Sunday, June 20, 2021

Menu Sihat atasi Gastrik

Simple dimple breakfast. Last gastrik tahun 2017; gastrik macam nok mati org kate. Sejak itu, seluruh amalan pemakanan saya berubah. Setiap kali breakfast, saya akan mulakan dengan minuman/makanan yang paling mudah dicerna; supaya jus gastrik di dalam perut tidak di lepaskan secara mendadak.

Kebiasaannya saya mulakan dengan turutan bermula madu atau #Vivix, #susukambing & #ESP, seterusnya buah buahan seperti pisang, mangga, jambu, limau dan sebagainya. 

Kemudian barulah dituruti dengan makanan-makanan yang lain. Kalau tiada makanan pun, saya tak kisah, sebab sudah berasa kenyang dengan minuman dan buahan yang tersebut diatas.

Di bawah ni contoh meal breakfast yg mudah dan mengenyangkan. Potongan sweet potato dan telur rebus bersama sedikit kekacang. Taburkan sedikit black pepper sebagai perasa. 

Btw, untuk mereka yg dikurniakan perut sensitif, ubi rebus tidak berapa digalakkan, kerana ia boleh menyumbang kepada kembung perut.

#dietsihat #tipsdiet #tipspemakanan #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio #ThePrestige 

Ujian Tanda Allah Sayang

PKP bersambung lagi. Sedang Covid belum menampakkan tanda-tanda signifikan untuk reda. Malangnya, ramai sahabat-sahabat yang berniaga, terkesan dengan keadaan ini; terutama dikalangan pengusaha travel & tour, pelamin, kanopi, katering, fotografi dan seangkatannya. 

Saya sendiri pun telah melunaskan kembali deposit dua orang klien saya untuk job #wedding bulan ini. Dan kelihatannya hal yang sama bakal berlaku untuk bulan depan dan bulan bulan yang akan datang. 

Kontrak senibina landskap pun tidak dapat saya jalankan buat masa ini kerana orang kanan kepercayaan saya diuji dgn ujian yg lebih berat; jatuh staging, patah tulang rusuk. 

Namun adakah keadaan ini menjadikan kita lemah semangat dan berputus asa? Tidak. 

Bahkan kita sepatutnya bersyukur kerana terpilih untuk diangkat martabatnya dengan ujian yang tidak seberapa ini (jika dibandingkan ujian para Nabi, Sahabat dan Siddiqin).

Ya, bersyukur. Dalam ramai-ramai umat manusia di dunia ini, Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayang Nya, memilih kita untuk diuji. Yang sebenarnya dengan ujian itu, Allah mahu menghapuskan dosa kita seumpama air yang membersihkan kotoran pada badan. Nabi Isa A.S pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu mengenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Dan sesungguhnya, dengan ujian itu, Allah sebenarnya ingin memenifestasikan kasih sayang Nya pada kita. Dia sebenarnya sedang memanggil kita untuk datang menyerah diri dan menagih belas kasih daripadaNya - setelah sekian lama kita melupakanNya.

Sabda Kekasih kita, Baginda Nabi SAW, “Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan mencubanya dengan ujianNya.”

Kebaikan itu dalam pelbagai bentuk. Salah satunya Allah memberi ilham dan peluang kepada kita untuk berSABAR dengan situasi yang melanda; REDHA dengan ketetapanNya; dan berSYUKUR kerana setiap ketetapanNya adalah yang terbaik buat kita - bersesuaian dengan keadaan kita, masa dan ketikanya. 

Alhamdulillah.. walaupun bisnes-bisnes saya yang lain kelihatan merosot, tapi jualan #shaklee dan #lazzsusukambing saya dan wife Nur Halawati melonjak 200 peratus. Saya yang dulu buat Shaklee sambil-sambilan, kini terpaksa memberi tumpuan penuh. Kelihatannya bisnes produk kesihatan seperti Shaklee, dan produk susu seperti #lazz ini rintang dengan kemerosotan ekonomi dan #lockdown.

Pada saat industri lain tersekat dengan PKP, sektor kesihatan dan barangan keperluan seperti susu bayi dan lain lain perlu diteruskan. 

