Monday, June 28, 2021

RAMAI JOBLESS TIDAK MENYEDARI TERANGNYA CAHAYA DI SEBALIK GELAPNYA HILANG PEKERJAAN


800 000 individu hilang pekerjaan setakat 31 Okt 2020 dan dijangka meningkat ke 2.8 juta pada hari ini.

Ini satu ujian yang cukup besar terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara. Kalau ia tidak ditangani dengan baik, ia dilihat boleh mengundang masalah lain seperti kemurungan, krisis rumahtangga bahkan mungkin bunuh diri! (Nauzubillahi min Zalik). 

Namun jika dipandang dari sudut positif, ujian ini sebenarnya menifestasi kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah sebenarnya sedang menjemput 800 000 orang hamba yang dikasihiNya itu kembali berserah diri dan bergantung harap kepadaNya.

Kerana... Rahmat dan Kasih sayang Allah-lah kunci jalan keluar dari semua kemelut yang melanda ini. Kerana... dari mana datangnya pun #Covid19, ia tetap makhluk ciptaan Allah. 
Kerana... dari mana datangnya wang dan makanan pun, ia tetap rezeki pemberian Allah. 
Dari mana datangnya idea #SOP dan #Pelan Pemulihan pun, ia tetap cetusan ilham dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Semuanya milik Allah. "La tataharraku zarratun illa biiznillah" (Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin Allah).

Firman Allah SWT, "Dan jika Allah SWT mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah SWT melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (QS: Yunus, 107)

Maka dimanakah juzuknya hidup ini yang terpisah dari pentadbiran Allah? Tiada. 

Bilakah saatnya kehidupan ini yang terpisah dari pentadbiran Allah? Tiada. 

Bagaimanakah caranya kehidupan ini boleh terpisah dari pentadbiran Allah? Tiada.

Allah.....

Maka berserah dirilah sepenuhnya kepada Allah; dalam tawakkal, usaha dan ikhtiar. Hiduplah bersama Allah. Murnikan kehidupan beragama dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. 

Kerana Allah terlalu sayangkan kita. Dia tidak akan sesekali mengabai dan menganiayai kita. Dia menguji kita sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita. Firman Allah yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”(QS: Al-Baqarah, 286). 

Malah, di dalam penetapan ujian itu pula tersemat kebaikan dan kemudahan. Sebagaimana firman-Nya, "bahawa sesungguhnya setiap kesulitan itu disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesulitan itu disertai kemudahan” (QS: Al-Insyirah, 5-6)

Bagaimana bentuk kemudahan yang dimaksudkan itu?

Boleh jadi dalam bentuk ilham dan idea-idea baru yang dikurniakan Allah bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi sekarang ini. Seperti idea untuk berjimat cermat. Idea seni kreatif. Idea perniagaan baru yang lebih 'everlasting', Idea pemasaran digital dan sebagainya.

Saya cuba huraikan serba sedikit tentang idea-idea yang saya sebutkan diatas, kerana saya melaluinya, dan saya sedang pun mempraktikkannya. 

1. Idea Berjimat Cermat

1.1 Untuk langkah penjimatan belanja seharian, saya pernah menulis artikel mengenainya di sini: https://www.facebook.com/1576055834/posts/10222209099287863/?sfnsn=mo

2. Idea Seni Kreatif.

2.1 Dahulu, kerana kesibukan merakamkan foto dilapangan, saya tiada masa untuk memuatnaik dan mengemaskini akaun-akaun 'stock photo' saya. Sekarang barulah saya berpeluang melakukannya. 

2.2 Dahulu saya juga tiada masa untuk menyediakan 'content' dan memuatnaik video di 'channel' YouTube saya. Sekarang ini, hampir setiap hari saya telah berjaya menambah video-video baru dengan pelbagai 'content' seperti, kesihatan, masakan, berkebun dan #diy di dalam channel #AlzikrStudio saya.

3. Idea Perniagaan Baru yang Everlasting

3.1 Saya percaya, semua orang sedar bahawa, sektor kesihatan dan keperluan makanan adalah sektor yang paling kalis dari sekatan #pkp dan #lockdown. PKP diperketat seketat manapun, sektor kesihatan dan keperluan makanan tetap berjalan. 

Jadi saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada di dalam dua sektor tersebut. Saya alihkan obses saya dalam fotografi dan seni kreatif ke arahnya. Saya gunakan sedikit kemahiran yang dipinjamkan Allah kepada saya dalam seni kreatif untuk memajukan bisnes #Shaklee dan #LazzSusuKambing yang saya ceburi. 

Dengan seni itu, saya berusaha berkempen dan mengajak masyarakat ke arah gaya hidup yang lebih sihat, diet seimbang, makanan berkhasiat, mengambil vitamin dan susu kambing serta mengamalkan konsep "mencegah lebih baik dari mengubati." 

Justeru, saya bukan saja tidak mensia-siakan kemahiran seni saya, malah dapat mengajak masyarakat bersama menjaga dan memperbaiki kesihatan. Alhamdulillah, Shaklee menyediakan hampir ke semua vitamin dan mineral yang diperlukan dengan harga yang berpatutan.

4. Idea Pemasaran Digital

4.1 Seperti 'stock photo' dan YouTube, bisnes Shaklee dan Lazz Susu Kambing yang saya jual hampir 99.9 peratus berjalan secara online; samada menerusi aplikasi #whatsapp, #facebook dan panggilan telefon. Saya tiada kedai, tidak pula menyewa rak di mana-mana premis perniagaan. 

Semua barangan dikirim samada melalui pos atau cod ke rumah. Persentuhan fizikal tidak berlaku. Yang cuma berlaku mungkin persentuhan hati klien yang tergoda dengan kesopanan saya 🤭

4.2 Silap haribulan, mereka pun ada yang telah berbisnes di bawah koordinasi saya.

4.3 Disamping itu, saya juga sedang mengemaskini akaun #shopee saya, untuk menjual Lazz Susu Kambing di sana pula. Insyaallah..

Alhamdulillah.. setakat ini dulu perkongsian saya kali ini. Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat kepada anda dan orang lain, sila kongsikan kepada mereka. Mudah-mudahan anda dan saya mendapat kebaikan dan pahala dari doa-doa mereka. Ameen..

#tipskewangan #livegreenlivebetter #motivasi #nasihatdiri #shakleesihatceria #ThePrestige #alzikrstudio

No comments:

Post a Comment