Showing posts with label Slimming Set. Show all posts
Showing posts with label Slimming Set. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Cara Pengambilan Slimming Set SHAKLEE


WAKTU
MAKAN
PRODUK SHAKLEE
7 – 8 pagi
Breakfast (kurang kalori)

-
10 pagi
-
Bancuh 1 scoop Cinch dengan air kosong/fresh milk/susu soya

1 – 2 petang
Lunch macam biasa (kurang kalori)
-nasi segenggam
-byk protein/lauk
Lepas makan, ambil:
       - 3 biji lecithin
   
      - 3 biji alfalfa

4 – 5 petang
-
Bancuh 1 sudu Cinch dengan air kosong/susu segar/susu soya

7 – 8 mlm
Dinner macam biasa (kurang nasi separuh dari hidangan biasa).
Jika tak makan nasi, alas perut dgn biskut/roti

Lepas makan, ambil:
      - 3 biji lecithin
  
      - 3 biji alfalfa

*Jadual di atas boleh diamalkan untuk satu minggu pertama. Pada minggu kedua dan seterusnya, Cinch boleh diambil sekali sehari (jika nak jimat)
*Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari (1 liter air setiap 25kg berat badan)
*Alfalfa boleh dimulakan dengan 2 bii setiap kali makan untuk beberapa hari pertama. Kemudian bila serasi boleh ambil 3 biji setiap kali makan. MAKSIMUM jumlah pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari.

Hidangan yang perlu diambil
*Sertakan juga senaman ringkas sekurang-kurangnya aktif berjalan dan turun naik tangga setiap hari.
*Usaha berterusan disertai dgn niat utk menurunkan berat badan agar kita dapat beribadah dengan lebih baik. Insya allah dipermudahkan urusan. Wallahualam. Selamat mencuba

Tuesday, February 11, 2014

Buang Lemak Tanpa Pembedahan

Bismillahir Rahmannir Rahim

Berikutan dari entry saya kelmarin, berkenaan Ujian Kemampuan Melarutkan Lemak oleh Lecithin & Omega Guard, ada pembaca bertanya "bagaimana tindakan pemecahan dan pelarutan lemak oleh Lecithin dan Omega Guard boleh membantu pengguna menjadi slim?" Maka hari ini saya ingin menghuraikan secara khusus tentang hubungan Lecithin & Omega Guard serta Alfalfa dan Herblax. 

Sebenarnya pakej 'slimming set' yang ditawarkan oleh shaklee terdiri daripada 3 Proses, iaitu proses membakar (memecahkan) lemak, proses detoksifikasi dan proses pembinaan otot. Dalam ruang yang agak terbatas ini, saya cuba huraikan proses-proses tersebut;

 1. Proses Membakar (memecahkan) Lemak

Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Ujian Kemampuan Melarutkan Lemak oleh Lecithin & Omega Guard yang saya jalankan sebelum ini, Lecithin telah berjaya memecahkan lemak menjadi gumpalan-gumpalan kecil yang seterusnya melarut ke dalam air. Sebagai 'pengemulsi semulajadi' ia mempunyai kesan melekat pada lemak yang menyebabkan lemak-lemak tersebut terapung dalam darah mahupun bendalir badan sekaligus mencegahnya dari melekat pada dinding membran samada pada saluran darah, usus, perut mahupun organ-organ lain.
Omega Guard juga mempunyai peranan yang hampir sama dengan Lechitin, bahkan ia turut mempengaruhi hormon Leptin (hormon berkaitan selera makan dan metabolisme) untuk menghantar signal kepada otak untuk menghadkan rasa lapar. Sekiranya anda menelaah tulisan berkenaan pemakanan dan kesihatan anda akan dapati bahawa hampir kebanyakan penulisan menjurus bahawa paras Leptin yang semakin rendah, akan menyebabkan tubuh semakin cepat berasa lapar. Selain itu, Leptin juga berperanan dalam meningkatkan metabolisme badan. Dan umum mengetahui bahawa, sekiranya metabolisme meningkat, maka tahap pembakaran lemak (bagi menghasilkan tenaga) akan turut meningkat.

