Monday, July 12, 2021

RAHSIA, BAGAIMANA SAYA BUAT DEFISIT KALORI DENGAN MUDAH?

Saya breakfast dengan minuman/ makanan yang ringan je. Setiap pagi, selepas solat subuh, saya mulakan hari saya dengan 1 sudu #vivix, diikuti 1 sudu #madu. 

Menjelang pagi sikit, saya teruskan #breakfast dengan #susukambing yang di bancuh samada dengan #ESP atau dengan #cinch. Kemudian diikuti dengan buah-buahan seperti pisang, atau mangga, atau oren.   

Saya cuba elakkan breakfast yang karbohidrat tinggi macam nasi lemak, mee goreng, nasi goreng tu. Cuba elakkan di sini maksudnya, seboleh saya tidak makan; tapi kalau ada atau kalau anak-anak request; saya masak je.

Kadang-kadang, saya bagi anak-anak makan dulu sebab mereka tidak terikat dengan jadual diet seperti saya. Saya makan kemudian sikit; dekat-dekat tengahari begitu.

Jadi untuk #lunch, jika saya tak makan apa-apa makanan berat pagi tu, saya akan lunch seperti biasa. Dan jika saya sudah makan makanan berat lewat pagi tersebut, saya akan skip lunch. 

Saya tunggu untuk #dinner pula. Dinner dirumahnya kami kebiasaannya bermula seawal sebelum maghrib atau selewat sebelum Isyak.

Menu untuk dinner, macam biasa je, macam orang-orang lain juga. Boleh tengok menu-menu masakan saya di sini; https://youtube.com/user/alzikr

Cuma bila masak sendiri ni, saya boleh control jumlah minyak, garam, perasa dan gula yang dimasukkan ke dalam menu kami.

Untuk makluman, selain gula perang, di rumah kami memang tiada gula, Ajinomoto, krimer sejat manis dan sebarang minuman bergula, 3 in 1, Milo, teh dan sebagainya. Minuman kordial dan karbonat memang suatu kepantangan di dalam rumah kami.

Makanan yang diproses seperti nugget dan ayam goreng tempura, kadang kadang saya buat sendiri menggunakan ayam segar, dimasukkan sayur dan jagung di dalamnya. Simpan beku. Jadi lebih berkhasiat jika dibandingkan makanan proses yang dibeli di pasaran.

Menjaga portion makanan, saya berusaha untuk tidak menambah setiap kali makan. Kami makan di dalam talam. Jadi bersabar jela bila tengok anak-anak menambah dan menambah. 😔

Salah satu cara saya elakkan diri dari menambah nasi, adalah dengan memakan buah-buahan dan minum bancuhan susu kambing bersama Cinch atau air suam terlebih dahulu sebelum makan. Dengan cara itu, saya lebih cepat berasa kenyang. Dan satu petua saya yang paling berguna adalah, bila sudah kenyang, saya tidak akan memaksa diri lagi untuk makan atau menambah makanan, walau sesedap manapun makanan tersebut.

Saya juga berusaha banyakkan lauk berasaskan sayur dan ulam ulaman di dalam talam tu. Ulam saya petik bayam Brazil dari #couryard garden kami, atau ulam raja dari rumah jiran. Sayur dan ulaman ini mengandungi serat yang boleh membuatkan saya lebih cepat kenyang.

Saya memang banyak minum air suam. Banyak kebaikan minum air suam ini sebenarnya. Nanti kite buka bab khusus mengenai air suam.

Semua langkah-langkah atau pemakanan yang senaraikan ini setakat ini sangat membantu saya dalam menjayakan defisit kalori. Saya tidak pasti setakat mana keberkesanannya kepada anda. Tapi tidak salahkan kalau kita mencuba? Mana tahu ia juga berkesan pada anda. Ameen.. insyaallah. 

Jadi jangan biarkan artikel ini sekadar untuk pembacaan anda, kongsikan buat mereka di sekeliling anda. Mudah mudahan ia bermanfaat buat mereka juga.

Posting ini adalah rentetan dari artikel Defesit Kalori yang dapat dibaca di sini; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223870535142721&id=1576055834

#tipsdiet #menusihat #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio

RAMAI YANG TIDAK TAHU. TURUNKAN BERAT BADAN SEBENARNYA ADA FORMULA MUDAH.


Rahsia turun berat badan yang saya amalkan adalah dengan konsep Defesit Kalori. 

Apakah #DEFISITKALORI itu? 
#Kalori adalah unit tenaga untuk makanan yang kita makan. Ia berfungsi untuk bekalkan tenaga kepada badan kita untuk kita hidup, menjalani kehidupan seharian.

Badan kita menggunakan tenaga dengan cara membakar kalori dari makanan tersebut.

Dipendekkan cerita, kalau kita makan makanan lebih banyak dari apa yang badan kita boleh bakar, maka akan ada lebihan tenaga, dan lebihan tu badan kita akan simpan sebagai #LEMAK.

Manakala, kalau kita makan kurang dari apa yang badan kita boleh bakar; berlakulah apa yang dipanggil DEFISIT KALORI. Maksudnya badan kita terpaksa gunakan simpanan lemak tadi untuk dapatkan tenaga. Macam akaun bank yang defisit, kerana perbelanjaan melebihi pendapatan!

