Wednesday, March 31, 2021

Kehidupan ini adalah cinta

KEHIDUPAN INI ADALAH CINTA. 
Sahabatku, guru pernah berpesan, agar kita menikmati hidup ini dengan sepuas-puasnya. Puas di sini bermaksud menikmati setiap pemberian dan ketetapan Allah dgn hati yg redha, merasa cukup dan seterusnya bersyukur. 

Ketahuilah bahawa segala kehendak dan ketetapan Allah pada kita itu adalah tiada lain, hanya semata-mata kerana cinta dan kasih sayangNya pada kita. Dia mencipta kita kerana Dia mahu kita makrifat akanNya, berserah diri dan menyambut cintaNya (QS. 51: 56). Dia mencipta ibu, ayah dan anak2 kita kerana Dia mahu kita merasa nikmatnya berkasih sayang (QS 46: 15); betapa kasih sayangNya adalah berkali-kali ganda lebih hebat dari itu (HR. Bukhari & Muslim dan HR. Imam Ahmad & Al-Hakim).

Dia ciptakan tumbuhan agar kita menikmati udara dan makanan. Dia ciptakan hidung dan paru2 utk kita menghirup udara tersebut; mulut, usus dan perut utk kita memproses makanan tersebut. Dia ciptakan pula ginjal utk tubuh kita menapis makanan yg merbahaya dan kotor; dan diciptakan pula organ perkumuhan utk membuang sisa makanan tersebut. (QS. 45: 4) Aduh nikmatnya menikmati, walaupun secebis makanan yang saban hari kita makan.

Dengan kasih sayangNya Dia ciptakan pula bunyi-bunyian untuk kita. Burung yang berkicau; angin yang berbisik; ombak yang menderu; daun yang gemersik agar hidup kita tidak terasa hening dan sunyi; sepi dan sendiri. 
Sahabatku, alangkah kompleksnya menciptakan walaupun seorang dari kita. Kita memerlukan bumi untuk didiami. Bumi pula memerlukan bulan dan matahari untuk mandiri. Bulan dan matahari pula memerlukan planet-planet dan bintang-bintang yang lain, membentuk sistem suria. Begitu pula sistem suria ini memerlukan sistem-sistem suria yang lain, membentuk galaksi. Begitu pula galaksi ini memerlukan galaksi-galaksi yang lain, membentuk kosmos. Dan begitu pula kosmos ini berjaring dengan kosmos-kosmos yang lain membentuk alam semesta. Segalanya diatur, bergerak dan beredar pada garis edaran masing-masing sebagaimana yang ditetapkan Allah tanpa seinci pun ingkar, lari dari ketetapan tersebut (QS. 21:33, 36: 40 dan 35: 13). MasyaAllah betapa kompleksnya untuk menciptakan dan memberi kehidupan meskipun hanya seorang saja daripada kita. Namun Dia tetap menciptakan semua itu hanya semata-mata untuk kita; kerana cintaNya Dia kepada kita.Tidak cukup dengan itu, Dia sediakan pula Syurga buat kita yang kembali menyerah diri dan menyambut cintaNya (QS. 2:82, 4:57, 4:122, 7:42, 10:9, 11:23, 13:29,……85:11) Subhanallah begitu banyak sekali janji Allah mengenai Syurga buat kita yang mahu kembali ke sisiNya. 

Untuk memanggil kita pulang ke sisiNya, Dia cetuskan pula kehendak dlm hati kita; Dia menggerakkan kita utk mengenali Dia, beribadah dan menyerah diri kepadaNya (QS. 7-10). Betapa Dia terlalu merindui kita agar kita tidak sesat utk pulang kehadratNya; dan tidak terhumban ke dalam neraka. Betapa Dia mengasihi kita, Dia memberi petunjuk dan hidayah kepada kita (QS. 6:125 & 7:43); menjadikan kita Islam, menjadikan kita beriman dan berihsan kepadaNya. Dia utuskan pula Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang sangat lemah lembut dan penyayang utk mengingatkan dan menasihati kita agar tidak terpesong dari kasih sayangNya (QS. 6:48, 16:36, 21:25 & 107 dan 35:24). 

