Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Sunday, June 20, 2021

Ujian Tanda Allah Sayang

PKP bersambung lagi. Sedang Covid belum menampakkan tanda-tanda signifikan untuk reda. Malangnya, ramai sahabat-sahabat yang berniaga, terkesan dengan keadaan ini; terutama dikalangan pengusaha travel & tour, pelamin, kanopi, katering, fotografi dan seangkatannya. 

Saya sendiri pun telah melunaskan kembali deposit dua orang klien saya untuk job #wedding bulan ini. Dan kelihatannya hal yang sama bakal berlaku untuk bulan depan dan bulan bulan yang akan datang. 

Kontrak senibina landskap pun tidak dapat saya jalankan buat masa ini kerana orang kanan kepercayaan saya diuji dgn ujian yg lebih berat; jatuh staging, patah tulang rusuk. 

Namun adakah keadaan ini menjadikan kita lemah semangat dan berputus asa? Tidak. 

Bahkan kita sepatutnya bersyukur kerana terpilih untuk diangkat martabatnya dengan ujian yang tidak seberapa ini (jika dibandingkan ujian para Nabi, Sahabat dan Siddiqin).

Ya, bersyukur. Dalam ramai-ramai umat manusia di dunia ini, Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayang Nya, memilih kita untuk diuji. Yang sebenarnya dengan ujian itu, Allah mahu menghapuskan dosa kita seumpama air yang membersihkan kotoran pada badan. Nabi Isa A.S pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu mengenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Dan sesungguhnya, dengan ujian itu, Allah sebenarnya ingin memenifestasikan kasih sayang Nya pada kita. Dia sebenarnya sedang memanggil kita untuk datang menyerah diri dan menagih belas kasih daripadaNya - setelah sekian lama kita melupakanNya.

Sabda Kekasih kita, Baginda Nabi SAW, “Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan mencubanya dengan ujianNya.”

Kebaikan itu dalam pelbagai bentuk. Salah satunya Allah memberi ilham dan peluang kepada kita untuk berSABAR dengan situasi yang melanda; REDHA dengan ketetapanNya; dan berSYUKUR kerana setiap ketetapanNya adalah yang terbaik buat kita - bersesuaian dengan keadaan kita, masa dan ketikanya. 

Alhamdulillah.. walaupun bisnes-bisnes saya yang lain kelihatan merosot, tapi jualan #shaklee dan #lazzsusukambing saya dan wife Nur Halawati melonjak 200 peratus. Saya yang dulu buat Shaklee sambil-sambilan, kini terpaksa memberi tumpuan penuh. Kelihatannya bisnes produk kesihatan seperti Shaklee, dan produk susu seperti #lazz ini rintang dengan kemerosotan ekonomi dan #lockdown.

Pada saat industri lain tersekat dengan PKP, sektor kesihatan dan barangan keperluan seperti susu bayi dan lain lain perlu diteruskan. 

Bahkan perlu ditingkatkan, kerana masyarakat sekarang bertambah cakna dengan kesihatan diri dan imunisasi. Masyarakat kini percaya, "mencegah itu lebih baik dari mengubati." Kesannya permintaan untuk vitamin Shaklee melonjak tinggi. Benarlah kata Allah, "Kerana sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kemudahan. Demi sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kemudahan." (QS: Al-Insyirah, 5-6)

Setakat inilah dulu perkongsian saya mengenai langkah kerintangan ekonomi yang saya ambil menggantikan dunia #fotografi saya yang kelihatan megamandom sekarang ini. Sahabat yang berminat untuk menurut langkah saya boleh tinggalkan pesan diruangan komen atau DM. 

Dan sesiapa yang terbuka hati dan ber-ihsan ingin membantu orang yang terjejas seperti saya, boleh bantu saya dengan cuba meningkatkan imunisasi dan tahap kesihatan anda dengan mendapatkan vitamin dari saya ☺️ . Tak cuba, maka tak cinta. Salam sayang, ihsan buat semua.

Zakaria Alzikr 
Leader Shaklee #ThePrestige #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio

Thursday, April 22, 2021

Siapakah yang bijak?


Siapakah orang yang BIJAK?

Orang yang bijak adalah orang yang memilih sesuatu yang LEBIH BAIK. Kalau kita sudah tahu bandingan masa kehidupan di dunia ini hanya 1 jam setengah saja jika dibandingkan dengan Akhirat yang kekal selama-lamanya (rujuk Q.S. Al-hajj:47), kenapa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh memenuhi kehendak yang hanya 1 jam setengah di dunia, lalu meninggalkan nikmat yang ditawarkan untuk selama-lamanya di Akhirat?

