Saturday, August 29, 2015

Ceramah Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kuala Terengganu : Satu Ulasan

Saya sudah lama ingin mendengar sendiri ceramah Harapan Baru (GBH). Saya ingin mendengar dan menganalisa apakah perkara baru yg hendak dimenifestasikan. Mlm jumaat baru ini saya berpeluang mengikutinya. 

Saya mengambil posisi yg paling hampir dgn stage. Sebagai seorg bekas ahli akademik dan penyelidik, Alhamdulillah deria saya telah terbiasa utk memerhati reaksi crowd, ucapan penceramah dan tingkah laku mereka - posisi duduk mereka, gelak tawa mereka, cara mereka mengunyah anggur dan epal. Pasti akan ada yg bertanya, perlukah semua itu diambilkira? Perlu. Sebab dlm kepercayaan politik, kita perlukan ikon – yg menjadi modal kepercayaan kenapa gerakan politik itu diyakini utk dipilih. Tengoklah ikon2 politik tempatan seperti TG Nik Aziz, TG Haji Hadi, Mahathir, Anwar. Tengok bagaimana mereka duduk, makan, berjalan dihadapan crowd (samada itu kebiasaan atau lakonan, itu urusan mereka dgn Allah). 

Sepanjang ceramah, saya ternanti2 apakah sesuatu yg baru yg hendak disampaikan oleh harapan baru. Saya sudah biasa mendengar ceramah Khalid Samad, Mat Sabu, Mujahid, Hatta Ramli dll. Bagi saya mlm itu tiada inti yg luar biasa. Kebanyakkan isi lebih banyak memainkan sentimen utk membina persepsi buruk terhadap TGHH. Terma-terma seperti ‘takfiri’, ‘keras’, ‘politik marah-marah’, ‘merobohkan pakatan’ dan ‘bersama barisan nasional’ sering diulang-ulang, seolah-olah itulah gambaran kpd TGHH sekarang. Sedangkan semua terma itu amatlah mudah dipatahkan dgn hujah.

Foto ihsan Tolahah Muda

Usai ceramah, ada lelaki yg tidak dikenali datag memberitahu saya; “bagus ceramah ni, semua yg dikata semua ada hujah, ada fakta. Hujah kalau lawan 3 penjuru pun ye jawab.” Saya sekadar diam dan tersenyum. Sedikit argument saya (belum lagi kesimpulan) spt berikut :
1. Suhaizan Kaiat kata; “Dlm pilihanraya kita perlukan parti yg kuat. Kalau lawan 3 penjuru dlm PRU, parti yg kuat perlu kehadapan dan parti yg lemah perlu menarik diri.” ~ Persoalannya benarkah GHB benar2 kuat utk memaksa Pas mengundur diri? Bagaimana dgn sokongan grassroot – yg akan membuat kerja2 rencang? Dan bagaimana pula dgn sokongan pengundi? Apakah indikator yg mengatakan GHB ini kuat? Apakah inventori/kajiannya? Dan kalau (kalaulah) GHB ini benar2 kuat (dgn izin Allah), apakah ia boleh menumbang ego Pas agar menarik diri dari kerusi yg ditandingi?
2. Salahuddin Ayub kata; “Kita tidak hanya perlu menang di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kita perlu menang seluruh negara. Jadi perjuangan kita perlu inklusif merangkumi seluruh Negara.” ~ Ya. Untuk parlimen kita perlu inklusif. Tapi untuk DUN kita perlu eksklusif, fokus pada kehendak/keperluan tempatan. Persolannya, apakah hudud yg dibawa oleh Pas yg dikatakan menjadi punca perbalahan Pakatan dan dlm Pas itu sendiri adalah inklusif utk seluruh Negara? Tidak. Buat masa itu, ia hanya eksklusif untuk Kelantan sahaja dan ia sesuai, menepati kehendak rakyat Kelantan. Dan dlm konteks Sidang DUN Kelantan, ia inklusif utk seluruh negeri mereka.
3. Betullah org spt Salahuddin, Khalid Samad, Dr. Siti Mariah dan beberapa yg lain memerlukan sokongan pengundi bukan Islam di kawasan mereka. Sebab itu perjuangan mereka perlu lebih *inklusif. Hujah ini benar. Logiknya, bagi mereka, pembawaan hudud yg bersifat eksklusif di Kelantan itu boleh menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam dikawasan mereka. Itu logik. Mereka lupa dlm ceramah yg sama, rakan mereka spt Dr. Mujahid dan Dr. Dzul sering menyebut perkataan ‘rahmatan lilalamiin’. Persoalannya apakah mereka tidak yakin bahawa sifat Islam itu (termasuk hudud yg terkandung di dalamnya) adalah ‘rahmatan lilalamiin’ utk semua agama dan bangsa sebagaimana yg disebut2 oleh rakan mereka. Apakah bagi mereka sifat ‘rahmatan lilalamiin’nya Islam itu hanya ada pada perkara-perkara tertentu shj (spt kebajikan, peduli, amanah & progresif) dan tidak ada pada perkara yg lain spt hudud & qisas?
4. Dakwaan bahawa Pas yg membubarkan Pakatan Rakyat tidak perlu saya ulas lagi, kerana umum sudah mengetahui perkara yg sebenar.
5. Mat Sabu kata; “Pergerakan Islam di seluruh dunia perlu reform. Reform dari perkara2 ganas, takfiri, perbalahan dll.” Saya mendengar sambil ketawa (sebenarnya ucapan Mat Sabu selalu buat org ketawa). Reform yg bagaimana yg beliau maksudkan, tidak beliau jelaskan. Tapi persoalannya siapakah yg sebenarnya yg menerapkan idealism ‘ganas’ dlm perjuangan Pas selama ini? Jawapan ini pun umum sudah mengetahuinya.
Kesimpulan (hanya utk artikel ini ~ belum lagi kesimpulan utk seluruh perjuangan GHB) Sepanjang sesi ceramah, metod yg dibawa lebih fokus untuk mencetus minda akal pendengar utk berfikir; menggerakkan emosi dan rasa marah mereka utk ‘berani’ berubah; ‘berani’ melawan. Tidak satu pun ucapan yg jatuh atau menyentuh hati saya yg boleh membuatkan saya menitiskan airmata sebagaimana saya mendengar ucapan Tok Guru Nik Aziz, atau Tok Guru Haron Din atau Tok Guru Ismail Kamus. Saya menjangkakan perjuangan yg berlandaskan akal dan emosi semata tidak akan sampai kemana. Perjuangan itu akan hilang apabila akal dan emosi dan marah itu padam.

No comments:

Post a Comment