Kadangkala Dia menguji kita dengan sedikit kesusahan dan kesakitan (QS. 29:2-3). Betapa saat itu kasih sayangNya tidak tergambar kerana Dia ingin menghapuskan dosa kita (HR. Bukhari no. 5660 & no. 5641 dan HR Muslim no. 2571 & no. 2573). Dia tidak mahu kerana dosa itu, kita ke neraka. Betapa saat itu Dia ingin kita bersabar dan bersyukur kepadaNya. Yang dgn sabar dan syukur itu meningkatkan darjat dan kehampiran kita di sisiNya (QS. 2:155-157). Dari sekian ramai manusia, Dia memilih kita utk kembali hampir kepadaNya. Aduh alangkah beruntungnya. 

Sahabatku, percayalah kepadaku bahawa Allah itu terlalu dekat dengan kita; bahkan lebih dekat dari urat leher kita sendiri (QS. 50:16) Dia tidak pernah berpaling meninggalkan kita, jauh sekali menzalimi kita. Melainkan kita sendirilah yg menzalimi diri kita. Demikian perumpamaan, selangkah kita rapat kepadaNya, seribu langkah Dia mendatangi kita. Cinta dan kasih sayangNya tiada pernah padam terhadap kita (QS. 39: 53-54); Dia sering mengingatkan kita akan kasih sayangNya kepada kita setiap hari. Al-fatihah yang kita baca pada setiap rakaat dalam solat itu penuh sarat dengan kasih sayangNya. Malangnya kita tidak menyedari; tidak pula ambil peduli. 

Percayalah sahabat, Dia tidak pernah berpisah; tidak pernah meninggalkan kita. Tidak pernah sama sekali! Kalaulah Allah meninggalkan kita walau sedetik, nescaya binasalah kita. Siapa lagi yang berkuasa memberi udara pernafasan kepada kita selain Allah? Siapa lagi yang berkuasa menggerakkan darah di dalam tubuh badan kita? Siapa lagi yang berkuasa memberi kita makan? Berkuasa memberi kita penglihatan, pendengaran, dan segala-galanya? Siapa lagi?

Sahabatku, percayalah apa yang ku perkatakan ini. Renung dan tenunglah; hayati dan telitilah apa yang ku perkatakan ini dalam lubuk sanubarimu yang paling dalam. Andai kata kau dapati aku berbohong, kelak kau potonglah lidahku. Sebaliknya, andai pula kau dapati ianya benar, maka kau lepaskanlah segala keakuan mu dan kembalilah menyerah diri semata-sama kepada Allah; Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan ucaplah “laa ilaaha illallah” dengan sepenuh perasaan; rasa mengalah, pengharapan dan kerinduan terhadap Zat yang senantiasa menantikan kepulanganmu.

Oleh Zakaria Alzikr

9 minuman/makanan untuk mengalas perut sensitif.

9 minuman/makanan yang bagus untuk mengalas perut yang kosong, terutama perut sensitif.

1. Air zamzam. Tidak dapat disangkal lagi, ia adalah air suci, mukjizat Baginda Nabi Allah Ismail As, yang masih kekal sehingga ke hari ini, 55 keturunan sebelum kelahiran Baginda Nabi Muhammad Saw. Ia diakui dunia dengan kajian saintifik sebagai mineral yang paling berkhasiat di dunia.

2. Air dan isi kelapa muda. Kandungan isotonik yang kaya dengan elektrolit yang terdapat di dalam air kelapa boleh membekalkan tenaga kepada tubuh. Malah ia turut membantu melancarkan proses rehidrasi bagi membolehkan air dan mineral diserap dengan baik ke dalam badan.

Ia juga bersifat alkali yang boleh meneutralkan asid di dalam perut.

3. Madu kelulut atau lebah. *Pastikan yang asli bukan yang tiruan. Madu adalah makanan #sunnah, dan ia terkandung di dalam Al-Quran. Maka tidak perlu lagi saya huraikan kebaikannya, cukuplah saya katakan, saya beriman dengan firman Allah dan sabda RasulNya. 