Bahasa mudahnya, jika setiap hari kita makan lebih dari apa yang badan kita boleh bakar, maka makin kayalahlah lemak di dalam 'simpanan' kita. Hari-hari begitu, lama-kelamaan makin gemuklah 'simpanan' itu. 

Sebaliknya kalau kita buat defisit kalori, setiap hari kita makan kurang sedikit dari apa yang badan kita boleh bakar, maka badan kita terpaksa menggunakan 'simpanan' lemak kita untuk dibakar menjadi tenaga. Hari-hari begitu, lama-kelamaan makin nipislah 'simpanan' kita itu.

Kalau saya ter'cheating' dalam hari-hari tertentu; makan lebih dari tenaga yang saya perlukan. Maka saya perlu pergi ke kaedah Defisit Kalori yang kedua iaitu, Bakar tenaga lebih dari makanan yang masuk. 

Konsepnya sama saja. Kalau yang pertama tadi, kita makan sikit; guna tenaga macam biasa. Yang kedua ini, kita terlebih makan; guna tenaga lebih banyak. Kena #exercise la tu maksudnya. 😁

Ok. Sampai setakat ni dulu perkongsian kita di pagi Jumaat yg barokah ini. Besok-besok saya kongsikan pula apa yang saya makan untuk kurangkan kalori, tapi kenyang dan tenaganya cukup kegunaan saya seharian.

Dan juga exercise apa yang saya buat kalau saya ter'cheating' makan 😅🙏 

Ingat...
Jangan belanja lebih dari pendapatan,
Bekerjalah lebih dari makan,
Jangan kita defisit simpanan,
Asalkan kita defisit lemak-lemakan.

#tipskurus #infosihat #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio

Rahsia Buah Berries. Ramai yang tidak tahu

Saya percaya ramai dikalangan ibu ibu ada menanam pokok berries di rumah; Kalau tidak strawberi, sekurang-kurangnya yang biasa ditanam adalah #Mulberry. 

Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa buah buah #berries adalah diantara buah yang paling kaya dengan vitamin C, vitamin B₉ dan Kalium. 

Yang lebih istimewa, buah-buahan ini juga kaya dengan kandungan polifenol - yang terdiri dari beberapa jenis alkoloid seperti anthocyanin, cyaniding, peonidin dan quercetin.

 #polifenol ini bersifat #antioksidan yang sangat berguna dalam melawan radikal bebas di dalam badan manusia dari merosakkan tisu, seterusnya membawa kepada penyakit. 

Malah ia juga dipercayai boleh meningkatkan jangka hayat serta melambatkan penuaan sel. (Boleh rujuk artikel saya di sini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223069392594658&id=1576055834 )

Jadi... kepada ibu ibu yang saya kasihi. Jangan dibiarkan buah-buah berries di rumah anda gugur atau memburuk begitu saja diatas pokok. Petik dan makanlah; mudah mudahan akan jadi awek muda ☺️ 

Dan kepada ibu ibu yang tiada pokok berries di rumah. Jangan risau, #Vivix dan #resv mempunyai kesemua polifenol yang anda perlukan. Malah jumlahnya 6 kali ganda lebih tinggi dari berries biasa. Cubalah..

#dietsihat #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio

RAMAI IBU YANG INGIN KURUS TIDAK TAHU. UBI ADALAH SARAPAN YANG SANGAT MENGENYANGKAN

138 kcal tenaga per 100 g?? Dengan hanya 0.5 g lemak pada sukatan yang sama, ia pastilah satu meal yang sangat bagus bagi anda yang memerlukan banyak tenaga (kalori) tetapi ingin menjaga berat badan. Sebab itulah ramai pendaki, reccers dan forester gemar menjadikan ubi sebagai sebahagian menu wajib di dalam hutan. Ia ringan; senang dibawa; mudah dimasak; sedikit, tapi membekalkan tenaga segera dengan banyak.

Selain itu, Kandungan serat yang tinggi di dalamnya juga dilihat mampu untuk membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama, malah memperelokkan najis yang dikumuh agar lebih mudah dibuang. 

Selain itu, ia juga kaya dengan beta-karoten dan niasin yang bersifat anti-oksida. Kedua-duanya dilihat mampu mencegah radikal bebas dari menyebabkan kerosakkan pada sel dan tisu badan.

Banyak lagi khasiat lain yang terdapat pada ubi. Insyaallah saya akan kongsikan pada masa yang akan datang. Baca juga artikel saya mengenai kalori dan tenaga di sini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223756747858110&id=1576055834

Atau jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set kurus, boleh mesej saya atau whatsapp di 0176559773

#dietsihat #resepimudah #livegreenlivebetter #alzikrstudio #shakleesihatceria

Monday, June 28, 2021

RAMAI JOBLESS TIDAK MENYEDARI TERANGNYA CAHAYA DI SEBALIK GELAPNYA HILANG PEKERJAAN


800 000 individu hilang pekerjaan setakat 31 Okt 2020 dan dijangka meningkat ke 2.8 juta pada hari ini.

Ini satu ujian yang cukup besar terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara. Kalau ia tidak ditangani dengan baik, ia dilihat boleh mengundang masalah lain seperti kemurungan, krisis rumahtangga bahkan mungkin bunuh diri! (Nauzubillahi min Zalik). 

