Tuesday, February 18, 2014

Petua Menghilangkan Rasa Pahit pada Mulut Ketika Demam

Bismillahir Rahmannir Rahim..

Alhamdulillah, setelah 3 hari diuji Allah dengan sedikit demam, hari ini, masuk hari keempat saya sudah kembali berupaya untuk mengemaskini blog ini. Dalam tempoh demam selama 3 hari itu, selain mengambil ubat yang disediakan oleh isteri saya (sebagaimana saranan doktor), saya menambah jumlah multivitamin Alfalfa yang biasa saya ambil dari 6 biji sehari ke 10 biji sehari. Pengambilan Alfalfa ini adalah bertujuan membuang toksin yang berada dalam badan. Umum mengetahui bahawa demam bukanlah sejenis penyakit, tetapi satu bentuk tindakbalas badan untuk menentang virus atau toksin yang didedahkan (berada) dalam badan. Perasan atau tidak, setiap kali kita demam, tubuh kita akan berpeluh walaupun kita berasa sejuk. Urin kita juga menjadi bertambah kuning dan kadang-kadang kita mengalami cirit-birit. Keadaan tersebut menunjukkan yang badan kita sedang berusaha membuang toksin. Walaupun badan kita boleh bertindakbalas membuang toksin secara semulajadi, namun ia juga memerlukan pemangkin untuk menguat dam melancarkan proses penyingkiran (detoksifikasi) tersebut. Dan Alfalfa adalah pemangkin tersebut. 

Selain itu, saya juga mengambil Nutriferon yang dibancuh bersama air suam. Nutriferon adalah satu formula yang boleh menjadi perisai bagi menguatkan sistem pertahanan badan. Walaupun sudah terdedah kepada toksin, saya tetap mengambil nutriferon ini bagi menghalang kesan toksin tersebut menjadi bertambah teruk. Dua gandingan tindakan iaitu "Menghalang" dan "Membuang", bagi saya boleh meredakan 'sakit' demam, InsyaAllah. 

Pun begitu, satu masalah yang sering datang seiring dengan demam adalah, mulut menjadi pahit. Yang disebabkannya kita kehilangan selera untuk makan. Saya ada berkongsi masalah saya ini dengan sahabat-sahabat di facebook dan ramai yang memberi respons. Ada yang mencadangkan saya berkumur menggunakan Listerine. Benar sekali, sewaktu kita demam atau batuk, kuman atau bakteria mudah berkumpul dan membiak di dalam mulut. Ia menyebabkan mulut dan rongga pernafasan kita terasa 'kelat', perit, pahit dan berbau. 


Ada juga sahabat yang mencadangkan saya mengambil madu, minum jus limau dan makan meggi asam laksa. Dan semuanya saya telah cuba. Alhamdulillah, dengan izin Allah, ia sedikit sebanyak memberi kesan yang positif. Petua meggi asam laksa tu.. membuatkan isteri saya terkejut melihat saya membawa pulang lima paket meggi asam laksa ke rumah. Iye, setidak-tidak dapatlah juga saya nikmati rasa masam dari meggi tu :) (tapi anda dinasihatkan  tidak menjadikan ini sebagai amalan harian).

Selain itu, ada juga yang syorkan diminum timun yang di'blend', kicap yang diperah limau, jus kurma, berkumur dengan air garam, makan sup tomyam dan banyak lagi. Yang seterusnya ini, saya tak sempat cuba lagi, kerana Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari ini mulut saya tidak lagi pahit. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada anda dan keluarga. Wallahualam, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment