Wednesday, February 12, 2014

Foto Bercerita II

Bismillahir Rahmannir Rahim..

Sebagai melengkapkan perbincangan mengenai Foto Bercerita baru-baru ini, hari ini sayugia ingin saya kongsikan beberapa idea dari saya yang lemah lagi faqir ini tentang bagaimana ingin menguatkan penceritaan sesuatu foto. Mungkin guru-guru, abang-abang dan sahabat-sahabat seni fotografi diluar sana mempunyai idea yang lebih baik dan boleh dikongsikan diruangan komen dibawah ini. 

1. Bagi saya, cara yang paling mudah untuk menguatkan penceritaan terutamanya untuk gambar-gambar landskap adalah dengan meminimakan kompo atau dengan 'cropping'. 

Ganu Kite | Rantau Abang Terengganu | alzikr 2013

Sebagai contoh gambar diatas ini telah saya 'crop'kan menjadi sebegini,

Nusantara | Rantau Abang Terengganu | alzikr 2013

Contoh yang seterusnya adalah gambar ini,

Nasib Diriku | Seberang Marang Terengganu | alzikr 2013

Yang telah di'crop'kan dari gambar ini.


2. Saya yakin ramai diantara pembaca yang sering keluar memburu sunrise atau sunset ke tempat-tempat yang belum pernah disinggah, dan hanya mencari lokasi berdasarkan 'Papago' atau mengikut arah mentari naik atau jatuh. Yang malangnya apabila dilokasi, tiada objek atau foreground yang menarik yang boleh dijadikan subjek. Yang ada hanyalah 'moment' sunrise yang menyala-nyala, yang menjadi satu kerugian besar jika tidak merakamkannya. Saya sudah mengalaminya beberapa kali. Apa yang boleh saya buat adalah dengan set timer/remote pada kamera dan jadikan diri sendiri sebagai subjek. Ia juga satu cerita!

Harapan | Pantai Batu Hitam | alzikr 2013
Berkenaan gambar diatas ini, saya datang ke Pantai Batu Hitam, Pahang seorang diri berdasarkan papan tanda yang ada di tepi jalan. Niat saya untuk mengambil gambar di lokasi batu-batu hitam yang timbul itu, tetapi saya gagal menemui lokasi tersebut, maklumlah sampai dilokasi disubuh-subuh hari dan masih gelap. Setelah buntu mengompo, dan shoot diri sendiri, jam 8.00 pagi ketika matahari mula sedikit meninggi, barulah saya perasan yang batu-batu hitam tersebut cumalah dalam 300 meter jaraknya dari kedudukan saya. Alahai.. :)

Awaiting Words from God | Tok Bali Kelantan | alzikr 2013

Untuk gambar ini pula, situasi yang hampir sama tetapi ini lebih tragik sebab saya bertolak dari Kem Jabatan Hutan Bukit Bakar pada jam 4 pagi semata-mata untuk mencari lokasi sunrise di Tok Bali ini. Berpusing-pusing mencari surau untuk bersolat subuh dan bertanyakan jemaah surau dimana lokasi mentari naik. Sampai dilokasi yang dipetakan mereka, pantai hanya kosong, yang ada hanyalah bora-bora dan sedikit 'moment' sunrise. Sekali lagi selfie :)

3. Namun tidak dapat dinafikan bahkan sudah menjadi kelaziman fotografer menjadikan kaedah 'self-portrait' sebagai satu medium penceritaan. Bahkan saya sendiri telah menyediakan sebuah album khusus untuknya yang dinamakan "Me & Moment" di dalam akaun Facebook saya. Berikut dikongsikan beberapa foto yang diambil dari album tersebut.


Ghuroba' | Hujung Tanjung Terengganu | alzikr 2010

KepadaMu Kekasih | Masjid Besi | alzikr 2013

Iftitah | Pantai Pandak Terengganu | alzikr 2014

Aku | Kuala Ibai Terengganu | alzikr 2013
 
4. Mengulas tentang 'self-portrait' yang memberi cerita, saya kadang-kadang tidak lena tidur memikirkan 'prop' yang hendak dibawa ke lokasi penggambaran menjelang sunrise ke esokkannya. Bagi saya, kehadiran 'prop' memang banyak membantu dalam penghasilan karya yang bercerita. Kadang-kadang saya menggunakan 'prop' dari seringkas-ringkas kertas, surat-surat, kad-kad ucapan, syringe ubat anak saya, sehinggalah ke seberat-berat kerusi. Berikut saya kongsikan lagi 'self-portrait' yang pernah saya cuba dengan bantuan 'prop'.