2. Proses Detoksifikasi

Seterusnya proses 'penyingkiran' lemak tersebut diambil alih oleh proses detoksifikasi. Detoksifikasi dalam terma ini adalah satu proses menyahkan segala toksin termasuk lemak dan lendir yang telah dipecah dan 'diapungkan' (pada proses pertama tadi) melalui sistem perkumuhan dan perpeluhan.

Di dalam pakej 'slimming set' Shaklee tugas detosifikasi ini diambil oleh Alfalfa dan Herblax. Alfalfa adalah sejenis herba yang dikenali sebagai agen diuretik, penyahtoksik yang merangsang aliran hempedu serta membantu sistem perkumuhan. Lanjutkan pembacaan berkenaan Alfalfa disini.

Herblax, sebagaimana Alfalfa juga berfungsi melancarkan urea (najis) yang tersekat serta membaiki proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) sekaligus membantu masalah sembelit. Ia mengandungi 9 jenis herha semulajadi termasuk daun Alfalfa, daun Senna, biji Anese, bunga Blue Malva, kulit Buckhorn, akar Licorice, biji Fennel dan akar Culver. Untuk menghuraikan berkenaan herba-herba ini, saya perlu membuat entry baru berkenaannya sahaja.

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah proses detoksifikasi adalah satu proses yang penting, kerana badan yang bebas toksin (termasuk lemak) barulah dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum. Jelas disini bahawa Lecithin, Omega Guard mahupun sebarang vitamin serta mineral yang anda ambil adalah sia-sia jika ia tidak dapat diserap sebaiknya. Sebaliknya Alfalfa dan Herblax yang anda ambil juga tidak sempurna jika lemak-lemak didalam badan anda tidak dipecah dan 'diapungkan' terlebih dahulu oleh Lechitin dan Omega Guard.

3. Proses Pembinaan Otot

Proses seterusnya adalah peringkat susulan dari kedua-dua proses yang disebutkan diatas. Individu yang sedang dan telah berjaya mendapat bentuk badan yang ideal perlu mengekalkan bentuk badan tersebut. Dan cara yang paling mudah untuk mengekalkannya adalah dengan mengawal nafsu makan. Saya ada membaca banyak produk dipasaran yang menawarkan pakej 'penurunan berat badan' atau 'pakej pelangsingan' tanpa perlu mengawal nafsu makan. Saya tidak pernah mencuba pakej-pakej tersebut, dan tidak tahu setakat mana kesahihannya. Tapi secara peribadi, bagi saya, mendapatkan bentuk dan berat badan yang ideal pada umur 30an keatas tanpa perlu mengawal nafsu makan adalah sesuatu yang luar biasa (tidak logik). Mana mungkin seorang surirumah atau mereka yang tidak melakukan aktiviti fizikal yang berumur 30 tahun keatas yang makan mengikut 'nafsu' boleh mendapat bentuk badan yang ideal dengan hanya mengamalkan produk-produk tertentu. 

Bagi saya, perkara yang paling mudah bagi mengekalkan bentuk badan yang ideal adalah dengan melakukan aktiviti fizikal meskipun sekadar berjalan kaki sambil bersiar-siar membawa anak berjalan dipetang hari. Apatah lagi peminat seni fotografi seperti saya yang boleh dikatakan saban hari 'shoot' potret anak saya untuk sesi outdoor. 

Yang kedua penting adalah dengan mengawal 'nafsu' makan. Contoh paling mudah yang boleh diamalkan adalah dengan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu makan 'sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang'. Banyak contoh tauladan 'ibadah' makan yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW yang sangat-sangat menepati spesifikasi diet seimbang secara saintifik pada hari ini. Dan untuk menghuraikan berkenaan 'sunnah makan Nabi SAW' yang menakjubkan ini (terbukti secara saintifik) juga memerlukan saya membuka entry yang baru. 

Berbalik pada pakej 'slimming set' Shaklee ini, ia menawarkan Cinch Shake Mix sebagai hidangan tambahan. Cinch Shake adalah serbuk protein yg diperkaya dgn Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Ia mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan, dan protein ini perlu untuk meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga otot bebas lemak dan mengurangkan 'nafsu' makan. Agak lucu kedengarannya bahawa protein boleh mengurangkan 'nafsu' makan bukan? Ia sebenarnya bukan mengurangkan 'nafsu' makan pun; 'nafsu' makan tetap ada, dan satu-satu cara untuk mengurangkan hanyalah melalui kaedah rohani (lagi satu entry yang baru perlu dibuka untuk menghuraikannya). Protien hanyalah memberi tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama, dan secara tidak langsung mengurangkan 'desakan' untuk makan.. dan makan.