Namun jika dipandang dari sudut positif, ujian ini sebenarnya menifestasi kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah sebenarnya sedang menjemput 800 000 orang hamba yang dikasihiNya itu kembali berserah diri dan bergantung harap kepadaNya.

Kerana... Rahmat dan Kasih sayang Allah-lah kunci jalan keluar dari semua kemelut yang melanda ini. Kerana... dari mana datangnya pun #Covid19, ia tetap makhluk ciptaan Allah. 
Kerana... dari mana datangnya wang dan makanan pun, ia tetap rezeki pemberian Allah. 
Dari mana datangnya idea #SOP dan #Pelan Pemulihan pun, ia tetap cetusan ilham dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Semuanya milik Allah. "La tataharraku zarratun illa biiznillah" (Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin Allah).

Firman Allah SWT, "Dan jika Allah SWT mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah SWT melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (QS: Yunus, 107)

Maka dimanakah juzuknya hidup ini yang terpisah dari pentadbiran Allah? Tiada. 

Bilakah saatnya kehidupan ini yang terpisah dari pentadbiran Allah? Tiada. 

Bagaimanakah caranya kehidupan ini boleh terpisah dari pentadbiran Allah? Tiada.

Allah.....

Maka berserah dirilah sepenuhnya kepada Allah; dalam tawakkal, usaha dan ikhtiar. Hiduplah bersama Allah. Murnikan kehidupan beragama dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. 

Kerana Allah terlalu sayangkan kita. Dia tidak akan sesekali mengabai dan menganiayai kita. Dia menguji kita sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita. Firman Allah yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”(QS: Al-Baqarah, 286). 

Malah, di dalam penetapan ujian itu pula tersemat kebaikan dan kemudahan. Sebagaimana firman-Nya, "bahawa sesungguhnya setiap kesulitan itu disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesulitan itu disertai kemudahan” (QS: Al-Insyirah, 5-6)

Bagaimana bentuk kemudahan yang dimaksudkan itu?

Boleh jadi dalam bentuk ilham dan idea-idea baru yang dikurniakan Allah bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi sekarang ini. Seperti idea untuk berjimat cermat. Idea seni kreatif. Idea perniagaan baru yang lebih 'everlasting', Idea pemasaran digital dan sebagainya.

Saya cuba huraikan serba sedikit tentang idea-idea yang saya sebutkan diatas, kerana saya melaluinya, dan saya sedang pun mempraktikkannya. 

1. Idea Berjimat Cermat

1.1 Untuk langkah penjimatan belanja seharian, saya pernah menulis artikel mengenainya di sini: https://www.facebook.com/1576055834/posts/10222209099287863/?sfnsn=mo

2. Idea Seni Kreatif.

2.1 Dahulu, kerana kesibukan merakamkan foto dilapangan, saya tiada masa untuk memuatnaik dan mengemaskini akaun-akaun 'stock photo' saya. Sekarang barulah saya berpeluang melakukannya. 

2.2 Dahulu saya juga tiada masa untuk menyediakan 'content' dan memuatnaik video di 'channel' YouTube saya. Sekarang ini, hampir setiap hari saya telah berjaya menambah video-video baru dengan pelbagai 'content' seperti, kesihatan, masakan, berkebun dan #diy di dalam channel #AlzikrStudio saya.

3. Idea Perniagaan Baru yang Everlasting

3.1 Saya percaya, semua orang sedar bahawa, sektor kesihatan dan keperluan makanan adalah sektor yang paling kalis dari sekatan #pkp dan #lockdown. PKP diperketat seketat manapun, sektor kesihatan dan keperluan makanan tetap berjalan. 

Jadi saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada di dalam dua sektor tersebut. Saya alihkan obses saya dalam fotografi dan seni kreatif ke arahnya. Saya gunakan sedikit kemahiran yang dipinjamkan Allah kepada saya dalam seni kreatif untuk memajukan bisnes #Shaklee dan #LazzSusuKambing yang saya ceburi. 

Dengan seni itu, saya berusaha berkempen dan mengajak masyarakat ke arah gaya hidup yang lebih sihat, diet seimbang, makanan berkhasiat, mengambil vitamin dan susu kambing serta mengamalkan konsep "mencegah lebih baik dari mengubati." 

Justeru, saya bukan saja tidak mensia-siakan kemahiran seni saya, malah dapat mengajak masyarakat bersama menjaga dan memperbaiki kesihatan. Alhamdulillah, Shaklee menyediakan hampir ke semua vitamin dan mineral yang diperlukan dengan harga yang berpatutan.

4. Idea Pemasaran Digital

4.1 Seperti 'stock photo' dan YouTube, bisnes Shaklee dan Lazz Susu Kambing yang saya jual hampir 99.9 peratus berjalan secara online; samada menerusi aplikasi #whatsapp, #facebook dan panggilan telefon. Saya tiada kedai, tidak pula menyewa rak di mana-mana premis perniagaan. 

