Saturday, August 24, 2013

Kenali Shaklee

Shaklee merupakan sebuah syarikat yang berfalsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya Dr. Forest C. Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat yarikat dengan menghasilkan produk  berkualiti dan semulajadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah menubuhkan syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mengasaskan syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama "Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda inginkan diperlakukan oleh mereka."

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, dan kecemerlangan sains.

Jutaan manusia telah bertukar kepada produk nutrisi shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil-alih perniagaan Shaklee diseluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten diseluruh dunia.

Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee. (Artikel dipetik dari sini.)
 

No comments:

Post a Comment