4 & 5. Serbuk Habbatus Sauda. Saya biasa bancuh di dalam susu kambing. Berbanding susu lembu, nilai Ph di dalam susu kambing lebih beralkali - hampir menyamai nilai Ph di dalam susu ibu. Bahkan A2 beta-casein yang ada dalam susu kambing sememangnya mirip dengan susu ibu.

Dengan kandungan laktosa yang rendah, ia sesuai untuk mereka yang mengidap masalah 'lactose intolerant'. Protein alpha S2 yang terkandung di dalamnya juga membuatkan susu kambing lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Di dalam susu kambing terdapat sejenis kompaun yang dinamakan 'oligosaccharides' yang bertindak sebagai anti-keradangan. Ia menjadi imunisasi semulajadi terhadap serangan 'bowel disease', keradangan usus dan gastrik.

6. Buah tamar, kismis, tiin dan zaitun. Seperti madu, buah buahan ini juga di sebut di dalam Al-Quran, bahkan ia menjadi makanan Baginda Nabi SAW. Memang banyak kajian saintifik mengenai kebaikan buah buahan ini, namun bagi saya, cukuplah saya katakan saya beriman dengan Al-Quran dan Baginda Nabi SAW. Dan semua sunnah Baginda memberi kebaikan kepada umatnya dan seluruh manusia.  

7. Hampir kebanyakan buah-buahan terutamanya buah pisang, buah naga, limau dan jambu. Buah buahan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang sangat diperlukan tubuh. Serat itu juga boleh membantu proses pencernaan dan penghadaman.

8. Salad dan sayur sayuran. Selain membekalkan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh, salad dan sayur sayuran kaya dengan komponen bioaktif yang mampu mengurangkan penghasilan nitrik oksida yang menjadi pencetus keradangan bagi mereka yang dikurniakan perut sensitif.

9. Susu soya asli atau 'Non-GMO soy protein'. Dari segi nutrisi, kandungan protein kacang soya dipercayai 2 kali lebih tinggi dari daging dan 4 kali lebih tinggi dari telur. Maka tidak hairanlah bila kita meminum susu soya, kita akan cepat terasa kenyang/puas. Dan ia sangat-sangat mudah dicernakan berbanding telur dan daging. 

Bagi saya, saya memilih protein #soya_ESP. Ini kerana, selain membekalkan protein yang mempunyai indeks glycemic yang rendah, ia juga membekalkan 9 jenis asid amino, dan vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6 yang diperlukan tubuh. Ia juga bebas kolesterol.

Jadi, jika anda sedang membina otot, pada masa yang sama, tidak mahu gemuk; apa kata anda cuba berpindah dari daging dan telur kepada soya asli atau ESP. Anda dapat protein yang anda perlukan, tanpa kolesterol yg menggemukkan!

Banyak lagi khasiat dan kebaikan lain mengenai #ESP ini. Insyaallah, ada kelapangan nanti saya create topik lain untuk menghuraikannya.

Semua makanan/minuman yang saya senaraikan diatas, adalah kombinasi rutin harian saya sendiri, yang saya ambil pada:

a) waktu pagi, sebelum mengambil makanan lain, yang lebih berat. 

b) sewaktu perut kosong, tersangat lapar kerana tidak sempat makan.

c) sebelum dinner.

d) sewaktu tanda-tanda gastrik mula menyerang. (Untuk makluman, saya sudah lama tidak consume magnesium trisilicate atau gaviscon. Saya gantikan samada dengan susu kambing, air kelapa atau ESP.)

Bagi yang mempunyai #perut_sensitif, di waktu lapar, makanan/minuman diatas akan membuat kita mengeluarkan angin dengan sendawa atau terkentut 🤭😅.

Serentak itu, pedih ulu hati kita akan beransur lega. Waktu itu barulah selesa untuk mengambil makanan lain yang lebih berat hatta sekalipun yang berasid.  

Oleh : Zakaria Alzikr

#shakleesihatceria #livegreenlivebetter #lazzsusukambing #Kesihatan #ThePrestige #alzikrstudio

Saturday, March 27, 2021

7 ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR

Mood dan emosi manusia pada setiap hari dipengaruhi seawal bila, bagaimana dan kenapa dia bangun pagi. Adakah dia bangun awal atau lewat? Adakah dia dikejutkan dengan seruan kasih sayang atau kekasaran? Adakah dia bangun kerana menunaikan hak nya sebagai hamba atau kemalasannya untuk mensia-siakan waktunya atau keinginan nafsunya untuk bermaharajalela?