Semua barangan dikirim samada melalui pos atau cod ke rumah. Persentuhan fizikal tidak berlaku. Yang cuma berlaku mungkin persentuhan hati klien yang tergoda dengan kesopanan saya 🤭

4.2 Silap haribulan, mereka pun ada yang telah berbisnes di bawah koordinasi saya.

4.3 Disamping itu, saya juga sedang mengemaskini akaun #shopee saya, untuk menjual Lazz Susu Kambing di sana pula. Insyaallah..

Alhamdulillah.. setakat ini dulu perkongsian saya kali ini. Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat kepada anda dan orang lain, sila kongsikan kepada mereka. Mudah-mudahan anda dan saya mendapat kebaikan dan pahala dari doa-doa mereka. Ameen..

#tipskewangan #livegreenlivebetter #motivasi #nasihatdiri #shakleesihatceria #ThePrestige #alzikrstudio

Wednesday, June 23, 2021

RAMAI LELAKI TIDAK TAHU. BENARKAH TEMBIKAI BOLEH MENINGKATKAN TENAGA BATIN?

RAMAI LELAKI TIDAK TAHU. BENARKAH TEMBIKAI BOLEH MENINGKATKAN TENAGA BATIN?

90% kandungan tembikai adalah air. Kandungan air yang tinggi ini membantu kita untuk kekal hidrat dan membuat kita berasa kenyang. 

Warna merah pada isi buahnya pula adalah pigmen yang terhasil dari sebatian kimia yang dinamakan likopena. Ia bersifat antioksidan. Kandungan likopena yang tinggi ini dilihat berkesan untuk melindungi sel-sel daripada rosak sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit seperti, kanser, jantung, hipertensi dan obesiti.

Selain itu, likopena juga berfungsi sebagai antiradang. Semasa kita sakit disebabkan apa-apa penyakit, keradangan berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan kita. Buah tembikai secara amnya membantu badan kita melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

Menurut penyelidik di dalam portal kesihatan, WebMD, tembikai boleh menjadi viagra semula jadi. Ini kerana, ia kaya dengan asid amino yang dipanggil Citrulline dan Arginine. Citrulline dapat melega dan melancarkan saluran darah seperti viagra dan ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat disfungsi erektil (ED)/ #matipucuk.

Manakala Arginine pula berkesan meningkatkan aliran vaskular dengan pengerasan arteri atau dipanggil aterosklerosis. 

Kajian pakar Farmakologi, Dr. Roger Clemens pada tahun 2007 mendapati bahawa, sukarelawan yang minum tiga gelas, bersamaan 8 auns jus tembikai setiap hari selama tiga minggu meningkatkan tahap arginin mereka sebanyak 11 peratus.

Cuma persoalannya, sanggupkah kita meminum jus tembikai 3 gelas setiap hari berturut-turut selama 3 minggu? Jangan risau.. dengan hanya meminum 1 sudu #Vivix setiap pagi kita boleh mendapatkan kebaikan sebagaimana yang disebutkan diatas. 

Kalau saya teruskan penulisan ini, ia akan jadi meleret panjang. Insyaallah saya akan kupas pada posting yang akan datang. Atau anda boleh mesej saya. 

#tipspemakanan #gayahidupsihat #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio #ThePrestige

Monday, June 21, 2021

Kentut itu Bagus

Selalu kentut dan sendawa itu adalah sesuatu yang baik bagi mereka yang punyai atau pernah mengalami gastrik. 

Ini kerana, kentut dan sendawa itu adalah menifestasi kepada gas berasid di dalam usus, yang terhasil dari proses penghadaman telah berjaya dilepaskan.

Gas ini jika tidak dilepaskan, samada melalui kentut dan sendawa boleh menyebabkan perut kembung, pedih ulu hati dan gastrik. Hal ini jika dibiarkan berlarutan boleh membawa kepada masalah ulser di dalam perut (nauzubillahi min zalik) 

1. Petua yang selalu saya amalkan untuk menggalakkan pembuangan angin dalam badan adalah dengan meminum teh halia. Saya tidak mencampurkan teh tersebut dengan sebarang krimer sejat manis atau susu lembu. Ini kerana susu lembu mengandungi laktosa, yakni sejenis gula yang tidak boleh dicernakan oleh ramai individu yang 'intoleransi terhadap laktosa' seperti saya.

2. Kebiasaannya saya gantikan susu lembu atau krimer itu dengan susu #soyaESP atau #lazzsusukambing. Kerana kedua-duanya bebas dari laktosa. 

3. Ada orang kata sayur-sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat boleh mengakibatkan kembung perut. Namun setakat pengalaman saya, sayur dan buah-buahan yang tinggi serat lah melawaskan sistem pencernaan dan pembuangan. Pada pengamatan dan pembacaan saya, serat sebenarnya menyempurnakan najis supaya keluar dengan lebih mudah. Keadaan ini mengelakkan sembelit.

4. Apabila sisa makanan dan najis keluar dengan lebih cepat dari usus, ia bawa keluar bersama gas yang terkumpul di dalam perut. Manakala perut yang bersih dari najis dan sisa makanan membantu mengurangkan penghasilan gas / jus gastrik yang baru. Ia juga dinamakan detoksifikasi. 

5. Kandungan serat di dalam sayur dan buah-buahan juga membantu kemandirian bakteria baik di dalam usus. Bakteria baik ini berfungsi memakan makanan dan mengubahnya menjadi nutrien yang berguna. Sekaligus membantu usus menyerap nutrien dan menyebarkannya ke dalam aliran darah, untuk digunakan oleh bahagian badan yang lain.

