Monday, June 28, 2021

RAMAI JOBLESS TIDAK MENYEDARI TERANGNYA CAHAYA DI SEBALIK GELAPNYA HILANG PEKERJAAN


800 000 individu hilang pekerjaan setakat 31 Okt 2020 dan dijangka meningkat ke 2.8 juta pada hari ini.

Ini satu ujian yang cukup besar terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara. Kalau ia tidak ditangani dengan baik, ia dilihat boleh mengundang masalah lain seperti kemurungan, krisis rumahtangga bahkan mungkin bunuh diri! (Nauzubillahi min Zalik). 

Namun jika dipandang dari sudut positif, ujian ini sebenarnya menifestasi kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah sebenarnya sedang menjemput 800 000 orang hamba yang dikasihiNya itu kembali berserah diri dan bergantung harap kepadaNya.

Kerana... Rahmat dan Kasih sayang Allah-lah kunci jalan keluar dari semua kemelut yang melanda ini. Kerana... dari mana datangnya pun #Covid19, ia tetap makhluk ciptaan Allah. 
Kerana... dari mana datangnya wang dan makanan pun, ia tetap rezeki pemberian Allah. 
Dari mana datangnya idea #SOP dan #Pelan Pemulihan pun, ia tetap cetusan ilham dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Semuanya milik Allah. "La tataharraku zarratun illa biiznillah" (Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin Allah).

Firman Allah SWT, "Dan jika Allah SWT mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah SWT melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (QS: Yunus, 107)

Maka dimanakah juzuknya hidup ini yang terpisah dari pentadbiran Allah? Tiada. 

Bilakah saatnya kehidupan ini yang terpisah dari pentadbiran Allah? Tiada. 

Bagaimanakah caranya kehidupan ini boleh terpisah dari pentadbiran Allah? Tiada.

Allah.....

Maka berserah dirilah sepenuhnya kepada Allah; dalam tawakkal, usaha dan ikhtiar. Hiduplah bersama Allah. Murnikan kehidupan beragama dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. 

Kerana Allah terlalu sayangkan kita. Dia tidak akan sesekali mengabai dan menganiayai kita. Dia menguji kita sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita. Firman Allah yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”(QS: Al-Baqarah, 286). 

Malah, di dalam penetapan ujian itu pula tersemat kebaikan dan kemudahan. Sebagaimana firman-Nya, "bahawa sesungguhnya setiap kesulitan itu disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesulitan itu disertai kemudahan” (QS: Al-Insyirah, 5-6)

Bagaimana bentuk kemudahan yang dimaksudkan itu?

Boleh jadi dalam bentuk ilham dan idea-idea baru yang dikurniakan Allah bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi sekarang ini. Seperti idea untuk berjimat cermat. Idea seni kreatif. Idea perniagaan baru yang lebih 'everlasting', Idea pemasaran digital dan sebagainya.

Saya cuba huraikan serba sedikit tentang idea-idea yang saya sebutkan diatas, kerana saya melaluinya, dan saya sedang pun mempraktikkannya. 

1. Idea Berjimat Cermat

1.1 Untuk langkah penjimatan belanja seharian, saya pernah menulis artikel mengenainya di sini: https://www.facebook.com/1576055834/posts/10222209099287863/?sfnsn=mo

2. Idea Seni Kreatif.

2.1 Dahulu, kerana kesibukan merakamkan foto dilapangan, saya tiada masa untuk memuatnaik dan mengemaskini akaun-akaun 'stock photo' saya. Sekarang barulah saya berpeluang melakukannya. 

2.2 Dahulu saya juga tiada masa untuk menyediakan 'content' dan memuatnaik video di 'channel' YouTube saya. Sekarang ini, hampir setiap hari saya telah berjaya menambah video-video baru dengan pelbagai 'content' seperti, kesihatan, masakan, berkebun dan #diy di dalam channel #AlzikrStudio saya.