Sampai setakat ini dulu perkongsian saya untuk hari ini. Kiranya ada hayat, masa dan tenaga, insyaAllah saya akan teruskan penulisan mengenai entry-entry yang perlu dibuka disebabkan perbincangan ini. Wallahualam, dan selamat mencuba.

Monday, February 10, 2014

Ujian Kemampuan Melarutkan Lemak dengan Lecithin dan Omega Guard

Sebagai seorang penyelidik dan bekas pegawai akademik, saya diajar bertindak berasaskan sorotan literature (testimoni), kajian dan eksperimen. Bagi saya, mengambil tindakan atau merespons kepada sesuatu perkara tanpa menyelidik terlebih dahulu adalah satu perbuatan zalim. Samada zalim terhadap orang lain ataupun zalim terhadap diri sendiri. Demikian juga halnya dalam memasarkan sesuatu produk, terutama produk kecantikan dan kesihatan. Ini kerana apabila menyebut hal berkaitan kesihatan dan kecantikan, ia melibatkan individu-individu yang mungkin 'terdesak' untuk sembuh dari penyakit atau untuk menjadi cantik, dan sanggup membayar apa harga sekalipun untuk tujuan tersebut. Dan tindakan memasarkan produk kesihatan / kecantikan dengan pelbagai dakwaan yang meragukan tanpa menyelidik terlebih dahulu akan keberkesanannya atau kesan sampingannya adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Hari ini orang bercakap tentang produk 'slimming set' shaklee iaitu Lecithin dan Omega Guard. Pelbagai testimoni telah di'post' dan di'share'kan dilaman sosial berkenaan produk tersebut. Jadi hari saya mengambil keputusan untuk menjalankan eksperimen sendiri terhadap keberkesanan produk ini. Ikuti deskripsi ujian tersebut sebagaimana dibawah:

Ujian Keberkesanan Lechitin & Omega Guard | by alzikr

A : Sebagaimana semua sedia maklum, minyak (merujuk kepada lemak dalam badan) tidak akan larut dalam air meskipun dikacau menggunakan sudu.

B : Tiga biji Lecithin telah dipecahkan dan dimasukkan ke dalam campuran air dan minyak tersebut. Didapati lapisan minyak tersebut telah terpecah menjadi gumpalan-gumpalan kecil.

C : Sebiji Omega Guard pula dipecahkan dan dimasukkan ke dalam campuran yang sama. Kemudian didapati lapisan minyak tersebut telah terpecah menjadi gumpalan-gumpalan yang lebih kecil dan larut di dalam air. 

Benar, eksperimen semudah ini belum dapat meyakinkan fungsi sebenar Lecithin dan Omega Guard melarutkan lemak di dalam saluran darah, usus dan perut manusia yang pastilah keadaannya berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan gelas ini. Namun, ia telah memberi petunjuk atau bukti secara 'fizikal' tentang kemampuannya melarutkan lemak. 

Lemak terbahagi kepada dua kategori iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Sebahagian besar lemak ini bersumberkan haiwan dan tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran. Pengambilan lemak ini secara berlebihan boleh meningkatkan kolestrol dalam darah dan berpotensi untuk termendap di dalam saluran darah dan juga jantung. Manakala lemak tak tepu pula adalah lemah yang bersifat lembut dan cecair meskipun pada suhu rendah. Lemak ini didapati dari sumber tumbuh-tumbuhan. Dan ianya tidak merbahaya pada kesihatan.

Sebagaimana disyorkan, Lecithin perlu diambil sebanyak 3 biji selepas 'lunch' dan 3 biji selepas 'dinner'. Manakala  Omega Guard pula perlu diambil hanya sebiji selepas 'lunch' dan sebiji selepas 'dinner'.

Ketahui kandungan Lecithin disini dan Omega Guard disini. Dan baca rumusan dari ujian ini di sini. Selamat mencuba.