6. Contoh makanan yang tinggi serat yang selalu saya ambil menjadi sebahagian dari diet harian saya termasuklah kekacang, brokoli, kobis, salad, pisang, mangga, limau, #cinch dan bijirin penuh. 

Kesimpulannya, jika pasangan anda selalu sendawa atau terkentut-kentut, maka bersyukurlah. Kerana itu lagi baik daripada anda terpaksa menghantarnya ke hospital. Lagipun kentut orang Gastrik, walaupun tidak berbau wangi, sekurang-kurangnya ia tidak berbau ☺️☺️🤭🤣

#dietsihat #tipspemakanan #gastrik #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio #ThePrestige

Sunday, June 20, 2021

Menu Sihat atasi Gastrik

Simple dimple breakfast. Last gastrik tahun 2017; gastrik macam nok mati org kate. Sejak itu, seluruh amalan pemakanan saya berubah. Setiap kali breakfast, saya akan mulakan dengan minuman/makanan yang paling mudah dicerna; supaya jus gastrik di dalam perut tidak di lepaskan secara mendadak.

Kebiasaannya saya mulakan dengan turutan bermula madu atau #Vivix, #susukambing & #ESP, seterusnya buah buahan seperti pisang, mangga, jambu, limau dan sebagainya. 

Kemudian barulah dituruti dengan makanan-makanan yang lain. Kalau tiada makanan pun, saya tak kisah, sebab sudah berasa kenyang dengan minuman dan buahan yang tersebut diatas.

Di bawah ni contoh meal breakfast yg mudah dan mengenyangkan. Potongan sweet potato dan telur rebus bersama sedikit kekacang. Taburkan sedikit black pepper sebagai perasa. 

Btw, untuk mereka yg dikurniakan perut sensitif, ubi rebus tidak berapa digalakkan, kerana ia boleh menyumbang kepada kembung perut.

#dietsihat #tipsdiet #tipspemakanan #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio #ThePrestige 

Ujian Tanda Allah Sayang

PKP bersambung lagi. Sedang Covid belum menampakkan tanda-tanda signifikan untuk reda. Malangnya, ramai sahabat-sahabat yang berniaga, terkesan dengan keadaan ini; terutama dikalangan pengusaha travel & tour, pelamin, kanopi, katering, fotografi dan seangkatannya. 

Saya sendiri pun telah melunaskan kembali deposit dua orang klien saya untuk job #wedding bulan ini. Dan kelihatannya hal yang sama bakal berlaku untuk bulan depan dan bulan bulan yang akan datang. 

Kontrak senibina landskap pun tidak dapat saya jalankan buat masa ini kerana orang kanan kepercayaan saya diuji dgn ujian yg lebih berat; jatuh staging, patah tulang rusuk. 

Namun adakah keadaan ini menjadikan kita lemah semangat dan berputus asa? Tidak. 

Bahkan kita sepatutnya bersyukur kerana terpilih untuk diangkat martabatnya dengan ujian yang tidak seberapa ini (jika dibandingkan ujian para Nabi, Sahabat dan Siddiqin).

Ya, bersyukur. Dalam ramai-ramai umat manusia di dunia ini, Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayang Nya, memilih kita untuk diuji. Yang sebenarnya dengan ujian itu, Allah mahu menghapuskan dosa kita seumpama air yang membersihkan kotoran pada badan. Nabi Isa A.S pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu mengenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Dan sesungguhnya, dengan ujian itu, Allah sebenarnya ingin memenifestasikan kasih sayang Nya pada kita. Dia sebenarnya sedang memanggil kita untuk datang menyerah diri dan menagih belas kasih daripadaNya - setelah sekian lama kita melupakanNya.

Sabda Kekasih kita, Baginda Nabi SAW, “Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan mencubanya dengan ujianNya.”

Kebaikan itu dalam pelbagai bentuk. Salah satunya Allah memberi ilham dan peluang kepada kita untuk berSABAR dengan situasi yang melanda; REDHA dengan ketetapanNya; dan berSYUKUR kerana setiap ketetapanNya adalah yang terbaik buat kita - bersesuaian dengan keadaan kita, masa dan ketikanya. 

Alhamdulillah.. walaupun bisnes-bisnes saya yang lain kelihatan merosot, tapi jualan #shaklee dan #lazzsusukambing saya dan wife Nur Halawati melonjak 200 peratus. Saya yang dulu buat Shaklee sambil-sambilan, kini terpaksa memberi tumpuan penuh. Kelihatannya bisnes produk kesihatan seperti Shaklee, dan produk susu seperti #lazz ini rintang dengan kemerosotan ekonomi dan #lockdown.

Pada saat industri lain tersekat dengan PKP, sektor kesihatan dan barangan keperluan seperti susu bayi dan lain lain perlu diteruskan. 