Maka tanggungjawab ibu bapa/orang dewasa untuk membina mood dan emosi yang baik pada anak-anak bermula dgn adab mengejutkan tidur mereka.
 
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Kalau masih liat untuk bangun, renjiskan air ke mukanya. Biasanya, cara yang terakhir ini memang dia akan bangun, kerana rohani dan mindanya telah tersebar dengan air yang direnjis tersebut.

Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

InsyaALLAH , anak kita akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang tenang kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja.. :)

#shakleesihatceria #livegreenlivebetter #ThePrestige #parenting #alzikrstudio

Thursday, March 25, 2021

10 makanan/minuman yang yang patut dielakkan ketika perut kosong

10 makanan/minuman yang patut dielakkan ketika perut kosong, terutama bagi mereka yang punyai masalah perut sensitif.

1. Sebarang minuman berkarbonat. 

2. Susu lembu. Lebih-lebih lagi yang telah dipasturkan.

3. Sebarang minuman yang dibancuh dengan susu pekat. Kita panggil susu pekat. Padahal nama sebenarnya adalah krimer sejat manis atau isian pekat manis. Ia tiada kaitan langsung dengan susu, sebab ia bukan diperbuat dari tesusu. Ia adalah produk minyak sawit.

4. Yogurt. Sesetengah org mengatakan bakteria yg terkandung di dalam yogurt adalah baik untuk perut. Namun yogurt sebenarnya bersifat asid. Ia masam sebenarnya. Yang kita rasa manis tu, ada rasa buah tu, dan pelbagai perisa itu adalah disebabkan gula. Ya, berapa banyak gula dimasukkan ke dalam yogurt yg dijual di pasaran untuk menghilangkan rasa masamnya?

5. Marjerin. Sebagaimana krimer sejat manis diperbuat dari minyak sawit, marjerin juga diperbuat dari minyak tumbuhan. Malah sesetengah marjerin lebih mengancam kepada perut sensitif kerana ia menggunakan lemak trans yang tinggi untuk menjaga teksturnya. Minyak dan lemak ini sangat sukar dicernakan di dalam perut.

6. Daging. Lebih-lebih lagi daging lembu/kerbau yang liat. Bila liat, ia sukar dan mengambil masa yang lama untuk dicernakan. Bahkan perut terpaksa bekerja keras (merembeskan jus gastrik dalam kepekatan yang tinggi) untuk mencernakan makanan tersebut.

7. Sebarang "fast food", pasta dan makanan berminyak. 

8. Sos cili, termasuk lada keropok. Ya, lada keropok. Ia diperbuat dari cuka, cili dan gula. 

9. Kopi. Walaupun kopi bersifat antioksidan, namun ia juga bersifat asid.

10. Sebarang buah buahan yang sangat bergetah seperti nangka, cempedak dan kuini serta buah yang kelat seperti salak, pisang kelat siang dan sebagainya.

Selain 10 senarai ini, banyak lagi makanan lain yang perlu dielakkan oleh perut sensitif. Tapi 10 ini adalah antara yang paling kita gemari, dan kita tidak sedari akan ancamannya terhadap perut sensitif - sewaktu perut itu kosong.

Ya, sewaktu perut itu kosong. Maksudnya di sini, bukan makanan tersebut tidak boleh dimakan, cuma perlu dialas terlebih dahulu dgn makanan yang lain.

Haa.. nanti kita bincangkan pula 10 makanan yang bagus, yang boleh dialas oleh perut sensitif. 

#shakleesihatceria #livegreenlivebetter #kesihatan #ThePrestige

Wednesday, March 24, 2021

Skin Tone : Situasi & Solusi

Tidak ramai pengantin yang mengambil berat tentang skin tone dalam penghasilan foto perkahwinan mereka. Sesetengah dari mereka beranggapan; asalkan ada foto kahwin, ada album, sudah cukup memadai.  