3. Idea Perniagaan Baru yang Everlasting

3.1 Saya percaya, semua orang sedar bahawa, sektor kesihatan dan keperluan makanan adalah sektor yang paling kalis dari sekatan #pkp dan #lockdown. PKP diperketat seketat manapun, sektor kesihatan dan keperluan makanan tetap berjalan. 

Jadi saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada di dalam dua sektor tersebut. Saya alihkan obses saya dalam fotografi dan seni kreatif ke arahnya. Saya gunakan sedikit kemahiran yang dipinjamkan Allah kepada saya dalam seni kreatif untuk memajukan bisnes #Shaklee dan #LazzSusuKambing yang saya ceburi. 

Dengan seni itu, saya berusaha berkempen dan mengajak masyarakat ke arah gaya hidup yang lebih sihat, diet seimbang, makanan berkhasiat, mengambil vitamin dan susu kambing serta mengamalkan konsep "mencegah lebih baik dari mengubati." 

Justeru, saya bukan saja tidak mensia-siakan kemahiran seni saya, malah dapat mengajak masyarakat bersama menjaga dan memperbaiki kesihatan. Alhamdulillah, Shaklee menyediakan hampir ke semua vitamin dan mineral yang diperlukan dengan harga yang berpatutan.

4. Idea Pemasaran Digital

4.1 Seperti 'stock photo' dan YouTube, bisnes Shaklee dan Lazz Susu Kambing yang saya jual hampir 99.9 peratus berjalan secara online; samada menerusi aplikasi #whatsapp, #facebook dan panggilan telefon. Saya tiada kedai, tidak pula menyewa rak di mana-mana premis perniagaan. 

Semua barangan dikirim samada melalui pos atau cod ke rumah. Persentuhan fizikal tidak berlaku. Yang cuma berlaku mungkin persentuhan hati klien yang tergoda dengan kesopanan saya 🤭

4.2 Silap haribulan, mereka pun ada yang telah berbisnes di bawah koordinasi saya.

4.3 Disamping itu, saya juga sedang mengemaskini akaun #shopee saya, untuk menjual Lazz Susu Kambing di sana pula. Insyaallah..

Alhamdulillah.. setakat ini dulu perkongsian saya kali ini. Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat kepada anda dan orang lain, sila kongsikan kepada mereka. Mudah-mudahan anda dan saya mendapat kebaikan dan pahala dari doa-doa mereka. Ameen..

#tipskewangan #livegreenlivebetter #motivasi #nasihatdiri #shakleesihatceria #ThePrestige #alzikrstudio

Wednesday, June 23, 2021

RAMAI LELAKI TIDAK TAHU. BENARKAH TEMBIKAI BOLEH MENINGKATKAN TENAGA BATIN?

RAMAI LELAKI TIDAK TAHU. BENARKAH TEMBIKAI BOLEH MENINGKATKAN TENAGA BATIN?

90% kandungan tembikai adalah air. Kandungan air yang tinggi ini membantu kita untuk kekal hidrat dan membuat kita berasa kenyang. 

Warna merah pada isi buahnya pula adalah pigmen yang terhasil dari sebatian kimia yang dinamakan likopena. Ia bersifat antioksidan. Kandungan likopena yang tinggi ini dilihat berkesan untuk melindungi sel-sel daripada rosak sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit seperti, kanser, jantung, hipertensi dan obesiti.

Selain itu, likopena juga berfungsi sebagai antiradang. Semasa kita sakit disebabkan apa-apa penyakit, keradangan berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan kita. Buah tembikai secara amnya membantu badan kita melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

Menurut penyelidik di dalam portal kesihatan, WebMD, tembikai boleh menjadi viagra semula jadi. Ini kerana, ia kaya dengan asid amino yang dipanggil Citrulline dan Arginine. Citrulline dapat melega dan melancarkan saluran darah seperti viagra dan ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat disfungsi erektil (ED)/ #matipucuk.