Bahkan perlu ditingkatkan, kerana masyarakat sekarang bertambah cakna dengan kesihatan diri dan imunisasi. Masyarakat kini percaya, "mencegah itu lebih baik dari mengubati." Kesannya permintaan untuk vitamin Shaklee melonjak tinggi. Benarlah kata Allah, "Kerana sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kemudahan. Demi sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kemudahan." (QS: Al-Insyirah, 5-6)

Setakat inilah dulu perkongsian saya mengenai langkah kerintangan ekonomi yang saya ambil menggantikan dunia #fotografi saya yang kelihatan megamandom sekarang ini. Sahabat yang berminat untuk menurut langkah saya boleh tinggalkan pesan diruangan komen atau DM. 

Dan sesiapa yang terbuka hati dan ber-ihsan ingin membantu orang yang terjejas seperti saya, boleh bantu saya dengan cuba meningkatkan imunisasi dan tahap kesihatan anda dengan mendapatkan vitamin dari saya ☺️ . Tak cuba, maka tak cinta. Salam sayang, ihsan buat semua.

Zakaria Alzikr 
Leader Shaklee #ThePrestige #livegreenlivebetter #shakleesihatceria #alzikrstudio

Kalori Tak Salah; Yang Salah adalah Kita


SELAMA INI KITA SILAP. 
Sebenarnya kalori tak salah. Yang salah adalah lemak badan.

Bagaimana kita boleh mengatakan kalori itu salah/buruk sedangkan kita sendiri memerlukan kalori untuk hidup? 

Salahnya adalah kita yang mengambil kalori itu secara berlebihan, melangkaui keperluan kita. Salah kita juga kerana memilih kalori dari sumber yang tidak sihat.

Sebagai contoh, 100 kalori yang terkandung dalam semangkuk brokoli membekalkan nutrien yang banyak, sedangkan 100 kalori yang terkandung dalam hanya satu pertiga donat tidak mempunyai sebarang nutrien.

Contoh yang lain, perbandingan antara coklat dan salad. Kedua-duanya mempunyai kalori, tetapi coklat kebanyakannya karbohidrat dan lemak, sedangkan salad itu punyai serat tapi tidak mempunyai lemak. 

Jadi.. Bagaimana kalori dikatakan boleh menyumbang kepada berat badan?

Kalori itu sendiri tidak mempunyai berat. Namun, kalori yang berlebihan (yang tidak digunakan oleh badan) akan disimpan oleh tubuh sebagai tenaga, dalam bentuk lemak badan. Nah, disinilah punca datangnya berat.

Adalah perlu difahami bahawa, keperluan kalori dan tenaga anda yang bekerja di pejabat tidak sama dengan petani yang bekerja di bendang. Sudah pastilah petani lebih memerlukan kalori berbanding anda. Portion makanan berbeza; dietnya juga berbeza.

Oleh yang demikian, anda sedang menjemput masalah berat badan sekiranya anda makan sebagaimana petani makan; melainkan anda seorang yang aktif bergerak di pejabat, dan bersukan di luar waktu pejabat.

 Jadi.. kenalilah gaya hidup anda. Dan olahlah diet pemakanan anda sesuai dengan gaya hidup tersebut. Jangan sampai anda terkurang kalori sehingga menjadi lesu. Dan jangan pula sampai terlebih kalori sehingga menjadi gemuk!!

#hidupsihat #dietsihat #livegreenlivebetter #ThePrestige #shakleesihatceria #alzikrstudio

Thursday, May 27, 2021

Unboxing Wedding Package by Alzikr Studio

Diantara senarai item yang terdapat di dalam pakej fotografi perkahwinan Alzikr Studio termasuklah:
1. Crystal Custom album Medium size (12x15 in) 
2. Crystal Custom album Standard size (8x12 in)
3. Photo poster with frame
4. Table top photo with frame
5. Pendrive/DVD leather case

Lihat video dibawah untuk contoh:
https://youtu.be/fUcSOjcOVGs

Pray For Gaza

“Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami kaum muslimin dan muslimat yang lemah di Pales. tin, Ya Allah sayangi dan kasihilah mereka dan keluarkanlah mereka dari kesulitan dan kesempitan yang mereka alami saat ini,”

“Ya Allah terimalah syahid mereka dan sembuhkanlah yang luka dan sakit dari kalangan mereka,”

"Sesungguhnya ya Allah, tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan izin dan Kasih sayang Mu."

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri

Apakah maksud sebenar Hari Raya Fitrah?

Tiadalah kemenangan yang lebih besar bagi setiap manusia melainkan kejayaan bebas dari Neraka dan kembali ke hadrat Allah SWT dalam keadaan fitrah - redha dan diredhai. 

Fitrah membawa maksud asal usul kejadian. Dan asal usul setiap kejadian itu pula adalah berasal dari sumber yang sama, iaitu fitrah suci kepunyaan Allah SWT. Dengan itu, semua manusia, bahkan setiap ciptaan dan kejadian di alam ini asalnya adalah suci. 

Firman Allah SWT bermaksud, "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus (suci); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (QS. Ar Ruum: 30)

Jika Fitrah itu bermaksud asal usul yang suci, sudah tentu ia berlawanan dengan sebarang sesuatu yang kotor/keburukan. Dek kerana sucinya Fitrah manusia itu, jiwa manusia akan merasa berdebar-debar bilamana mereka melakukan kejahatan. Tahap berdebar-debar (rasa bersalah) ini bergantung pada sekeruh mana Fitrah suci itu telah dicemari. 