Dan kalau kita sudah tahu bandingan nikmat di dunia hanyalah setitis air yang melekat pada jari sahaja, sedangkan nikmat Akhirat itu adalah seluas lautan yang terbentang (rujuk HR Muslim no 2868) , kenapa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh mengejar nikmat/kemewahan yang sedikit itu, lalu meninggalkan selautan nikmat yang terbentang di Akhirat?

Sungguh #ORANG_BIJAK pasti meninggalkan dunia dan memilih Akhirat. 

Dan sungguh, orang YANG LEBIH BIJAK akan memanfaatkan seluruh kehidupan dunianya untuk keperluannya di Akhirat kelak. 

Beliau akan meniatkan dan menyerahkan seluruh masa dan kehidupannya; ibadahnya, tugasnya, bisnesnya, hubungannya sesama manusia dan alam bahkan seluruh gerak-diamnya hanya kepada Allah. Maka seluruh kehidupannya itu menjadi ibadah. 

Firman Allah, “TIDAK Aku ciptakan jin dan Manusia MELAINKAN hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 ).

#COD #shakleesihatceria #lazzsusukambing #nasihatdiri #livegreenlivebetter #ThePrestige

Wednesday, April 14, 2021

SIAPAKAH GOLONGAN YG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN ?


1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.

2. Mereka yg menunggu2 waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat2 mustajab doa.

3. Mereka yg bangun utk bersahur semata2 TANPA beramal dan mendirikan solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.

4. Mereka yg dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan TETAPI bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.

5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yg panjang utk mempelajarinya TETAPI membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

6. Mereka yg sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama TETAPI kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah TETAPI tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan TETAPI membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

9. Mereka yg bersungguh2 memelihara puasa dari perkara yg membatalkan TETAPI berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim. 

10. Mereka yg sampai umurya ke penghujung Ramadhan TETAPI tidak berusaha utk memburu kebaikan malam AL QADAR.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja." (HR Ibnu Majah)

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dari kami sekeluarga.

Semoga kami dan kita semua tidak tergolong di dalam golongan yang rugi tersebut. Dan semoga Ramadhan ini kita beroleh Rahmat Allah, diampunkan segala dosa dan dilepaskan dari kemurkaan Nya. Ameen..

#shakleesihatceria #livegreenlivebetter #alzikrstudio #ramadhankareem #masjidkristal #fotograferterengganu

Wednesday, March 31, 2021

Kehidupan ini adalah cinta

KEHIDUPAN INI ADALAH CINTA. 
Sahabatku, guru pernah berpesan, agar kita menikmati hidup ini dengan sepuas-puasnya. Puas di sini bermaksud menikmati setiap pemberian dan ketetapan Allah dgn hati yg redha, merasa cukup dan seterusnya bersyukur. 

Ketahuilah bahawa segala kehendak dan ketetapan Allah pada kita itu adalah tiada lain, hanya semata-mata kerana cinta dan kasih sayangNya pada kita. Dia mencipta kita kerana Dia mahu kita makrifat akanNya, berserah diri dan menyambut cintaNya (QS. 51: 56). Dia mencipta ibu, ayah dan anak2 kita kerana Dia mahu kita merasa nikmatnya berkasih sayang (QS 46: 15); betapa kasih sayangNya adalah berkali-kali ganda lebih hebat dari itu (HR. Bukhari & Muslim dan HR. Imam Ahmad & Al-Hakim).

Dia ciptakan tumbuhan agar kita menikmati udara dan makanan. Dia ciptakan hidung dan paru2 utk kita menghirup udara tersebut; mulut, usus dan perut utk kita memproses makanan tersebut. Dia ciptakan pula ginjal utk tubuh kita menapis makanan yg merbahaya dan kotor; dan diciptakan pula organ perkumuhan utk membuang sisa makanan tersebut. (QS. 45: 4) Aduh nikmatnya menikmati, walaupun secebis makanan yang saban hari kita makan.

