Monday, June 21, 2021

Kentut itu Bagus

Selalu kentut dan sendawa itu adalah sesuatu yang baik bagi mereka yang punyai atau pernah mengalami gastrik. 

Ini kerana, kentut dan sendawa itu adalah menifestasi kepada gas berasid di dalam usus, yang terhasil dari proses penghadaman telah berjaya dilepaskan.

Gas ini jika tidak dilepaskan, samada melalui kentut dan sendawa boleh menyebabkan perut kembung, pedih ulu hati dan gastrik. Hal ini jika dibiarkan berlarutan boleh membawa kepada masalah ulser di dalam perut (nauzubillahi min zalik) 

1. Petua yang selalu saya amalkan untuk menggalakkan pembuangan angin dalam badan adalah dengan meminum teh halia. Saya tidak mencampurkan teh tersebut dengan sebarang krimer sejat manis atau susu lembu. Ini kerana susu lembu mengandungi laktosa, yakni sejenis gula yang tidak boleh dicernakan oleh ramai individu yang 'intoleransi terhadap laktosa' seperti saya.

2. Kebiasaannya saya gantikan susu lembu atau krimer itu dengan susu #soyaESP atau #lazzsusukambing. Kerana kedua-duanya bebas dari laktosa. 

3. Ada orang kata sayur-sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat boleh mengakibatkan kembung perut. Namun setakat pengalaman saya, sayur dan buah-buahan yang tinggi serat lah melawaskan sistem pencernaan dan pembuangan. Pada pengamatan dan pembacaan saya, serat sebenarnya menyempurnakan najis supaya keluar dengan lebih mudah. Keadaan ini mengelakkan sembelit.

4. Apabila sisa makanan dan najis keluar dengan lebih cepat dari usus, ia bawa keluar bersama gas yang terkumpul di dalam perut. Manakala perut yang bersih dari najis dan sisa makanan membantu mengurangkan penghasilan gas / jus gastrik yang baru. Ia juga dinamakan detoksifikasi. 

5. Kandungan serat di dalam sayur dan buah-buahan juga membantu kemandirian bakteria baik di dalam usus. Bakteria baik ini berfungsi memakan makanan dan mengubahnya menjadi nutrien yang berguna. Sekaligus membantu usus menyerap nutrien dan menyebarkannya ke dalam aliran darah, untuk digunakan oleh bahagian badan yang lain.

6. Contoh makanan yang tinggi serat yang selalu saya ambil menjadi sebahagian dari diet harian saya termasuklah kekacang, brokoli, kobis, salad, pisang, mangga, limau, #cinch dan bijirin penuh. 

Kesimpulannya, jika pasangan anda selalu sendawa atau terkentut-kentut, maka bersyukurlah. Kerana itu lagi baik daripada anda terpaksa menghantarnya ke hospital. Lagipun kentut orang Gastrik, walaupun tidak berbau wangi, sekurang-kurangnya ia tidak berbau ☺️☺️🤭🤣

#dietsihat #tipspemakanan #gastrik #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio #ThePrestige

No comments:

Post a Comment