Aku Harus Bagaimana? | Kg Baloh Manir Terengganu | alzikr 2014
Akulah Penyambung Warisan | Kuala Ibai Terengganu | alzikr 2013
Kad Ucapan Hari Lahir | Seberang Takir Terengganu | alzikr 2013
Jadilah Awang | Kg Cina Terengganu | alzikr 2013
Winter Sonata | Kuala Ibai Terengganu | alzikr 2013

5. Penggunaan 'prop' seringkali kita jumpa dalam penghasilan foto-foto dalam tema 'concept'. Foto-foto sebegini memang dirancang terlebih dahulu dengan teliti dengan tujuan menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada audien. Maka disini timbul perbahasan mengenai 'foto yang dirancang' dan 'foto yang tidak dirancang'. Foto yang dirancang adalah, foto yang terlebih dahulu diberi nama, caption atau tema sebelum foto tersebut dihasilkan. Ia dirancang dengan mengambilkira pelbagai aspek termasuk watak, moment, pencahayaan, komposisi, solekan, prop dan sebagainya. Manakala foto yang tidak dirancang pula adalah foto yang diambil secara 'adhoc' dilokasi seperti foto landskap, 'street', sukan, jurnal, birding / hidupan liar dan sebagainya. Pun begitu, suka saya menekankan bahawa, foto yang tidak dirancang ini juga sebenarnya tetap dalam perancangan bagi seorang fotografer yang berpengalaman. Dalam konteks ini mereka merancang 'angle', komposisi, menunggu 'moment', dan lain-lain. Cuma judul gambar atau 'caption'nya sahaja difikirkan kemudian. Berikut dikongsikan foto-foto yang diambil dengan 'dirancang' dengan bantuan krew-krew dilapangan.

Qersani | Guzheng | Rumah Tradisional Terengganu | alzikr 2013

Qersani | Setanggi | Rumah Tradisional Terengganu | alzikr 2013
Potret Cinta | Kuala Ibai Terengganu | alzikr 2014
Glory | Hujung Tanjung Terengganu | alzikr 2014
Tolong Kami | Kg Telaga Daing Terengganu | alzikr 2013
Sepasang Kurung Biru | Mengabang Telipot Terengganu | alzikr 2013
Page by Page | Pantai Telaga Daing Terengganu | alzikr 2013

6. Foto yang dirancang dan bercerita adalah teramat penting dalam fotografi perkahwinan samada untuk sesi-sesi rasmi ataupun sesi 'outdoor'. Untuk sesi 'outdoor' ramai dikalangan pengantin memilih untuk menyarung gaun pengantin yang pada hemat saya tidaklah terlalu menarik untuk dirakamkan. Bukankah untuk majlis-majlis seperti akad nikah, resepsi dan persandingan itu telah banyak menggunakan gaun-gaun seperti itu? Jadi apa kata kiranya ditawarkan kepada mereka pakej 'concept' yang lebih bercerita dan bermakna untuk diabadikan. Saya sendiri sebagai contoh menawarkan konsep 'Ilmu, Alami dan Islami' dalam sesi 'outdoor' untuk pelanggan pakej fotografi perkahwinan saya. Dalam konsep ilmu, alam dan Islam seperti ini, pengantin tidak perlu gopoh dan sibuk untuk bermekap tebal-tebal kerana sesi 'outdoor'nya lebih santai dan bertemakan alam dan kehidupan. Pakaiannya pun lebih ringkas yang lebih mesra budaya tanpa perlu menyewa gaun yang mahal-mahal. Dan penceritaannya pun teramatlah menarik untuk dikongsikan dan dialbum-bukukan. Berikut dikongsikan diantara foto 'wedding' yang berkonsep dan bercerita. 

Permata Buat Isteri | Shah & Mimi | alzikr 2013
Secangkir Ilmu Dipadang Pasir | Shah & Mimi | alzikr 2013
Penuhkan Bakul Ini | Shah & Mimi | alzikr 2013
 

Bunian | Eksekusi | Azri & Sue | alzikr 2013

Untuk melihat dengan lebih banyak foto-foto 'concept' wedding, saya dengan besar hatinya menjemput anda ke page Facebook Clik Production Studio. Sampai setakat ini dahulu perkongsian saya yang tidak seberapa ini untuk hari ini. InsyaAllah jika diizinkan masa dan tenaga saya akan bincangkan ke topik-topik seterusnya. Wallahualam. Selamat bereksprimentasi.

No comments:

Post a Comment