Mujurlah. Untung kami sebagai fotografer, tidak perlu sakit kepala untuk hasilkan foto yang mengambil berat akan skin tone 😅. 

Tapi fotografer yang betul betul passion dengan kerja mereka tidak begitu. Mereka tidak akan ambil kesempatan diatas ketidaktahuan pelanggan mereka. Kerana fotografi adalah passion, upah nombor dua.

Baik, di sini saya bercerita serba ringkas mengenai skin tone dalam fotografi. Skin tone adalah "range" warna kulit diantara "darkest brown" kepada "lightest Hue".

Skin tone yang tidak "natural" biasa berlaku diatas beberapa situasi dan faktor, yang diantaranya adalah:

1. Persekitaran dibawah terik matahari. Lebih mencabar bila situasi ini menghasilkan "highlight spot" dan "shadow spot" yang sangat ketara. Cahaya yang terik memberi warna perang keatas kulit muka.

2. Di dalam dewan tertutup yang dilimpahi cahaya "ambient/warm light". Pencahayaan ambient akan membias warna (colour cast) yang merah atau perang kepada kulit muka.

3. Rumah kayu dgn warna syelek/varnis. Kebiasaannya material kayu dgn warna syelek/varnis tidak memantulkan cahaya "flash" dgn baik. Pencahayaan yang kurang memberi warna gelap & "dull" pada kulit muka.

4. Pelamin dengan lampu/cahaya "illumination light" yang berwarna-warni. Ya, ia memberi "colour cast" warna-warni kepada kulit muka.

5. Outdoor pada waktu sunset/sunrise. Opacity cahaya pada waktu ini sangat rendah untuk mencahayai pengantin. Manakala cahaya pada "background" pula terang. "Colour cast" berwarna merah atau perang atau pink (bergantung pada warna sunset pada waktu itu) akan menguasai keseluruhan foto termasuk pengantin.

6. Outdoor bertemakan landskap. Kebiasaannya tema landskap seperti ini digemari oleh fotografer bergenre landskap. Nama pun genre landskap, kebanyakan kami gemar shoot dlm "white balance" landskap, meningkatkan "contrast", "vibrance" dan kadang kadang "saturation". 

Tujuannya adalah untuk "enhance" "scene" landskap yang dirakamkan. Malangnya muka pengantin pun akan "enhance" sama. 

Kebiasaannya muka mereka akan kelihatan "oversaturation", merah, perang dan sebagainya - bergantung "colour cast" yang berlaku saat itu.

Solusinya? Insyaallah, jika diizinkan Allah, akan datang kite bercerita mengenai solusinya pula. Ameen..

#alzikrstudio #livegreenlivebetter #weddingphotographer #wedding

Wednesday, March 17, 2021

Kopi Sempurna

"Kopi sempurna karena rasa pahitnya. Demikian pula cinta."

Hubungan cinta dan berumahtangga tidak selalunya tenang dan bahagia. Adakalanya badai melanda, menguji kekuatan cinta dan kesabaran. Namun, jika sudah mampu melewati pahitnya badai, masakan tidak dapat rasakan manisnya bercinta?

#kopi #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #alzikrstudio #nasihat #motivasi

Dunia tempat meninggal; bukan tempat tinggal

Kata orang alim berbunyi, "dunia ini tempat meninggal, bukan tempat tinggal."

Maka meninggallah akan dunia ini dengan keadaan yang baik; yang  tenang; yang bahagia, sihat, sejahtera, redha dan diredhai. 

Bekalkanlah kepada orang yang kita tinggalkan dengan kasih sayang, ilmu yang bermanfaat, tempat perlindungan dan kalau boleh sumber pendapatan. 

Mudah mudahan dengan kasih sayang yang kita bekalkan, mereka akan sentiasa ingat dan mendoakan kita. Mudah mudahan dengan ilmu dan nasihat yang kita bekalkan, mereka akan beramal soleh dan melakukan kebajikan, yang pahalanya sampai kepada kita. 

