ABOUT US

Nur Halawati Ramli merupakan seorang Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia, lulusan Sarjana Muda Farmasi di International Medical University. Minat yang mendalam terhadap dunia fesyen telah mendorong beliau mengasaskan Aura Busana, sebuah syarikat busana muslimah. Hasil perkongsian hidup bersama suami, Mohd Zakaria Hamzah, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata.

Mohd Zakaria Hamzah merupakan seorang bekas pegawai akademik dan penyelidik di UMT  serta pernah menjadi perunding motivasi di Akademi Bimbingan Insan. Namun hari ini, beliau   memiih untuk menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap perniagaan Aura Batik, sebuah syarikat sutera batik dan songket Terengganu, disamping menjadi konsultan dalam bidang landskap dan taman kediaman menerusi syarikat Polaris Landscape Consultant. Memiliki Sarjana Sains (Pengurusan Rekreasi & Taman), Sarjana Muda (Perhutanan Bandar) dan Diploma (Perhutanan). Turut berkecimpung dalam dunia senifotografi dan mempunyai minat yang mendalam terhadap genre semulajadi, 'street', 'human interest', dan perkahwinan. Karya-karya beliau boleh dilayari dan dibeli di flickr atau di 500px

Pasangan suami isteri ini kini, telah sama-sama berkecimpung dalam memberikan konsultansi kesihatan menerusi produk Shaklee berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing. Keputusan ini diambil untuk sama-sama berkongsi hidup dan menyampaikan seruan konservasi kearah 'Dunia yang hijau & Kehidupan yang lebih baik.' 

No comments:

Post a Comment