Sunday, June 20, 2021

Kalori Tak Salah; Yang Salah adalah Kita


SELAMA INI KITA SILAP. 
Sebenarnya kalori tak salah. Yang salah adalah lemak badan.

Bagaimana kita boleh mengatakan kalori itu salah/buruk sedangkan kita sendiri memerlukan kalori untuk hidup? 

Salahnya adalah kita yang mengambil kalori itu secara berlebihan, melangkaui keperluan kita. Salah kita juga kerana memilih kalori dari sumber yang tidak sihat.

Sebagai contoh, 100 kalori yang terkandung dalam semangkuk brokoli membekalkan nutrien yang banyak, sedangkan 100 kalori yang terkandung dalam hanya satu pertiga donat tidak mempunyai sebarang nutrien.

Contoh yang lain, perbandingan antara coklat dan salad. Kedua-duanya mempunyai kalori, tetapi coklat kebanyakannya karbohidrat dan lemak, sedangkan salad itu punyai serat tapi tidak mempunyai lemak. 

Jadi.. Bagaimana kalori dikatakan boleh menyumbang kepada berat badan?

Kalori itu sendiri tidak mempunyai berat. Namun, kalori yang berlebihan (yang tidak digunakan oleh badan) akan disimpan oleh tubuh sebagai tenaga, dalam bentuk lemak badan. Nah, disinilah punca datangnya berat.

Adalah perlu difahami bahawa, keperluan kalori dan tenaga anda yang bekerja di pejabat tidak sama dengan petani yang bekerja di bendang. Sudah pastilah petani lebih memerlukan kalori berbanding anda. Portion makanan berbeza; dietnya juga berbeza.

Oleh yang demikian, anda sedang menjemput masalah berat badan sekiranya anda makan sebagaimana petani makan; melainkan anda seorang yang aktif bergerak di pejabat, dan bersukan di luar waktu pejabat.

 Jadi.. kenalilah gaya hidup anda. Dan olahlah diet pemakanan anda sesuai dengan gaya hidup tersebut. Jangan sampai anda terkurang kalori sehingga menjadi lesu. Dan jangan pula sampai terlebih kalori sehingga menjadi gemuk!!

#hidupsihat #dietsihat #livegreenlivebetter #ThePrestige #shakleesihatceria #alzikrstudio

No comments:

Post a Comment