Fitrah suci setiap manusia menolak maksiat, berpoya-poya dan bermabuk-mabuk. Walaupun ada sebilangan dari mereka mengatakan ianya adalah hak asasi manusia. Baik, kalaulah bermabuk-mabuk (minum arak, dadah dll.) itu hak asas bagi manusia jadi mengapa mereka melarang anak-anak mereka dari mendekatinya. Itu bermakna ia bercanggah dengan fitrah diri mereka. Walaupun mereka mabuk tapi mereka tidak mahu anak-anak mereka turut mabuk.

"Setiap manusia yang lahir, mereka lahir dalam keadaan fitrah. Orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani” (HR. Bukhari-Muslim)

Jadi apa kaitannya fitrah ini dengan Hari Raya Fitrah? Jawapannya adalah jika manusia itu dilahirkan fitrah; datang dari Syurga [rohnya dari Syurga & jasadnya (Adam) juga dari Syurga], maka pastilah mereka perlu kembali kepada fitrah; kembali ke Syurga. 

Kita hayati hadith Baginda Nabi SAW, “Permulaan bulan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan dari Api Neraka” (HR. Abu Hurairah)

Maka kehadiran Ramadhan itu adalah satu anugerah, rahmat dan kasih sayang Allah bagi manusia menyucikan jasad dan jiwa mereka dari sebarang kekotoran/keburukan zahir dan batin. Zahir (jasad) dan batin (jiwa) yang disucikan di dalam madrasah Ramadhan akan membawa manusia kembali kepada fitrah suci kejadian mereka; kembali kepada Penciptanya. Zahir dan batin yang fitrah ini akan dilepaskan dari Api Neraka (dan dimasukkan ke dalam Syurga). Demikianlah maksud sebenarnya Hari Raya Fitrah. Jadi, sudahkah kita berjaya kembali kepada Fitrah tahun ini?

Saban tahun. Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayangNya mendatangkan kita dengan Ramadhan dan Aidilfitri. Dia memanggil-manggil kita untuk kepada kepada Fitrah, kembali kepadaNya. Sudahkah kita menyahut panggilanNya?

Saban tahun. Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayangNya memberi peluang kepada kita untuk menyucikan jasad dan jiwa kita. Dia menyeru-nyeru kita agar meninggalkan yang haram, bersuci diri dan bertaubat. Sudahkah kita menyahut seruanNya?

Saban tahun. Allah, dengan Rahmat dan Kasih sayangNya menawarkan keredhaan dan pengampunanNya. Sudahkah kita menerima tawaranNya?

Saban tahun. Dan bagi saya ini adalah tahun yang ke 37; Allah dengan Rahmat dan Kasih sayangNya menutup pintu Neraka dan membuka pintu Syurga untuk saya. Malangnya sebab bodoh dan degilnya saya, pintu Syurga itu tidak saya masuk. TawaranNya saya sia-siakan. SeruanNya saya abaikan. PanggilanNya saya pekakkan. Dan ia berulang tahun demi tahun. Lagi dan lagi. Jadi layakkah saya menyambut raya tahun ini?🥺

Unboxing Barang Baik

Barang baik semua orang nak. Tapi barang baik kebiasaannya payah nak jumpa. Jadi saya bawakan kepada anda barang baik saya. Boleh guna untuk diri sendiri, hadiahkan kepada pasangan dan orang orang tersayang, tak lupa kepada orang tua di kampung. Agar mereka sihat, ceria sentiasa. 

Tonton barang baik tersebut dia sini.
https://youtu.be/LtvbwQDxOJk

Friday, April 30, 2021

Selamat menyambut hari buruh 2021

Selamat Menyambut Hari Buruh 2021.
Sosio-ekonomi manusia di dunia ini ditetapkan Allah sebagai suatu ekosistem yang lengkap lagi saling melengkapi. Seorang #menteri memerlukan kakitangan awam untuk melaksanakan dasar. Seorang kakitangan awam memerlukan nelayan/petani untuk mendapatkan makanan. Seorang #nelayan memerlukan leader #Shaklee untuk mendapatkan #vitamin untuk tenaga dan kesihatannya. Sekarang leader Shaklee memerlukan #fotografer untuk #branding korporatnya. Dan seorang fotografer memerlukan semua yang diatas sebagai kliennya. 😁

#hariburuh #alzikrstudio #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #ThePrestige

Tuesday, April 27, 2021

Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Terengganu


Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan syukur dan tahniah kepada KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. 

Dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah dan keberkatan Baginda Nabi SAW didoakan semoga Allah berbelas kasih dan merahmati KDYMM Sultan. Semoga dikurniakan umur yang berkat dalam kesihatan yang baik. Ameen. Daulat Tuanku.

#alzikrstudio #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #ThePrestige #photographerterengganu

4 Perkara dilihat remeh, tapi boleh menurunkan berat badan

4 PERKARA YANG DILIHAT REMEH, TAPI BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN

Selain consume #setkurus #shaklee, Ada 4 perkara yang sering dilihat remeh, tapi sangat membantu kita dalam membakar kalori dalam badan; yang sekaligus menyumbang kepada penurunan berat badan. Perkara berikut adalah:

1) Jangan mandi air suam / dari mesin water heater. 