Dengan kasih sayangNya Dia ciptakan pula bunyi-bunyian untuk kita. Burung yang berkicau; angin yang berbisik; ombak yang menderu; daun yang gemersik agar hidup kita tidak terasa hening dan sunyi; sepi dan sendiri. 
Sahabatku, alangkah kompleksnya menciptakan walaupun seorang dari kita. Kita memerlukan bumi untuk didiami. Bumi pula memerlukan bulan dan matahari untuk mandiri. Bulan dan matahari pula memerlukan planet-planet dan bintang-bintang yang lain, membentuk sistem suria. Begitu pula sistem suria ini memerlukan sistem-sistem suria yang lain, membentuk galaksi. Begitu pula galaksi ini memerlukan galaksi-galaksi yang lain, membentuk kosmos. Dan begitu pula kosmos ini berjaring dengan kosmos-kosmos yang lain membentuk alam semesta. Segalanya diatur, bergerak dan beredar pada garis edaran masing-masing sebagaimana yang ditetapkan Allah tanpa seinci pun ingkar, lari dari ketetapan tersebut (QS. 21:33, 36: 40 dan 35: 13). MasyaAllah betapa kompleksnya untuk menciptakan dan memberi kehidupan meskipun hanya seorang saja daripada kita. Namun Dia tetap menciptakan semua itu hanya semata-mata untuk kita; kerana cintaNya Dia kepada kita.Tidak cukup dengan itu, Dia sediakan pula Syurga buat kita yang kembali menyerah diri dan menyambut cintaNya (QS. 2:82, 4:57, 4:122, 7:42, 10:9, 11:23, 13:29,……85:11) Subhanallah begitu banyak sekali janji Allah mengenai Syurga buat kita yang mahu kembali ke sisiNya. 

Untuk memanggil kita pulang ke sisiNya, Dia cetuskan pula kehendak dlm hati kita; Dia menggerakkan kita utk mengenali Dia, beribadah dan menyerah diri kepadaNya (QS. 7-10). Betapa Dia terlalu merindui kita agar kita tidak sesat utk pulang kehadratNya; dan tidak terhumban ke dalam neraka. Betapa Dia mengasihi kita, Dia memberi petunjuk dan hidayah kepada kita (QS. 6:125 & 7:43); menjadikan kita Islam, menjadikan kita beriman dan berihsan kepadaNya. Dia utuskan pula Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang sangat lemah lembut dan penyayang utk mengingatkan dan menasihati kita agar tidak terpesong dari kasih sayangNya (QS. 6:48, 16:36, 21:25 & 107 dan 35:24). 

Kadangkala Dia menguji kita dengan sedikit kesusahan dan kesakitan (QS. 29:2-3). Betapa saat itu kasih sayangNya tidak tergambar kerana Dia ingin menghapuskan dosa kita (HR. Bukhari no. 5660 & no. 5641 dan HR Muslim no. 2571 & no. 2573). Dia tidak mahu kerana dosa itu, kita ke neraka. Betapa saat itu Dia ingin kita bersabar dan bersyukur kepadaNya. Yang dgn sabar dan syukur itu meningkatkan darjat dan kehampiran kita di sisiNya (QS. 2:155-157). Dari sekian ramai manusia, Dia memilih kita utk kembali hampir kepadaNya. Aduh alangkah beruntungnya. 

Sahabatku, percayalah kepadaku bahawa Allah itu terlalu dekat dengan kita; bahkan lebih dekat dari urat leher kita sendiri (QS. 50:16) Dia tidak pernah berpaling meninggalkan kita, jauh sekali menzalimi kita. Melainkan kita sendirilah yg menzalimi diri kita. Demikian perumpamaan, selangkah kita rapat kepadaNya, seribu langkah Dia mendatangi kita. Cinta dan kasih sayangNya tiada pernah padam terhadap kita (QS. 39: 53-54); Dia sering mengingatkan kita akan kasih sayangNya kepada kita setiap hari. Al-fatihah yang kita baca pada setiap rakaat dalam solat itu penuh sarat dengan kasih sayangNya. Malangnya kita tidak menyedari; tidak pula ambil peduli. 

Percayalah sahabat, Dia tidak pernah berpisah; tidak pernah meninggalkan kita. Tidak pernah sama sekali! Kalaulah Allah meninggalkan kita walau sedetik, nescaya binasalah kita. Siapa lagi yang berkuasa memberi udara pernafasan kepada kita selain Allah? Siapa lagi yang berkuasa menggerakkan darah di dalam tubuh badan kita? Siapa lagi yang berkuasa memberi kita makan? Berkuasa memberi kita penglihatan, pendengaran, dan segala-galanya? Siapa lagi?

