Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

Telur Cendawan Seafood


Kelmarin mak sedara kami dari Johor datang ke rumah. Kami pun masak Ikan Tomyam Halia seperti menu sebelum ini; buat sup sayur; dan tambah satu lagi resipi baru ~ Telur Cendawan Seafood.
Begini resipinya :

1. Masak crab stick, prawn stick, fish ball/fish cake dan sosej tanpa menggunakan minyak dengan api yang sederhana. Ketepikan.
2. Sementara itu pecahkan 3 biji telur di dalam bekas. Masukkan 1 biji cili merah yang telah dihiris dan dibuang bijinya. Masukkan 1 labu bawang besar + 1 biji lada benggala + 5 biji cendawan butang yang dipotong dadu. Kemudian masukkan 1 pokok daun sup (atau boleh diganti dengan daun kemunggar) yg dicincang dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau sehingga sekata semua bahan-bahan tersebut.
3. Panaskan kuali dengan api yang sederhana kecil. Tuangkan telur. Kemudian taburkan crab stick, prawn stick, fish ball dan sosej yang telah dimasak tadi diatasnya. Pastikan permukaan bawah bahan-bahan tersebut tenggelam di dalam telur agar ia tidak tertanggal.
4. Tidak perlu terbalikkan telur tersebut. Cuma kawal api dan gerakkan kuali ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang agar pemanasannya sekata. Ulang cara ini sehingga keseluruhan telur tersebut kering. Hidangkan.

Monday, September 7, 2015

Ikan Kerapu Tomyam Halia


1. Seperti biasa siang dan basuh ikan dengan garam kasar dan perahan limau nipis. Kemudian jirus dengan air lalu.
2. Kelar ikan-ikan tersebut dan letakkan di dalam pemanggang ajaib yang telah dilapik dgn aluminium foil; pastikan saiz aluminium foil itu boleh membalut ikan tersebut nanti.
3. Pecah dan larutkan kiub tomyam bersama sedikit air; kemudian sapukan keseluruhan badan ikan.
4. Hiris 3 ulas bawang putih + 1/2 bawang besar + 1 inci halia + 2 batang serai + 3 helai daun limau purut (dibuang uratnya) + 2 biji cili padi (diketuk). Taburkan kesemuanya diatas ikan.
5. Bancuh 100ml air bersama 1 sudu sos tiram + 1 sudu kicap manis + 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi/sebelah lemon + 1 sudu gula + sedikit garam. Kacau sehingga gula dan garam larut. Kemudian curahkan diatas ikan.
6. Tutup aluminium foil membaluti ikan. Tutup pemanggang dan masak dengan api sederhana selama 10 minit (atau sehingga naik bau).
7. Taburkan daun ketumbar dan daun bawang. Hidangkan.

KERAPU SWEET SOUR MANGGA



Masih tercari2 menu tengahari? Jom cuba resipi ini smile emoticon

1. 3 ekor ikan kerapu yg disiang dan dibasuh dengan air perahan limau nipis + garam kasar. Kemudian basuh dgn air lalu.
2. Gaul ikan tersebut dengan telur yg telah dibancuh dengan serbuk kunyit dan sedikit garam halus.
3. Goreng kerapu tesebut sehingga masak.
4. Utk sosnya pula, tumis 4 biji bawang merah + 4 ulas bawang putih + 3 biji lada jarum sehingga harum.
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan masak. Masukkan sedikit air (ikut jumlah sos yg anda ingini) dan masak.
6. Masukkan serai yg telah diketuk dan dipotong + 4 helai daun limau purut + separuh bawang besar yg dihiris nipis. Dan masak.
7. Masukkan lobak merah yg telah dipotong nipis + timun batang yg dipotong dadu + mangga yg dihiris halus. Masukkan sedikit garam halus. Masak sehingga lobak menjadi lembut.
8. Sekiranya sos kelihatan cair, bancuh sedikit tepung jagung dgn air kemudian masukkan kedalamnya. Kacau. 
9. Hidang di dalam pinggan. Taburkan hirisan mangga diatasnya. Dan sediakan limau nipis bagi mereka yg nak lagi masam. Selamat mencuba

Saturday, August 29, 2015

KENNY ROGERS KUBANG TANGGA


1. Beberapa ketul ayam dikelar-kelar dagingnya.
2. Ayam tersebut digaul bersama 4 sudu sos cili, 4 sudu sos tomato, 4 sudu kicap, sedikit serbuk black paper, Basil leaves, Mint flakes, 2 sudu madu dan sedikit air performance shaklee. Sukatan ini bergantung jumlah ayam yg digunakan. Seeloknya pastikan ketulan ayam tersebut terendam sepenuhnya di dalam ramuan.
3. Perap selama 1 malam.
4. Bakar menggunakan dapur arang atau boleh juga menggunakan alat pemanggang.
5. Hidang bersama sos cili atau mayonis atau sos blackpepper.

Risoles Ayam Bercheese




Menu branch. Makan sambil dengo lagu Everlasting Love. 
1. INTI. 
a) Tumis 5 ulas bawang putih sehingga harum. Masukkan isi ayam cincang (mengikut kehendak masing2). Masukkan 4 biji kentang + 1 biji bawang besar yg telah dipotong dadu. Masukkan secawan air. Gaul & masak sehingga ubi kentang sehingga lembut.



b) Masukkan 3 sudu kecil serbuk black pepper. Kemudian gaul & masak sehingga air agak kering.

c) Bancuh sedikit tepung jagung bersama air, dan masukkan kedalam masakan. Kemudian gaul sehingga kelihatan pekat dan melekat. Tabur sedikit garam dan 1/4 kiub ayam knorr. Gaulkan sehingga air kering. 

2. KULIT RISOLES
a) 2 cawan tepung gandum + 2 cawan susu cair/santan + 1 biji telur + 1 3/4 cawan air + sedikit garam dikepuk sehingga sebati.

b) Masak dan lenggang diatas 'nonstick pan' menggunakan api yg sederhana. Ketebalan macam kulit popia. 

3. Letakkan inti + mozarella cheese diatas kulit, lipat dan gulung kulit tersebut. 

4. Celup didalam sebiji telur yg telah dikepuk. Kemudian goreng sehingga kekuningan. Boleh juga disalut dgn serbuk roti sebelum digoreng (tapi rohok nok cari serbuk roti kkadang ~ wat sendiri ahh senang). Angkat dan tos minyak. Sedia dihidang bersama sos pencicah Aqila dan mayonis.

Jgn lupa pasang lagu everlasting Love sebelum makan bersama yg tersayang