Showing posts with label pedih ulu hati. Show all posts
Showing posts with label pedih ulu hati. Show all posts

Wednesday, March 31, 2021

9 minuman/makanan untuk mengalas perut sensitif.

9 minuman/makanan yang bagus untuk mengalas perut yang kosong, terutama perut sensitif.

1. Air zamzam. Tidak dapat disangkal lagi, ia adalah air suci, mukjizat Baginda Nabi Allah Ismail As, yang masih kekal sehingga ke hari ini, 55 keturunan sebelum kelahiran Baginda Nabi Muhammad Saw. Ia diakui dunia dengan kajian saintifik sebagai mineral yang paling berkhasiat di dunia.

2. Air dan isi kelapa muda. Kandungan isotonik yang kaya dengan elektrolit yang terdapat di dalam air kelapa boleh membekalkan tenaga kepada tubuh. Malah ia turut membantu melancarkan proses rehidrasi bagi membolehkan air dan mineral diserap dengan baik ke dalam badan.

Ia juga bersifat alkali yang boleh meneutralkan asid di dalam perut.

3. Madu kelulut atau lebah. *Pastikan yang asli bukan yang tiruan. Madu adalah makanan #sunnah, dan ia terkandung di dalam Al-Quran. Maka tidak perlu lagi saya huraikan kebaikannya, cukuplah saya katakan, saya beriman dengan firman Allah dan sabda RasulNya. 

4 & 5. Serbuk Habbatus Sauda. Saya biasa bancuh di dalam susu kambing. Berbanding susu lembu, nilai Ph di dalam susu kambing lebih beralkali - hampir menyamai nilai Ph di dalam susu ibu. Bahkan A2 beta-casein yang ada dalam susu kambing sememangnya mirip dengan susu ibu.

Dengan kandungan laktosa yang rendah, ia sesuai untuk mereka yang mengidap masalah 'lactose intolerant'. Protein alpha S2 yang terkandung di dalamnya juga membuatkan susu kambing lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Di dalam susu kambing terdapat sejenis kompaun yang dinamakan 'oligosaccharides' yang bertindak sebagai anti-keradangan. Ia menjadi imunisasi semulajadi terhadap serangan 'bowel disease', keradangan usus dan gastrik.

6. Buah tamar, kismis, tiin dan zaitun. Seperti madu, buah buahan ini juga di sebut di dalam Al-Quran, bahkan ia menjadi makanan Baginda Nabi SAW. Memang banyak kajian saintifik mengenai kebaikan buah buahan ini, namun bagi saya, cukuplah saya katakan saya beriman dengan Al-Quran dan Baginda Nabi SAW. Dan semua sunnah Baginda memberi kebaikan kepada umatnya dan seluruh manusia.  

7. Hampir kebanyakan buah-buahan terutamanya buah pisang, buah naga, limau dan jambu. Buah buahan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang sangat diperlukan tubuh. Serat itu juga boleh membantu proses pencernaan dan penghadaman.

8. Salad dan sayur sayuran. Selain membekalkan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh, salad dan sayur sayuran kaya dengan komponen bioaktif yang mampu mengurangkan penghasilan nitrik oksida yang menjadi pencetus keradangan bagi mereka yang dikurniakan perut sensitif.

9. Susu soya asli atau 'Non-GMO soy protein'. Dari segi nutrisi, kandungan protein kacang soya dipercayai 2 kali lebih tinggi dari daging dan 4 kali lebih tinggi dari telur. Maka tidak hairanlah bila kita meminum susu soya, kita akan cepat terasa kenyang/puas. Dan ia sangat-sangat mudah dicernakan berbanding telur dan daging. 

Bagi saya, saya memilih protein #soya_ESP. Ini kerana, selain membekalkan protein yang mempunyai indeks glycemic yang rendah, ia juga membekalkan 9 jenis asid amino, dan vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6 yang diperlukan tubuh. Ia juga bebas kolesterol.

Jadi, jika anda sedang membina otot, pada masa yang sama, tidak mahu gemuk; apa kata anda cuba berpindah dari daging dan telur kepada soya asli atau ESP. Anda dapat protein yang anda perlukan, tanpa kolesterol yg menggemukkan!