Manakala Arginine pula berkesan meningkatkan aliran vaskular dengan pengerasan arteri atau dipanggil aterosklerosis. 

Kajian pakar Farmakologi, Dr. Roger Clemens pada tahun 2007 mendapati bahawa, sukarelawan yang minum tiga gelas, bersamaan 8 auns jus tembikai setiap hari selama tiga minggu meningkatkan tahap arginin mereka sebanyak 11 peratus.

Cuma persoalannya, sanggupkah kita meminum jus tembikai 3 gelas setiap hari berturut-turut selama 3 minggu? Jangan risau.. dengan hanya meminum 1 sudu #Vivix setiap pagi kita boleh mendapatkan kebaikan sebagaimana yang disebutkan diatas. 

Kalau saya teruskan penulisan ini, ia akan jadi meleret panjang. Insyaallah saya akan kupas pada posting yang akan datang. Atau anda boleh mesej saya. 

#tipspemakanan #gayahidupsihat #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio #ThePrestige

Monday, June 21, 2021

Kentut itu Bagus

Selalu kentut dan sendawa itu adalah sesuatu yang baik bagi mereka yang punyai atau pernah mengalami gastrik. 

Ini kerana, kentut dan sendawa itu adalah menifestasi kepada gas berasid di dalam usus, yang terhasil dari proses penghadaman telah berjaya dilepaskan.

Gas ini jika tidak dilepaskan, samada melalui kentut dan sendawa boleh menyebabkan perut kembung, pedih ulu hati dan gastrik. Hal ini jika dibiarkan berlarutan boleh membawa kepada masalah ulser di dalam perut (nauzubillahi min zalik) 

1. Petua yang selalu saya amalkan untuk menggalakkan pembuangan angin dalam badan adalah dengan meminum teh halia. Saya tidak mencampurkan teh tersebut dengan sebarang krimer sejat manis atau susu lembu. Ini kerana susu lembu mengandungi laktosa, yakni sejenis gula yang tidak boleh dicernakan oleh ramai individu yang 'intoleransi terhadap laktosa' seperti saya.

2. Kebiasaannya saya gantikan susu lembu atau krimer itu dengan susu #soyaESP atau #lazzsusukambing. Kerana kedua-duanya bebas dari laktosa. 

3. Ada orang kata sayur-sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat boleh mengakibatkan kembung perut. Namun setakat pengalaman saya, sayur dan buah-buahan yang tinggi serat lah melawaskan sistem pencernaan dan pembuangan. Pada pengamatan dan pembacaan saya, serat sebenarnya menyempurnakan najis supaya keluar dengan lebih mudah. Keadaan ini mengelakkan sembelit.

4. Apabila sisa makanan dan najis keluar dengan lebih cepat dari usus, ia bawa keluar bersama gas yang terkumpul di dalam perut. Manakala perut yang bersih dari najis dan sisa makanan membantu mengurangkan penghasilan gas / jus gastrik yang baru. Ia juga dinamakan detoksifikasi. 

5. Kandungan serat di dalam sayur dan buah-buahan juga membantu kemandirian bakteria baik di dalam usus. Bakteria baik ini berfungsi memakan makanan dan mengubahnya menjadi nutrien yang berguna. Sekaligus membantu usus menyerap nutrien dan menyebarkannya ke dalam aliran darah, untuk digunakan oleh bahagian badan yang lain.

6. Contoh makanan yang tinggi serat yang selalu saya ambil menjadi sebahagian dari diet harian saya termasuklah kekacang, brokoli, kobis, salad, pisang, mangga, limau, #cinch dan bijirin penuh. 