Mudah mudahan dengan tempat perlindungan, mereka akan selamat dari ancaman dan ketakutan. Begitu pula, sumber pendapatan, mereka belanjakan untuk nafkah diri dan disedekahkan dijalan kebaikan. 

Semua ini adalah pelaburan kita dari dunia yang telah meninggal kepada akhirat yang menjadi tempat tinggal. Ya, akhiratlah yang sebenarnya tempat tinggal. Kekal lagi abadi. 
_____________________

Saya nak kongsikan 1 point. Meninggallah akan dunia ini dengan sihat. Insyaallah kita akan sejahtera. Jangan serabutkan fikiran dengan #stress, kerana stress mengundang penyakit. Jangan makan kerana nak kenyang, tapi makanlah kerana tidak mahu lapar. Ingat, hampir semua #penyakit berpunca dari perut. 

Pilihlah makanan yang berkhasiat. Makan mengikut keperluan, bukan mengikut perasaan. Lengkapkan zat dan mineral yang diperlukan badan. Jika boleh, dapatkan #vitamin dan makanan tambahan - yakni zat yang tidak dapat/sukar diperolehi dari essential makanan yang kita makan.

Pilihlah #shaklee, kerana Shaklee bukan sahaja menyediakan vitamin kesihatan, ia juga menjana perniagaan untuk kita, bahkan boleh diwariskan perniagaan itu kepada orang yang akan kita tinggalkan. 

Waris kita tidak memerlukan sijil perubatan; atau farmasi; atau degree, diploma; atau sebarang sijil pengiktirafan untuk mengambil alih perniagaan Shaklee yang kita tinggalkan. Cukup hanya memastikan keahlian Shaklee kita aktif. Masyaallah dimana lagi mahu dapatkan perniagaan/pelaburan untuk meninggal seperti ini? 

Zakaria Akzikr
(Photographer & Shaklee Leader)

#shakleesihatceria 
#livegreenlivebetter 
#alzikrstudio 
#ThePrestige

Monday, March 15, 2021

Solat Bukan Satu Beban; Ia Tanda Kasih Sayang

Salam Israk dan mikraj. 

Kita sering diriwayatkan dengan peristiwa turun-naik Baginda Nabi SAW untuk menghadap Allah SWT bagi mengurangkan bilangan solat yang berjumlah 50 waktu yang dikatakan akan tidak tertanggung (menjadi beban) kepada umat Baginda. Maka jadilah solat itu 5 waktu. Fokus kita ketika membicarakan peristiwa itu adalah betapa beratnya kefardhuan solat sehingga 5 waktu pun tidak mampu dilaksanakan oleh umat Baginda Nabi SAW. Kita terlupa pada sisi pandang yang lain bahawa Kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia bukan sahaja menyuruh bahkan mewajibkan (fardhu) kita untuk bertemu denganNya (melalui solat). 50 waktu itu seolah-olah Dia langsung tidak mahu kita berpisah atau terputus hubungan denganNya. Dia seolah-olah tidak mahu kita meninggalkan, berpaling dan melupakan Dia. Betapa Dia terlalu menginginkan kita terus berada di dalam Rahmat dan Kasih-sayangNya. Dialah sebenar-benar Kekasih.

Malangnya kita tidak memahami Dia. Bukan 50, hatta setakat 5 waktu pun kita menolak 'pertemuan' denganNya. Kadangkala kita tidak bersungguh, sambil lewa dan cuai dalam 'pertemuan' yang hanya 5 waktu itu. Sedangkan Kekasih kita menyeru dengan mendayu-dayu agar kita datang menyambut 'pertemuan' denganNya. Dia memanggil, "Zakaria, Zakaria.. Datanglah kepada Tuhanmu Yang Maha Besar." Dia memanggil lagi, "Zakaria, Zakaria.. Datanglah kepada Tuhanmu Yang Maha Besar." Dia menyeru lagi, "Serulah anak isterimu datang kepadaKu. Ajaklah mereka kembali kepadaKu. Bawalah mereka kepada fitrah. Inilah jalan kejayaan. Inilah jalan kebahagiaan. " Namun aduh! kita masih memekakkan telinga. 

