulan pertama
  • 6 bulan pertama usia bayi anda bermaksud sehingga akhir 6 bulan atau 28 minggu atau 180 hari (bukan pada permulaan umur 6 bulan)
  • TIADA sebarang minuman atau makanan lain yang diberikan kepada bayi anda selain daripada susu ibu
  • Berikan bayi anda penyusuan sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari, termasuk pada waktu malam
  • Suplemen vitamin, mineral atau ubat-ubatan boleh dibri jika diperlukan mengikut arahan doktor

Artikel ini telah disunting semula berdasarkan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Artikel penuh boleh dimuat-turun disini




Penemuan Saintifik Kelebihan Susu Ibu Bukti Kebenaran Al-Quran

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini, ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.
Wallahu’alam….
Artikel dipetik dari: HasnulHadiAhmad.Com