Bahkan perlu ditingkatkan, kerana masyarakat sekarang bertambah cakna dengan kesihatan diri dan imunisasi. Masyarakat kini percaya, "mencegah itu lebih baik dari mengubati." Kesannya permintaan untuk vitamin Shaklee melonjak tinggi. Benarlah kata Allah, "Kerana sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kemudahan. Demi sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kemudahan." (QS: Al-Insyirah, 5-6)

Setakat inilah dulu perkongsian saya mengenai langkah kerintangan ekonomi yang saya ambil menggantikan dunia #fotografi saya yang kelihatan megamandom sekarang ini. Sahabat yang berminat untuk menurut langkah saya boleh tinggalkan pesan diruangan komen atau DM. 

Dan sesiapa yang terbuka hati dan ber-ihsan ingin membantu orang yang terjejas seperti saya, boleh bantu saya dengan cuba meningkatkan imunisasi dan tahap kesihatan anda dengan mendapatkan vitamin dari saya ☺️ . Tak cuba, maka tak cinta. Salam sayang, ihsan buat semua.

Zakaria Alzikr 
Leader Shaklee #ThePrestige #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio

Kalori Tak Salah; Yang Salah adalah Kita


SELAMA INI KITA SILAP. 
Sebenarnya kalori tak salah. Yang salah adalah lemak badan.

Bagaimana kita boleh mengatakan kalori itu salah/buruk sedangkan kita sendiri memerlukan kalori untuk hidup? 

Salahnya adalah kita yang mengambil kalori itu secara berlebihan, melangkaui keperluan kita. Salah kita juga kerana memilih kalori dari sumber yang tidak sihat.

Sebagai contoh, 100 kalori yang terkandung dalam semangkuk brokoli membekalkan nutrien yang banyak, sedangkan 100 kalori yang terkandung dalam hanya satu pertiga donat tidak mempunyai sebarang nutrien.

Contoh yang lain, perbandingan antara coklat dan salad. Kedua-duanya mempunyai kalori, tetapi coklat kebanyakannya karbohidrat dan lemak, sedangkan salad itu punyai serat tapi tidak mempunyai lemak. 

Jadi.. Bagaimana kalori dikatakan boleh menyumbang kepada berat badan?

Kalori itu sendiri tidak mempunyai berat. Namun, kalori yang berlebihan (yang tidak digunakan oleh badan) akan disimpan oleh tubuh sebagai tenaga, dalam bentuk lemak badan. Nah, disinilah punca datangnya berat.

Adalah perlu difahami bahawa, keperluan kalori dan tenaga anda yang bekerja di pejabat tidak sama dengan petani yang bekerja di bendang. Sudah pastilah petani lebih memerlukan kalori berbanding anda. Portion makanan berbeza; dietnya juga berbeza.

Oleh yang demikian, anda sedang menjemput masalah berat badan sekiranya anda makan sebagaimana petani makan; melainkan anda seorang yang aktif bergerak di pejabat, dan bersukan di luar waktu pejabat.

 Jadi.. kenalilah gaya hidup anda. Dan olahlah diet pemakanan anda sesuai dengan gaya hidup tersebut. Jangan sampai anda terkurang kalori sehingga menjadi lesu. Dan jangan pula sampai terlebih kalori sehingga menjadi gemuk!!

#hidupsihat #dietsihat #livegreenlivebetter #ThePrestige #shakleesihatceria #alzikrstudio

Thursday, May 27, 2021

Unboxing Wedding Package by Alzikr Studio

Diantara senarai item yang terdapat di dalam pakej fotografi perkahwinan Alzikr Studio termasuklah:
1. Crystal Custom album Medium size (12x15 in) 
2. Crystal Custom album Standard size (8x12 in)
3. Photo poster with frame
4. Table top photo with frame
5. Pendrive/DVD leather case

Lihat video dibawah untuk contoh:
https://youtu.be/fUcSOjcOVGs

Pray For Gaza

“Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami kaum muslimin dan muslimat yang lemah di Pales. tin, Ya Allah sayangi dan kasihilah mereka dan keluarkanlah mereka dari kesulitan dan kesempitan yang mereka alami saat ini,”

“Ya Allah terimalah syahid mereka dan sembuhkanlah yang luka dan sakit dari kalangan mereka,”

"Sesungguhnya ya Allah, tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan izin dan Kasih sayang Mu."

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri

Apakah maksud sebenar Hari Raya Fitrah?

Tiadalah kemenangan yang lebih besar bagi setiap manusia melainkan kejayaan bebas dari Neraka dan kembali ke hadrat Allah SWT dalam keadaan fitrah - redha dan diredhai. 