Banyak lagi khasiat dan kebaikan lain mengenai #ESP ini. Insyaallah, ada kelapangan nanti saya create topik lain untuk menghuraikannya.

Semua makanan/minuman yang saya senaraikan diatas, adalah kombinasi rutin harian saya sendiri, yang saya ambil pada:

a) waktu pagi, sebelum mengambil makanan lain, yang lebih berat. 

b) sewaktu perut kosong, tersangat lapar kerana tidak sempat makan.

c) sebelum dinner.

d) sewaktu tanda-tanda gastrik mula menyerang. (Untuk makluman, saya sudah lama tidak consume magnesium trisilicate atau gaviscon. Saya gantikan samada dengan susu kambing, air kelapa atau ESP.)

Bagi yang mempunyai #perut_sensitif, di waktu lapar, makanan/minuman diatas akan membuat kita mengeluarkan angin dengan sendawa atau terkentut 🤭😅.

Serentak itu, pedih ulu hati kita akan beransur lega. Waktu itu barulah selesa untuk mengambil makanan lain yang lebih berat hatta sekalipun yang berasid.  

Oleh : Zakaria Alzikr

#shakleesihatceria #livegreenlivebetter #lazzsusukambing #Kesihatan #ThePrestige #alzikrstudio

Thursday, March 25, 2021

10 makanan/minuman yang yang patut dielakkan ketika perut kosong

10 makanan/minuman yang patut dielakkan ketika perut kosong, terutama bagi mereka yang punyai masalah perut sensitif.

1. Sebarang minuman berkarbonat. 

2. Susu lembu. Lebih-lebih lagi yang telah dipasturkan.

3. Sebarang minuman yang dibancuh dengan susu pekat. Kita panggil susu pekat. Padahal nama sebenarnya adalah krimer sejat manis atau isian pekat manis. Ia tiada kaitan langsung dengan susu, sebab ia bukan diperbuat dari tesusu. Ia adalah produk minyak sawit.

4. Yogurt. Sesetengah org mengatakan bakteria yg terkandung di dalam yogurt adalah baik untuk perut. Namun yogurt sebenarnya bersifat asid. Ia masam sebenarnya. Yang kita rasa manis tu, ada rasa buah tu, dan pelbagai perisa itu adalah disebabkan gula. Ya, berapa banyak gula dimasukkan ke dalam yogurt yg dijual di pasaran untuk menghilangkan rasa masamnya?

5. Marjerin. Sebagaimana krimer sejat manis diperbuat dari minyak sawit, marjerin juga diperbuat dari minyak tumbuhan. Malah sesetengah marjerin lebih mengancam kepada perut sensitif kerana ia menggunakan lemak trans yang tinggi untuk menjaga teksturnya. Minyak dan lemak ini sangat sukar dicernakan di dalam perut.

6. Daging. Lebih-lebih lagi daging lembu/kerbau yang liat. Bila liat, ia sukar dan mengambil masa yang lama untuk dicernakan. Bahkan perut terpaksa bekerja keras (merembeskan jus gastrik dalam kepekatan yang tinggi) untuk mencernakan makanan tersebut.

7. Sebarang "fast food", pasta dan makanan berminyak. 

8. Sos cili, termasuk lada keropok. Ya, lada keropok. Ia diperbuat dari cuka, cili dan gula. 

9. Kopi. Walaupun kopi bersifat antioksidan, namun ia juga bersifat asid.

10. Sebarang buah buahan yang sangat bergetah seperti nangka, cempedak dan kuini serta buah yang kelat seperti salak, pisang kelat siang dan sebagainya.

Selain 10 senarai ini, banyak lagi makanan lain yang perlu dielakkan oleh perut sensitif. Tapi 10 ini adalah antara yang paling kita gemari, dan kita tidak sedari akan ancamannya terhadap perut sensitif - sewaktu perut itu kosong.

Ya, sewaktu perut itu kosong. Maksudnya di sini, bukan makanan tersebut tidak boleh dimakan, cuma perlu dialas terlebih dahulu dgn makanan yang lain.

Haa.. nanti kita bincangkan pula 10 makanan yang bagus, yang boleh dialas oleh perut sensitif. 

#shakleesihatceria #livegreenlivebetter #kesihatan #ThePrestige