Sahabatku, percayalah apa yang ku perkatakan ini. Renung dan tenunglah; hayati dan telitilah apa yang ku perkatakan ini dalam lubuk sanubarimu yang paling dalam. Andai kata kau dapati aku berbohong, kelak kau potonglah lidahku. Sebaliknya, andai pula kau dapati ianya benar, maka kau lepaskanlah segala keakuan mu dan kembalilah menyerah diri semata-sama kepada Allah; Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan ucaplah “laa ilaaha illallah” dengan sepenuh perasaan; rasa mengalah, pengharapan dan kerinduan terhadap Zat yang senantiasa menantikan kepulanganmu.

Oleh Zakaria Alzikr

Wednesday, March 17, 2021

Kopi Sempurna

"Kopi sempurna karena rasa pahitnya. Demikian pula cinta."

Hubungan cinta dan berumahtangga tidak selalunya tenang dan bahagia. Adakalanya badai melanda, menguji kekuatan cinta dan kesabaran. Namun, jika sudah mampu melewati pahitnya badai, masakan tidak dapat rasakan manisnya bercinta?

#kopi #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #alzikrstudio #nasihat #motivasi

Dunia tempat meninggal; bukan tempat tinggal

Kata orang alim berbunyi, "dunia ini tempat meninggal, bukan tempat tinggal."

Maka meninggallah akan dunia ini dengan keadaan yang baik; yang  tenang; yang bahagia, sihat, sejahtera, redha dan diredhai. 

Bekalkanlah kepada orang yang kita tinggalkan dengan kasih sayang, ilmu yang bermanfaat, tempat perlindungan dan kalau boleh sumber pendapatan. 

Mudah mudahan dengan kasih sayang yang kita bekalkan, mereka akan sentiasa ingat dan mendoakan kita. Mudah mudahan dengan ilmu dan nasihat yang kita bekalkan, mereka akan beramal soleh dan melakukan kebajikan, yang pahalanya sampai kepada kita. 

Mudah mudahan dengan tempat perlindungan, mereka akan selamat dari ancaman dan ketakutan. Begitu pula, sumber pendapatan, mereka belanjakan untuk nafkah diri dan disedekahkan dijalan kebaikan. 

Semua ini adalah pelaburan kita dari dunia yang telah meninggal kepada akhirat yang menjadi tempat tinggal. Ya, akhiratlah yang sebenarnya tempat tinggal. Kekal lagi abadi. 
_____________________

Saya nak kongsikan 1 point. Meninggallah akan dunia ini dengan sihat. Insyaallah kita akan sejahtera. Jangan serabutkan fikiran dengan #stress, kerana stress mengundang penyakit. Jangan makan kerana nak kenyang, tapi makanlah kerana tidak mahu lapar. Ingat, hampir semua #penyakit berpunca dari perut. 

Pilihlah makanan yang berkhasiat. Makan mengikut keperluan, bukan mengikut perasaan. Lengkapkan zat dan mineral yang diperlukan badan. Jika boleh, dapatkan #vitamin dan makanan tambahan - yakni zat yang tidak dapat/sukar diperolehi dari essential makanan yang kita makan.

Pilihlah #shaklee, kerana Shaklee bukan sahaja menyediakan vitamin kesihatan, ia juga menjana perniagaan untuk kita, bahkan boleh diwariskan perniagaan itu kepada orang yang akan kita tinggalkan. 

Waris kita tidak memerlukan sijil perubatan; atau farmasi; atau degree, diploma; atau sebarang sijil pengiktirafan untuk mengambil alih perniagaan Shaklee yang kita tinggalkan. Cukup hanya memastikan keahlian Shaklee kita aktif. Masyaallah dimana lagi mahu dapatkan perniagaan/pelaburan untuk meninggal seperti ini? 

Zakaria Akzikr
(Photographer & Shaklee Leader)

#shakleesihatceria 
#livegreenlivebetter 
#alzikrstudio 
#ThePrestige

Monday, March 15, 2021

Solat Bukan Satu Beban; Ia Tanda Kasih Sayang

Salam Israk dan mikraj. 