Fitrah membawa maksud asal usul kejadian. Dan asal usul setiap kejadian itu pula adalah berasal dari sumber yang sama, iaitu fitrah suci kepunyaan Allah SWT. Dengan itu, semua manusia, bahkan setiap ciptaan dan kejadian di alam ini asalnya adalah suci. 

Firman Allah SWT bermaksud, "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus (suci); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (QS. Ar Ruum: 30)

Jika Fitrah itu bermaksud asal usul yang suci, sudah tentu ia berlawanan dengan sebarang sesuatu yang kotor/keburukan. Dek kerana sucinya Fitrah manusia itu, jiwa manusia akan merasa berdebar-debar bilamana mereka melakukan kejahatan. Tahap berdebar-debar (rasa bersalah) ini bergantung pada sekeruh mana Fitrah suci itu telah dicemari. 

Fitrah suci setiap manusia menolak maksiat, berpoya-poya dan bermabuk-mabuk. Walaupun ada sebilangan dari mereka mengatakan ianya adalah hak asasi manusia. Baik, kalaulah bermabuk-mabuk (minum arak, dadah dll.) itu hak asas bagi manusia jadi mengapa mereka melarang anak-anak mereka dari mendekatinya. Itu bermakna ia bercanggah dengan fitrah diri mereka. Walaupun mereka mabuk tapi mereka tidak mahu anak-anak mereka turut mabuk.

"Setiap manusia yang lahir, mereka lahir dalam keadaan fitrah. Orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani” (HR. Bukhari-Muslim)

Jadi apa kaitannya fitrah ini dengan Hari Raya Fitrah? Jawapannya adalah jika manusia itu dilahirkan fitrah; datang dari Syurga [rohnya dari Syurga & jasadnya (Adam) juga dari Syurga], maka pastilah mereka perlu kembali kepada fitrah; kembali ke Syurga. 

Kita hayati hadith Baginda Nabi SAW, “Permulaan bulan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan dari Api Neraka” (HR. Abu Hurairah)

Maka kehadiran Ramadhan itu adalah satu anugerah, rahmat dan kasih sayang Allah bagi manusia menyucikan jasad dan jiwa mereka dari sebarang kekotoran/keburukan zahir dan batin. Zahir (jasad) dan batin (jiwa) yang disucikan di dalam madrasah Ramadhan akan membawa manusia kembali kepada fitrah suci kejadian mereka; kembali kepada Penciptanya. Zahir dan batin yang fitrah ini akan dilepaskan dari Api Neraka (dan dimasukkan ke dalam Syurga). Demikianlah maksud sebenarnya Hari Raya Fitrah. Jadi, sudahkah kita berjaya kembali kepada Fitrah tahun ini?

Saban tahun. Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayangNya mendatangkan kita dengan Ramadhan dan Aidilfitri. Dia memanggil-manggil kita untuk kepada kepada Fitrah, kembali kepadaNya. Sudahkah kita menyahut panggilanNya?

Saban tahun. Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayangNya memberi peluang kepada kita untuk menyucikan jasad dan jiwa kita. Dia menyeru-nyeru kita agar meninggalkan yang haram, bersuci diri dan bertaubat. Sudahkah kita menyahut seruanNya?

Saban tahun. Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayangNya menawarkan keredhaan dan pengampunanNya. Sudahkah kita menerima tawaranNya?

Saban tahun. Dan bagi saya ini adalah tahun yang ke 37; Allah dengan Rahmat dan Kasih sayangNya menutup pintu Neraka dan membuka pintu Syurga untuk saya. Malangnya sebab bodoh dan degilnya saya, pintu Syurga itu tidak saya masuk. TawaranNya saya sia-siakan. SeruanNya saya abaikan. PanggilanNya saya pekakkan. Dan ia berulang tahun demi tahun. Lagi dan lagi. Jadi layakkah saya menyambut raya tahun ini?🥺

Unboxing Barang Baik

Barang baik semua orang nak. Tapi barang baik kebiasaannya payah nak jumpa. Jadi saya bawakan kepada anda barang baik saya. Boleh guna untuk diri sendiri, hadiahkan kepada pasangan dan orang orang tersayang, tak lupa kepada orang tua di kampung. Agar mereka sihat, ceria sentiasa. 

Tonton barang baik tersebut dia sini.
https://youtu.be/LtvbwQDxOJk