Kesimpulannya, jika pasangan anda selalu sendawa atau terkentut-kentut, maka bersyukurlah. Kerana itu lagi baik daripada anda terpaksa menghantarnya ke hospital. Lagipun kentut orang Gastrik, walaupun tidak berbau wangi, sekurang-kurangnya ia tidak berbau ☺️☺️🤭🤣

#dietsihat #tipspemakanan #gastrik #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio #ThePrestige

Sunday, June 20, 2021

Menu Sihat atasi Gastrik

Simple dimple breakfast. Last gastrik tahun 2017; gastrik macam nok mati org kate. Sejak itu, seluruh amalan pemakanan saya berubah. Setiap kali breakfast, saya akan mulakan dengan minuman/makanan yang paling mudah dicerna; supaya jus gastrik di dalam perut tidak di lepaskan secara mendadak.

Kebiasaannya saya mulakan dengan turutan bermula madu atau #Vivix, #susukambing & #ESP, seterusnya buah buahan seperti pisang, mangga, jambu, limau dan sebagainya. 

Kemudian barulah dituruti dengan makanan-makanan yang lain. Kalau tiada makanan pun, saya tak kisah, sebab sudah berasa kenyang dengan minuman dan buahan yang tersebut diatas.

Di bawah ni contoh meal breakfast yg mudah dan mengenyangkan. Potongan sweet potato dan telur rebus bersama sedikit kekacang. Taburkan sedikit black pepper sebagai perasa. 

Btw, untuk mereka yg dikurniakan perut sensitif, ubi rebus tidak berapa digalakkan, kerana ia boleh menyumbang kepada kembung perut.

#dietsihat #tipsdiet #tipspemakanan #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio #ThePrestige 

Ujian Tanda Allah Sayang

PKP bersambung lagi. Sedang Covid belum menampakkan tanda-tanda signifikan untuk reda. Malangnya, ramai sahabat-sahabat yang berniaga, terkesan dengan keadaan ini; terutama dikalangan pengusaha travel & tour, pelamin, kanopi, katering, fotografi dan seangkatannya. 

Saya sendiri pun telah melunaskan kembali deposit dua orang klien saya untuk job #wedding bulan ini. Dan kelihatannya hal yang sama bakal berlaku untuk bulan depan dan bulan bulan yang akan datang. 

Kontrak senibina landskap pun tidak dapat saya jalankan buat masa ini kerana orang kanan kepercayaan saya diuji dgn ujian yg lebih berat; jatuh staging, patah tulang rusuk. 

Namun adakah keadaan ini menjadikan kita lemah semangat dan berputus asa? Tidak. 

Bahkan kita sepatutnya bersyukur kerana terpilih untuk diangkat martabatnya dengan ujian yang tidak seberapa ini (jika dibandingkan ujian para Nabi, Sahabat dan Siddiqin).

Ya, bersyukur. Dalam ramai-ramai umat manusia di dunia ini, Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayang Nya, memilih kita untuk diuji. Yang sebenarnya dengan ujian itu, Allah mahu menghapuskan dosa kita seumpama air yang membersihkan kotoran pada badan. Nabi Isa A.S pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu mengenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Dan sesungguhnya, dengan ujian itu, Allah sebenarnya ingin memenifestasikan kasih sayang Nya pada kita. Dia sebenarnya sedang memanggil kita untuk datang menyerah diri dan menagih belas kasih daripadaNya - setelah sekian lama kita melupakanNya.

Sabda Kekasih kita, Baginda Nabi SAW, “Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan mencubanya dengan ujianNya.”

Kebaikan itu dalam pelbagai bentuk. Salah satunya Allah memberi ilham dan peluang kepada kita untuk berSABAR dengan situasi yang melanda; REDHA dengan ketetapanNya; dan berSYUKUR kerana setiap ketetapanNya adalah yang terbaik buat kita - bersesuaian dengan keadaan kita, masa dan ketikanya. 