2) Sebaliknya mandilah air pili biasa. Lagi bagus air telaga 😅. Sejuknya memang terasa. Tapi sebenarnya ia sangat berkesan untuk memaksa badan bertindak membakar lemak dibawah kulit untuk mengekalkan suhu badan. 

Jika anda perasan, bila badan kita terkena air sejuk, kita akan menggigil. Menggigil itu juga sebenarnya suatu proses membakar lemak dalam badan.

Saya masih ingat Allahyarham Pok saya dulu selalu mandi air embun pada waktu subuh, walaupun sekadar segayung. Katanya ia baik untuk kesihatan.

3. Gerakan badan / berjalan / membuat kerja rumah

Jangan duduk saja! Setiap gerakan, walaupun kecil, ia memerlukan tenaga; dan tenaga itu diperolehi dengan cara membakar kalori / lemak dlm badan.

Gerakan-gerakan badan juga menggalakkan peristalsis pada usus perut. Ia membantu proses pencernaan dan perkumuhan. Perkumuhan yang baik menyumbang kepada berat badan yang unggul.

Jadi, bergeraklah. Jangan duduk saja.

4. Solat

Seperti gerakan badan, sebagaimana keterangan diatas, solat lebih khusus pada gerakan otot di perut, pinggang dan peha; dimana di situlah banyaknya lemak-lemak degil berkumpul. 

Jadi.. jika kita malas nak bersenam atau bergerak, kita boleh banyakkan solat sunat. 

Dan kebetulan kita sekarang berada di bulan Ramadhan, yang di dalamnya ada solat terawih dan dianjurkan pula solat-solat sunat yang lain seperti witir, tahajjud, dhuha dan lain-lain.

Jadi banyakkanlah solat. Selain menambah amal ibadah, menghapus dosa dan menggandakan pahala; anda juga sebenarnya membina otot dan menurunkan berat badan. Pakej 5 dalam 1 !

#teamweightlost #shakleesihatceria #theprestige

Thursday, April 22, 2021

Siapakah yang bijak?


Siapakah orang yang BIJAK?

Orang yang bijak adalah orang yang memilih sesuatu yang LEBIH BAIK. Kalau kita sudah tahu bandingan masa kehidupan di dunia ini hanya 1 jam setengah saja jika dibandingkan dengan Akhirat yang kekal selama-lamanya (rujuk Q.S. Al-hajj:47), kenapa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh memenuhi kehendak yang hanya 1 jam setengah di dunia, lalu meninggalkan nikmat yang ditawarkan untuk selama-lamanya di Akhirat?

Dan kalau kita sudah tahu bandingan nikmat di dunia hanyalah setitis air yang melekat pada jari sahaja, sedangkan nikmat Akhirat itu adalah seluas lautan yang terbentang (rujuk HR Muslim no 2868) , kenapa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh mengejar nikmat/kemewahan yang sedikit itu, lalu meninggalkan selautan nikmat yang terbentang di Akhirat?

Sungguh #ORANG_BIJAK pasti meninggalkan dunia dan memilih Akhirat. 

Dan sungguh, orang YANG LEBIH BIJAK akan memanfaatkan seluruh kehidupan dunianya untuk keperluannya di Akhirat kelak. 

Beliau akan meniatkan dan menyerahkan seluruh masa dan kehidupannya; ibadahnya, tugasnya, bisnesnya, hubungannya sesama manusia dan alam bahkan seluruh gerak-diamnya hanya kepada Allah. Maka seluruh kehidupannya itu menjadi ibadah. 

Firman Allah, “TIDAK Aku ciptakan jin dan Manusia MELAINKAN hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 ).

#COD #shakleesihatceria #lazzsusukambing #nasihatdiri #livegreenlivebetter #ThePrestige

Ramadhan madrasah al-Quran

“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan manjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan di antara yang benar dengan yang salah.” (Al Baqarah: 186)

Monday, April 19, 2021

Ramadhan menyucikan hati, membentuk peribadi


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melaksanakan qiyam pada bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosa yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang bangun melakukan qiyam lailatulqadar atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni." (HR: al-Bukhari & Muslim)

Maka dengan itu, berpuasalah serta perbanyakkanlah amalan ibadah di atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT di bulan Ramadhan ini jika kita inginkan keampunan Allah SWT.

Setiap ibadah itu menuntut kita bersuci; sucikan diri dengan berwudhuk; sucikan anggota badan dari bermaksiat; sucikan pancaindera dari menyentuh, memandang, mendengar dan bercakap perkara dosa dan sia-sia. 

Sucikanlah juga hati kita dari sebarang syirik, was-was dan prasangka terhadap Allah SWT. Dengan itu, mudah mudahan Allah memelihara hati kita dari penyakit-penyakit hati yang lain seperti sombong, ujub, hasad, bakhil dan riya'.  

Dari situ, akan terzahirlah peribadi dan akhlak yang mulia dari sekeping hati yang suci. 

Maka beruntunglah mereka yang bersuci; dan disucikan Allah akan hatinya. Mereka diampuni (disucikan) Allah akan dosa-dosa nya, untuk 'kembali' kehadrat Allah - kembali kepada fitrah. Wallahua'lam..

#alzikrstudio #nasihatdiri #shakleesihatceria #livegreenlivebetter #ThePrestige