Kita sering diriwayatkan dengan peristiwa turun-naik Baginda Nabi SAW untuk menghadap Allah SWT bagi mengurangkan bilangan solat yang berjumlah 50 waktu yang dikatakan akan tidak tertanggung (menjadi beban) kepada umat Baginda. Maka jadilah solat itu 5 waktu. Fokus kita ketika membicarakan peristiwa itu adalah betapa beratnya kefardhuan solat sehingga 5 waktu pun tidak mampu dilaksanakan oleh umat Baginda Nabi SAW. Kita terlupa pada sisi pandang yang lain bahawa Kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia bukan sahaja menyuruh bahkan mewajibkan (fardhu) kita untuk bertemu denganNya (melalui solat). 50 waktu itu seolah-olah Dia langsung tidak mahu kita berpisah atau terputus hubungan denganNya. Dia seolah-olah tidak mahu kita meninggalkan, berpaling dan melupakan Dia. Betapa Dia terlalu menginginkan kita terus berada di dalam Rahmat dan Kasih-sayangNya. Dialah sebenar-benar Kekasih.

Malangnya kita tidak memahami Dia. Bukan 50, hatta setakat 5 waktu pun kita menolak 'pertemuan' denganNya. Kadangkala kita tidak bersungguh, sambil lewa dan cuai dalam 'pertemuan' yang hanya 5 waktu itu. Sedangkan Kekasih kita menyeru dengan mendayu-dayu agar kita datang menyambut 'pertemuan' denganNya. Dia memanggil, "Zakaria, Zakaria.. Datanglah kepada Tuhanmu Yang Maha Besar." Dia memanggil lagi, "Zakaria, Zakaria.. Datanglah kepada Tuhanmu Yang Maha Besar." Dia menyeru lagi, "Serulah anak isterimu datang kepadaKu. Ajaklah mereka kembali kepadaKu. Bawalah mereka kepada fitrah. Inilah jalan kejayaan. Inilah jalan kebahagiaan. " Namun aduh! kita masih memekakkan telinga. 

Dalam kita memekakan telinga dengan seruanNya, Dia dengan kasih sayangNya masih lagi menarik-narik hati kita untuk bertemu denganNya. Dia mengingatkan kita akan dosa, akan azab jika kita menolak 'pertemuan' itu. Lalu kerana takutkan azab, kita turutkan juga 'pertemuan' itu. Kita bawa hati yang terpaksa, dengan jiwa yang lalai untuk 'bertemu' denganNya. 

Namun dia tetap dengan Kasih sayangNya terhadap kita. Dia kurniakan KudratNya untuk kita mengangkat takbir. Dia kurniakan QalamNya untuk kita membaca (berbicara) Alfatihah. Dia kurniakan Sama'Nya untuk kita 'mendengar' perbicaraan itu. Dia kurniakan BasharNya untuk kita perhatikan pertemuan itu. Dia kurniakan HayatNya untuk hidup, menyempurnakan 'pertemuan' itu. Aduh... tiada satu pun milik kita pada 'pertemuan' itu bahkan pada setiap detik hidup kita. Mengapa kita tidak bersungguh-sungguh, bahkan tergamak menolak 'pertemuan' denganNya??

Pun begitu Kasih sayangNya terhadap kita tetap tidak berubah. Dia masih memberikan kita hidup; memberikan kita peluang demi peluang untuk menyambut KasihNya. Dia tidak pernah melupakan kita. Tidak. Tidak pernah sama sekali. Kerana kalau Dia melupakan kita; pasti kita sudah binasa. 

Dia terlalu Kasih kepada kita. Dia sangat menginginkan agar kita kembali menyerah diri kepadaNya; menyambut Kasih sayangNya. Setiap detik, Dia terus memetik-metik hati kita untuk mengingati Dia. Setiap saat, Dia terus memahat-mahat jiwa kita untuk berbuat taat. Sebab itu manusia yang ikhlas 'pertemuan' dengan TuhanNya ketika di dalam solat, maka 'pertemuan' itu kekal dibawa-bawa keluar solat (solatul daimun). Mereka menyedari, merasai Rahmat dan Kasih sayang Allah disepanjang kehidupan sehariannya. Hiduplah mereka di dalam ihsan - Ingat-mengingati, perhati-diperhati, Kasih-mengasihi, Cinta-mencintai diantara Pencipta dan hamba. Makanya solat yang 5 waktu itu menyamai solat 50 waktu.

CONCEPTUAL PHOTOGRAPHY by Alzikr Studio 0176559773

#AlzikrStudio 
#weddingphotography
#wedding
#fotografer_Terengganu