Alhamdulillah.. walaupun bisnes-bisnes saya yang lain kelihatan merosot, tapi jualan #shaklee dan #lazzsusukambing saya dan wife Nur Halawati melonjak 200 peratus. Saya yang dulu buat Shaklee sambil-sambilan, kini terpaksa memberi tumpuan penuh. Kelihatannya bisnes produk kesihatan seperti Shaklee, dan produk susu seperti #lazz ini rintang dengan kemerosotan ekonomi dan #lockdown.

Pada saat industri lain tersekat dengan PKP, sektor kesihatan dan barangan keperluan seperti susu bayi dan lain lain perlu diteruskan. 

Bahkan perlu ditingkatkan, kerana masyarakat sekarang bertambah cakna dengan kesihatan diri dan imunisasi. Masyarakat kini percaya, "mencegah itu lebih baik dari mengubati." Kesannya permintaan untuk vitamin Shaklee melonjak tinggi. Benarlah kata Allah, "Kerana sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kemudahan. Demi sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kemudahan." (QS: Al-Insyirah, 5-6)

Setakat inilah dulu perkongsian saya mengenai langkah kerintangan ekonomi yang saya ambil menggantikan dunia #fotografi saya yang kelihatan megamandom sekarang ini. Sahabat yang berminat untuk menurut langkah saya boleh tinggalkan pesan diruangan komen atau DM. 

Dan sesiapa yang terbuka hati dan ber-ihsan ingin membantu orang yang terjejas seperti saya, boleh bantu saya dengan cuba meningkatkan imunisasi dan tahap kesihatan anda dengan mendapatkan vitamin dari saya ☺️ . Tak cuba, maka tak cinta. Salam sayang, ihsan buat semua.

Zakaria Alzikr 
Leader Shaklee #ThePrestige #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio

Kalori Tak Salah; Yang Salah adalah Kita


SELAMA INI KITA SILAP. 
Sebenarnya kalori tak salah. Yang salah adalah lemak badan.

Bagaimana kita boleh mengatakan kalori itu salah/buruk sedangkan kita sendiri memerlukan kalori untuk hidup? 

Salahnya adalah kita yang mengambil kalori itu secara berlebihan, melangkaui keperluan kita. Salah kita juga kerana memilih kalori dari sumber yang tidak sihat.

Sebagai contoh, 100 kalori yang terkandung dalam semangkuk brokoli membekalkan nutrien yang banyak, sedangkan 100 kalori yang terkandung dalam hanya satu pertiga donat tidak mempunyai sebarang nutrien.

Contoh yang lain, perbandingan antara coklat dan salad. Kedua-duanya mempunyai kalori, tetapi coklat kebanyakannya karbohidrat dan lemak, sedangkan salad itu punyai serat tapi tidak mempunyai lemak. 

Jadi.. Bagaimana kalori dikatakan boleh menyumbang kepada berat badan?

Kalori itu sendiri tidak mempunyai berat. Namun, kalori yang berlebihan (yang tidak digunakan oleh badan) akan disimpan oleh tubuh sebagai tenaga, dalam bentuk lemak badan. Nah, disinilah punca datangnya berat.

Adalah perlu difahami bahawa, keperluan kalori dan tenaga anda yang bekerja di pejabat tidak sama dengan petani yang bekerja di bendang. Sudah pastilah petani lebih memerlukan kalori berbanding anda. Portion makanan berbeza; dietnya juga berbeza.

Oleh yang demikian, anda sedang menjemput masalah berat badan sekiranya anda makan sebagaimana petani makan; melainkan anda seorang yang aktif bergerak di pejabat, dan bersukan di luar waktu pejabat.

 Jadi.. kenalilah gaya hidup anda. Dan olahlah diet pemakanan anda sesuai dengan gaya hidup tersebut. Jangan sampai anda terkurang kalori sehingga menjadi lesu. Dan jangan pula sampai terlebih kalori sehingga menjadi gemuk!!

#hidupsihat #dietsihat #livegreenlivebetter #ThePrestige #shakleesihatceria #alzikrstudio