Dalam kita memekakan telinga dengan seruanNya, Dia dengan kasih sayangNya masih lagi menarik-narik hati kita untuk bertemu denganNya. Dia mengingatkan kita akan dosa, akan azab jika kita menolak 'pertemuan' itu. Lalu kerana takutkan azab, kita turutkan juga 'pertemuan' itu. Kita bawa hati yang terpaksa, dengan jiwa yang lalai untuk 'bertemu' denganNya. 

Namun dia tetap dengan Kasih sayangNya terhadap kita. Dia kurniakan KudratNya untuk kita mengangkat takbir. Dia kurniakan QalamNya untuk kita membaca (berbicara) Alfatihah. Dia kurniakan Sama'Nya untuk kita 'mendengar' perbicaraan itu. Dia kurniakan BasharNya untuk kita perhatikan pertemuan itu. Dia kurniakan HayatNya untuk hidup, menyempurnakan 'pertemuan' itu. Aduh... tiada satu pun milik kita pada 'pertemuan' itu bahkan pada setiap detik hidup kita. Mengapa kita tidak bersungguh-sungguh, bahkan tergamak menolak 'pertemuan' denganNya??

Pun begitu Kasih sayangNya terhadap kita tetap tidak berubah. Dia masih memberikan kita hidup; memberikan kita peluang demi peluang untuk menyambut KasihNya. Dia tidak pernah melupakan kita. Tidak. Tidak pernah sama sekali. Kerana kalau Dia melupakan kita; pasti kita sudah binasa. 

Dia terlalu Kasih kepada kita. Dia sangat menginginkan agar kita kembali menyerah diri kepadaNya; menyambut Kasih sayangNya. Setiap detik, Dia terus memetik-metik hati kita untuk mengingati Dia. Setiap saat, Dia terus memahat-mahat jiwa kita untuk berbuat taat. Sebab itu manusia yang ikhlas 'pertemuan' dengan TuhanNya ketika di dalam solat, maka 'pertemuan' itu kekal dibawa-bawa keluar solat (solatul daimun). Mereka menyedari, merasai Rahmat dan Kasih sayang Allah disepanjang kehidupan sehariannya. Hiduplah mereka di dalam ihsan - Ingat-mengingati, perhati-diperhati, Kasih-mengasihi, Cinta-mencintai diantara Pencipta dan hamba. Makanya solat yang 5 waktu itu menyamai solat 50 waktu.

CONCEPTUAL PHOTOGRAPHY by Alzikr Studio 0176559773

#AlzikrStudio 
#weddingphotography
#wedding
#fotografer_Terengganu

Jamulah yang baik baik saja

Selamat tengahari dunia.. selamat menjamu selera. Jamulah perut dengan makanan berkhasiat. Jamulah mata dengan pemandangan alam. Jamulah minda dengan idea bermanfaat. Jamulah hati dengan keikhlasan. Jamulah rohani dengan cinta dan kasih-sayang.

Dapatkan foto cetakan canvas atau frame dari kami di 0176559773

#shakleesihatceria
#livegreenlivebetter
#ThePrestige
#alzikrstudio

Staging photography dalam Outdoor Wedding

Kebiasaannya shoot outdoor dengan mengenakan busana pengantin dilihat sedikit kompleks dan banyak dihabiskan masa untuk persalinan dan solekan. Lebih lebih lagi masa yang sesuai untuk sesi outdoor di musim panas seperti sekarang ini adalah hanya terhad antara Asar dan Maghrib. 

Bagi menghadapi situasi sebegini, saya mencadangkan kepada pasangan pengantin agar mencuba tema outdoor yang lebih kasual atau 'simple'. 

