Sunday, August 25, 2013

PENYUSUAN SUSU IBU : Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.


Faedah Susu Ibu Kepada Bayi

  • Membekalkan pemakanan ideal kepada bayi.
  • Melindungi bayi daripada infeksi
  • Mencegah daripada sebahagian punca kematian bayi
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi
  • Mengurangkan risiko juvenile-onset diabetes, dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini.
  • Membantu dalam peredaran darah
  • Mengurangkan obesiti dilewat usia
  • Sedia diminum dan menepati keperluan bayi 

Risiko Bayi Yang Tidak Diberikan Susu Ibu

  • Necrotising enterocolitis dikalangan bayi yang dilahirkan pra-matang
  • jangkitan pada saluran pernafasan seperti batuk dan selsema, jangkitan pada usus seperti cirit-birit dan jangkitan pada saluran kencing
  • Alahan pada kulit seperti aczema dan atopic
  • Tahap perkembangan dan pencapaian pendidikan yang agak rendah
  • Mendapat jangkitan telinga (otitis media)
  • Obesiti diusia kanak-kanak
  • Mengalami juvenile-onset insulin dependent diabetes mellitus dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini
  • Berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung pada usia muda
  • Kematian bayi dan kanak-kanak diusia muda
  • Necrotising enterocolitis

Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu

Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh mengurangkan risiko :
  • Kanser payudara dan kanser ovari
  • Patah tulang diusia emas
  • Anemia akibat pengecutan uterus yang lemah dan kedatangan haid yang awal
  • Jarak kehamilan yang singkat
  • Dengan penyusuan juga boleh membina hubungan rapat antara ibu dan anak

Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit Sebaik Saja Bayi Dilahirkan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sentuhan kulit bayi ke kulit anda akan dilakukan selama sekurang-kurangnya 10 mini - 1 jam supaya : 
  • Bayi anda tidak kesejukan dan berada dalam keadaan tenang
  • Menggalakkan hubungan anda dan bayi untuk membantu memulakan penyusuan
  • Membantu bayi anda memahami bahawa payudara adalah tempat yang selamat
  • Membantu bayi anda menyesuaikan metabolisma dan menstabilkan glukosa dalam darahnya 

Kepentingan Memulakan Penyusuan Awal

  • Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif
  • Untuk memastikan bayi anda mendapat kolostrum yang secukupnya

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap

Susui bayi anda dengan kerap pada bila-bila masa dan seberapa lama disukainya supaya :

  • Bayi anda mendapat lebih kolostrum
  • Bekalan susu dihasilkan dengan cepat
  • Berat badan bayi anda meningkat dengan ideal
  • Bayi anda kurang mengalami neonatal jaundice
  • Bayi anda kurang menangis dan kurang desakan untuk memberikan susu gantian
  • Anda kurang mengalami bengkak payudara
  • Penyusuan susu ibu mudah diperkukuhkan
  • Anda boleh menyusukan bayi anda dalam tempoh penyusuan yang lama

Kepentingan Penyusuan Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama

  • Susu ibu membekalkan kesemua nutrien dan air yang diperlukan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang dalam masa 6 bulan pertama
  • 6 bulan pertama usia bayi anda bermaksud sehingga akhir 6 bulan atau 28 minggu atau 180 hari (bukan pada permulaan umur 6 bulan)
  • TIADA sebarang minuman atau makanan lain yang diberikan kepada bayi anda selain daripada susu ibu
  • Berikan bayi anda penyusuan sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari, termasuk pada waktu malam
  • Suplemen vitamin, mineral atau ubat-ubatan boleh dibri jika diperlukan mengikut arahan doktor

Artikel ini telah disunting semula berdasarkan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Artikel penuh boleh dimuat-turun disini




No comments:

Post a Comment