Memandangkan kami di Karyawan Lensa Terengganu sudah terbiasa, bahkan sering mempelopori tema fotografi seperti ini, maka ia telah menjadi "makanan" bagi kami. Kena pula dengan pasangan pengantin yang 'sporting', maka "atas kendoklah" org Terengganu kata. 'Props' dan pakaian pun memang telah sedia dalam koleksi. Hanya tunggu pelakon untuk beraksi.
Alhamdulillah, ilmu 'staging photography' adalah sangat bermanfaat untuk diterjemahkan di dalam fotografi perkahwinan, fotografi konsep, korporat, komersil dan banyak lagi.
CINTA | Kisah Faiz Haikal & ANis Nadiah 
Sebuah karya Alzikr Studio 0176559773

__________________________
Kalau dalam mazhab fotografi landskap, kepala atau leher manusia terpotong dengan garisan horizontal ia adalah satu kesalahan yang berat. Mujur saya tidak bermazhab samada landskap atau sebarang genre, jadi saya boleh berlepas diri dari hukuman tersebut 🤭😅 

#livegreenlivebetter 
#ThePrestige
#weddingphotographer
#fotografer_Terengganu

6 Kelebihan ESP Shaklee

Sejak diserang gastrik yang paling teruk beberapa tahun yang lalu, saya tidak pernah tertinggal dari meminum bancuhan #ESP hampir setiap pagi; meskipun ke warung kopi.

Saya jadikan ia sebagai 'alas' sebelum perut menerima hidangan berat yang lain. Ia mudah dihadam malah mengenyangkan. 

Bila dialas, perut tidak lagi tersentak dan bekerja keras untuk menghadam hidangan yang lebih berat. Jadi ia tidak merembeskan jus gastrik dalam kadar yang tinggi untuk mencerna. Jadi perut tidak lagi kembung atau senak ulu hati bila sudah makan. 

Dalam masa yang sama, saya juga boleh mengurangkan portion hidangan yang diambil, kerana sudah kenyang. Ia suatu penjimatan!

Keajaiban Resveratrol

Kajian pada tahun 2003 oleh Universiti Harvard mendapati bahawa resveratrol boleh meningkatkan jangka hayat serta melambatkan penuaan sel di dalam yis (Sinclair D, 2003). Sejajar dengan itu, pada tahun 2006, kajian yang hampir sama dijalankan oleh saintis di Itali juga mendapati kadar jangka hayat ikan yang diberikan resveratrol telah meningkat sebanyak 50% lebih lama (Baur JA, 2006)

Apakah itu resveratrol? Ia adalah sejenis 'stilbenoid' - sejenis polifenol semulajadi yang dihasilkan oleh sebilangan tumbuhan untuk merawat kecederaan atau melawan penyakit yang disebabkan oleh patogen seperti bakteria atau fungus.

Tumbuhan-tumbuhan tersebut terdiri dari keluarga anggur dan beri. Dan dipercayai anggur muscadine adalah tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol - iaitu 6 kali ganda dari anggur biasa. 

Ada banyak lagi research yang unik mengenai resveratrol dan polifenol ini. Sape nak tahu sila angkat tangan ✋

#shakleesihatceria 
#livegreenlivebetter 
#ThePrestige 
#vivix 
#resV

Vitamin C bukan pilihan; ia keperluan

Ramai yang tidak tahu bahawa badan manusia sangat memerlukan vitamin c, namun badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin itu dengan sendiri. Manusia perlukan vitamin c dari sumber alam. Sebab itu, manusia dan alam ini tidak dapat dipisahkan; perlu hidup beriringan. Subhanallah...

Baik, kenapa vitamin c itu penting? Ia merupakan antioksidan yang kuat yang berupaya memburu radikal bebas di dalam badan. 

Selain itu, #vitaminC juga penting untuk penghasilan #kolagen, yakni sejenis protein yang memberi struktur kepada, tulang, rawan, otot dan saluran darah.

Perasan atau tidak. Kita sering makan nasi & biji-bijian, daging, ikan dan lain lain untuk menambah zat besi di dalam tubuh - bahasa mudahnya untuk menambah sel darah merah atau #hemoglobin. Namun sel darah merah (Hb) kita tetap rendah, kita masih berasa lesu, kurang fokus dan mudah dijangkiti penyakit. 

Situasi ini berlaku mungkin disebabkan kita terlupa mengambil vitamin c yang fungsinya juga adalah untuk membantu badan menyerap zat besi yang kita makan. 

Oleh yang demikian, mahu tidak mahu, vitamin c bagi badan kita bukanlah satu pilihan; ia adalah keperluan.

#shakleesihatceria 
#livegreenlivebetter 
#ThePrestige 
#alzikrstudio